#SayaDigital MDEC dedah manfaat digital kepada masyarakat Orang Asli

Pada mendung petang Ahad lepas, sekitar 50 orang penduduk Orang Asli Temuan di Damansara Perdana, Selangor di sini kelihatan beratur panjang untuk mendaftar, mengambil bacaan suhu badan dan menghulurkan tangan untuk disembur cecair pembasmi kuman sebelum dibenarkan masuk ke dewan.

Mereka akan menjadi ‘pelajar’ bagi program Hari Kesedaran Digital sempena Gerakan #SayaDigital anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di kampung itu.

Di sebalik penutup muka yang dipakai, masing-masing teruja menerima  delegasi MDEC sebagai tetamu. Seorang demi seorang menduduki kerusi yang disusun dengan jarak satu meter bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sedikit penerangan mengenai kampung ini. Ia bukanlah seperti kebanyakan kampung Orang Asli yang sering kita lihat iaitu terletak jauh dalam hutan belantara. Sebenarnya, penduduk orang Asli Temuan di sini boleh dikatakan mengamalkan kehidupan serba moden.

Ini kerana kampung mereka hanya ‘tersorok’ sedikit di sebalik bukit berhampiran beberapa pusat membeli belah terkemuka , deretan kondominium mewah dan pejabat pelbagai syarikat antarabangsa yang beroperasi di situ. Jarak untuk ke stesen MRT Damansara Damai pula hanya sekitar 10 minit. Kediaman mereka juga cantik malah ada yang menyerupai rumah banglo mini, mungkin harganya boleh mencecah jutaan ringgit selain deretan kereta yang diparkir di hadapan rumah masing-masing.

Sementara menunggu program bermula, masing-masing leka membelek telefon pintar dan sesekali suara tangisan kanak -kanak menambahkan lagi kemeriahan petang itu.

Mengalu-alukan inisiatif MDEC di kampungnya, seorang penduduk, Tini Ali, 41, berkata, sebenarnya dia turut memanfaatkan teknologi digital apabila menjalankan perniagaan secara dalam talian sejak 10 tahun lalu.

“Ketika perniagaan dalam talian mula menjadi trend, saya turut tidak ketinggalan menceburkan diri. Menggunakan laman Facebook yang dinamakan Fandinie’s Enterprise, saya mempromosikan pelbagai jenis sabun pencuci serta produk lain seperti barang keperluan bayi, kain cadar dan sebagainya,” katanya ketika ditemui wakil blog MDEC selepas program itu baru-baru ini.

Menurut Tini yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberitahu, dia turut menggunakan aplikasi WhatApp untuk mempromosikan produk yang dijualnya kepada rakan-rakan dan penduduk kampung.

“Jelaslah kemudahan digital membantu kehidupan saya terutama untuk menjana pendapatan tambahan. Saya berharap lebih ramai masyarakat Orang Asli Temuan di sini akan turut memanfaatkan teknologi digital,” katanya.

Pada masa sama, Tini turut memberi cadangan bagaimana agensi kerajaan seperti MDEC boleh membantu memahirkan penduduk setempat dengan teknologi digital.

“Sebenarnya, ramai di kalangan penduduk kampung membekalkan bahan mentah seperti daun pisang kepada restoran-restoran makanan India di ibu kota, sayur sayuran dan juga ulam-ulaman kampung. Segalanya dilakukan secara manual.

“Pada masa hadapan, mungkin MDEC boleh membantu membangunkan satu platform atau aplikasi untuk menyenaraikan segala hasil di sini boleh didapati secara dalam talian atau menganjurkan kelas susulan untuk mengajar penduduk di sini melibatkan diri sebagai agen jualan dalam talian atau dropship,” katanya.

Program #SayaDigital anjuran MDEC petang itu antaranya mempunyai pengisian pelbagai latihan kemahiran asas digital termasuk penggunaan WhatsApp, Facebook dan TikTok yang turut menarik penyertaan warga emas Abdul Rahman Abdullah.

Menurut Abdul Rahman,65, dia berasa gembira kerana kampungnya dipilih menjadi lokasi program berkenaan yang sekaligus memberi peluang kepadanya dan penduduk kampung untuk mempelajari aplikasi digital.

“Sebelum ini saya biasa gunakan WhatsApp untuk berhubung dengan ahli keluarga. Hari ini mereka ajar tentang media sosial lain pula,” katanya.

Sementara itu, seorang remaja, Angela Tipongjohn, 16, teruja apabila mencuba aplikasi Foodpanda hasil bantuan tunjuk ajar sukarelawan #SayaDigital.

“Tidak sampai sejam selepas membuat pesanan, makanan yang dipesan sudah dihantar. Pada masa hadapan, mungkin saya akan gunakan aplikasi ini lagi kerana ia memudahkan urusan,”katanya.

Sementara itu, Pengerusi MDEC, Ybhg. Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff yang hadir merasmikan program berkenaan dan menjadi ahli panel dalam sesi dialog bertajuk Peluang Dunia Digital, Masa Depan Yang Lebih Cerah’ berkata, kemahiran digital merupakan keperluan mustahak pada masa kini dan pelbagai perkara boleh dikecapi seperti membantu memudahkan kehidupan, menambah pendapatan, meluaskan perniagaan dan memperkasa kerjaya masa hadapan.

Ujar beliau, inisiatif ‘pendigitalan rakyat’ selari dengan teras MDEC iaitu memperkasa rakyat Malaysia secara digital dan menyokong Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

“Ini seterusnya akan mencapai aspirasi Malaysia 5.0 iaitu memupuk masyarakat yang terintegrasi dengan teknologi bagi mendepani era Revolusi Perindustrian 4.0,”katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, projek perintis #SayaDigital dianjurkan untuk memberi kesedaran dan kekuatan kepada rakyat kategori rentan sosial ekonomi untuk menerapkan digitalisasi sejajar dengan WKB 2030 dan MyDIGITAL.

“Sebenarnya, program ini dimulakan pada Ogos 2020. Menerusi projek perintis, telah dilaksanakan tiga program dan sembilan inisiatif dalam talian, mencatatkan 1,515 pendaftaran dan memberi manfaat kepada 301 peserta dalam Latihan Literasi Digital Asas hingga kini,” ujarnya.

Beliau menambah, #SayaDigital juga bermatlamat sebagai kajian awal menjelang pelancaran pada peringkat kebangsaan #SayaDigital.

“Kejayaan kempen ini akan memungkinkan rakyat berkemampuan digital dan memanfaatkan sepenuhnya infrastruktur dan faedah dalam ekonomi digital,” katanya.

DIGITAL TECHNOLOGIES AND INFRASTRUCTURE DRIVING POSITIVE DIGITAL INVESTMENT MOMENTUM

The COVID-19 pandemic has accelerated the growth of digital economy and opened up avenues to various new digital businesses. As businesses pivot online, the need to lay a solid foundation to aid this new wave of digitalisation is crucial to ensure that Malaysia can holistically transform itself towards an advanced digital economy.    

In 2020, a total of 45 MSC Status projects were approved with investments worth RM3.9 billion. This will pave the way for 3,794 new employment opportunities for Malaysians. Out of the total, RM2.6 billion (66.2%) came from domestic investments, while RM1.3 billion (33.8%) came from foreign investments.

Global tech firms who have operations in Malaysia such as NTT, Hitachi Sunway Information Systems, transcosmos and DKSH CSSC continue to show confidence by re-investing in Malaysia.  

“2020 may not have been a vintage year for foreign direct investments but we continue to see investment momentum in our digital tech industry. Recent commitment from global giants such as Huawei and Dell Technologies is a glowing endorsement of Malaysia’s digital capabilities, platforms and infrastructure, propelling us on course to be the Heart of Digital ASEAN,” said Raymond Siva, MDEC’s Senior Vice President, Investment and Brand Division.

Raymond Siva – MDEC’s Senior Vice President, Investment and Brand Division.

The digital economy is expected to continue its significant contribution to the country in 2021 based on an estimated 19.1% contribution to GDP in 2019 by the Department of Statistics Malaysia, on the back of a 6.7% economic growth forecast this year by the World Bank.

The Malaysia Digital Economy Blueprint (MyDIGITAL), announced recently by the Prime Minister also projects a 22.6% contribution to GDP by 2025, opening up 500,000 jobs within the digital economy.

Leading digital companies such as PCCW Solutions (a leading IT services provider in Hong Kong, mainland China and Southeast Asia); ThunderSoft (Beijing-headquartered) and Clarivate (a global leader in providing solutions to accelerate the lifecycle of innovation) have also set up regional presence in Malaysia, pointing to a growing momentum and confidence in Malaysia as an attractive investment hub. From its diversified multi-lingual and digitally-skilled talent pool; ready infrastructure and mature ecosystem for the digital economy to thrive, it directly reflects Malaysia’s role as a first-mover for the digital economy, leading the country on course to a shared prosperity for all, a society centred on 4IR technologies and in line with Malaysia 5.0, firmly establishing itself as the Heart of Digital ASEAN.

Overcoming digital divide through digital technologies

Malaysia’s digital transformation is a journey and today, MDEC’s initiatives revolve around developing skillsets within 4IR and emerging digital technologies, for example in areas such as Big Data Analytics (BDA), Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT), Financial Technology (FinTech), Data Centres, Cloud Services and robotics.   

On the digital infrastructure front, MDEC is helping to foster an enabling environment for rapid digitalisation by working with key stakeholders to support the growth of the digital economy.  This is in support to the Government’s initiatives to nurture public-private partnerships, a critical step in accelerating Malaysia’s digital transformation.

“The era of digitalisation has arrived, and we cannot deny this. We have all seen the profound impact digital transformation has had on world economies, particularly amid the COVID-19 pandemic, which has resulted in a violent shift to digital. Moreover, thanks to the role that data plays in the digital economy, we are witnessing increasingly massive returns, through innovation as well as the opening of new opportunities for jobs and economic growth. With that being said, the onus is on us to ensure that no one gets left behind and that everyone gets access to the benefits of technology — and the introduction of the MyDIGITAL blueprint couldn’t have come at a better time,” said Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.’s Chief Executive Officer Michael Yuan.

Michael Yuan – Chief Executive Officer, Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.

“In order to contribute actively and consistently to the country’s digital acceleration, there are three key technologies that we must leverage — 5G, Cloud and AI. These are the technologies that are ultimately driving our new intelligent world. Everything will be connected, data-driven and intelligently processed in real-time for actionable outcomes. This is a message that we will continue to drum home,”

“5G, for one, will unleash a world of opportunities by simply enhancing connectivity and mobility. This next-generation wireless technology will deliver higher data speeds, low latency and connect more devices at one time. Hence, 5G is billed as the catalyst for unlocking potential growth across industries such as medical, education, agriculture, smart cities and more importantly, dramatically transforming the way humanity lives, enterprises work, and the way we interact with the environment for seamless connectivity. When combined with BDA, Cloud Computing, AI and other innovative technologies, this will accelerate the arrival of a golden age of information over the next decade,” Yuan said. 

Yuan added that the same sentiment can be said of Cloud Computing, the “backbone” of digital transformation. “Without a doubt, the widespread adoption of Cloud Computing amid the exponential growth in data volume goes to show that it is increasingly being accepted as a main platform for innovation. Furthermore, when paired with AI, these technologies will enhance flexibility, agility and resilience to digital solutions, therefore giving rise to further innovation, introducing new revenue streams and driving cost efficiencies not only for businesses, but all sectors of the economy as well as society,” Yuan said.

Therefore, MDEC and Huawei will continue to conduct joint research and services related to digital technologies by working with various government bodies to publish white paper studies for the benefit of improving Malaysia’s digital economy.

“We at Huawei are working hard and closely with our strategic partners to deliver the best advancements that technology can offer. Our joint initiatives and efforts with our partners in delivering 4G and 5G capacity solutions for a personalised experience, innovation in 5G network design, as well as deployment and operating efficiencies remain our top agenda in the years ahead. Recently, we joined forces with CyberSecurity Malaysia and Celcom Axiata Bhd to jointly establish the first 5G Cybersecurity Test Lab in Southeast Asia here in Malaysia, with the goal of developing and bringing new 5G use cases for various industries to commercialisation when the new 5G spectrum is made available. And our efforts towards propelling Malaysia to greater heights via technology will not stop here,” said Yuan.

“By the same token, we are ever committed to our partnership with MDEC to provide a thriving digital environment. At the end of the day, we only have one goal in mind, which is to bring digital to every person, home and organisation for a fully connected, intelligent world. We want to breach the digital divide, reach the unreached, and do everything we can to make sure that no one is left behind in enjoying the fruits of prosperity from the digital economy.” Yuan said.

Data is key for Malaysia’s digital economy

Meanwhile, Dell Technologies’ Senior Vice President for South Asia and Managing Director of Malaysia, Pang Yee Beng said the country has gone through almost a full year of navigating uncertainties and challenges due to COVID-19.

Pang Yee Beng – Senior Vice President for South Asia and Managing Director of Malaysia Dell Technologies

“As a technology company, Dell Technologies has had a front-row seat to the overnight digital transformation of our world. We are going through unprecedented changes impacting every aspect of life, and what we’ve experienced as a nation has required all of us to pivot to new ways to keep our economy and lives intact and progressing forward. Through it all, one thing is certain – technology will be central to how we work, learn and live in the new normal of the future, more than ever before.

“Malaysia’s vision of a digital economy is clear. The launch and implementation of MyDIGITAL is a strategic move to build economic resilience and transform the country into a digital, high income nation – paving the way for Malaysia to be ready for the next phase of the digital era in what we call the ‘data decade’. All this is very much aligned to what Dell Technologies set out to do – providing transformational solutions that help build the digital future for organisations and communities. Our purpose and commitment to our stakeholders remain unchanged as we continue to innovate and deliver for our customers in extraordinary ways when they need us most,” he added.

Over the next 10 years, the amount of data will only increase. This explosion of data will give rise to other innovations, such as multi-cloud IT strategies, intelligent devices with AI and machine learning capabilities that will change the way one works and collaborates and the “Edge” where everything is connected – systems, applications, services, people and places will be crucial. To succeed in the data era, businesses must take control of their data – their most prized asset – and that means prioritising digital transformation.

Dell Technologies first took foothold in Malaysia 26 years ago and at present, operates three facilities across Malaysia which serves as an integral site supporting regional and global operations. In June 2019, the Dell Digital Labs was established at its global business centre in Cyberjaya, one of the few laboratories Dell Technologies has invested in globally over the last few years. The new facility helps build cloud-native software and at the same time grooms a highly skilled Malaysian workforce that is trained for the data-driven era. “The establishment of a national agency in MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation), tasked to lead the charge, has driven significant digitalisation across the public and private sectors. The initiatives put in place in the past decades have all been geared in this direction. We support MDEC’s efforts to seeing them through and look forward to opportunities to work together,” Pang said.  

Digital Passion: Three Girls In Tech

Scroll down for Malay version / Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Malaysia

CYBERJAYA, 12 MARCH 2021 – In continuation of the International Women’s Day celebration, the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) is proud to share and highlight some of the outstanding female achievers of MDEC’s school-goer targeted digital-skills programmes.

Understanding that eight of the top ten emerging jobs will require digital tech skills in Malaysia, MDEC acknowledges the young ladies and future leaders who have stepped in, stepped out and stepped up to a domain traditionally assumed to be more relevant to boys.

In ensuring a digitally-skilled workforce, the school level #mydigitalmaker programme provided access to digital content and capabilities for some 2.19 million school students nationwide up until December 2020. More than 25,000 students enrolled in digital tech courses in 2019, a 40% increase from when the initiative started in 2017.

THE GAMER

“Whenever I learn and discover something new, I like to keep asking why and forming theories. When it all clicks, it feels like I’ve solved this huge puzzle and I get a sense of satisfaction from realising that everything is connected,” comments 17 year old Chan Hew Yan, participant of the 2019 Digital Ninja programme under MDEC’s #mydigitalmaker movement.

The Digital Ninja programme falls under the #mydigitalmaker movement – #mydigitalmaker movement is a joint public-private-academia initiative led by Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) in partnership with the Ministry of Education to transform Malaysian youth from digital users to producers in the digital economy. This includes skills such as coding, app development, 3D printing, robotics, embedded programming and data analytics; all of which will ultimately help to strengthen problem solving and creativity amongst our future generation.

“Ever since I was young, I have always been a big fan of games…I love storytelling and exploring the worlds the developers have created. A game allows the player to empathize and learn to see things from a perspective different than their own,” explains Hew Yan about her takeaway from gaming.

She claims to have later joined the Digital Ninja programme which brings students, mentors and experts from all over Malaysia together, to share their knowledge and experience, with completing digital assignments being the goal.

When asked about her views on girls and women who were making waves in tech, she said her favourite woman in tech is Rachel Hofsetter a.k.a. Valkyrae, a You Tube streamer and content creator who was also the recipient of the Content Creator of the Year 2020 in The Game Awards.  “Seeing women in tech jobs reminds me that the sky is the limit! It does not matter who you are, as long as you have passion, you are willing to learn and you don’t listen to naysayers,” observes Hew Yan.

THE CODER

16-year-old Aisyah Batrisyia Muhamad Ramdzan from SMK Dato’ Abu Bakar Baginda (participant at the Global IT Challenge for Youth with Disabilities) felt that the challenges with which she was presented at the competition, built perseverance as she strove for completion.

She attributes her interest in joining the competition, to the exposure she had gained in digital activities at a Digital Champion School – which is yet another avenue that the #mydigitalmaker movement offers to drive a digital innovation culture in schools and in the local community.  SMK Dato’ Abu Bakar Baginda was selected as Champion School on 2018 alongside 23 other Champion Schools nationwide.

“I’m really interested in electronic stuff,” quipped Aisyah, when asked about what aspects of digital excited her the most.

“My mum, who is a lecturer in microelectronics always encourages me to participate in digital courses such as Python, Arduino and Scratch. That’s gotten me into exploring more programming,” continued Aisyah, as she expounded on what inspired her to explore STEM subjects with greater fervour. When asked for her views on women in tech careers, Aisyah referred to her mother as the woman who most inspires and motivates her, citing genuineness and kindness as the greatest source of a woman’s strength.

THE DESIGN THINKER

Thinking out of the box is what Saii Yashaa Gopinath Rao prides herself in the most. She regards her penchant for all things STEM and design thinking, the reasons for her interest in digital innovations.

She comments that what she loves the most about STEM was watching the unfolding of inventions and innovations that people her age were coming up with, in order to solve real life issues.

“I told myself that I want to do this too,” exclaimed the Puchong-based teen, who admits that the digital world has created a space that allows her to explore her creativity and thus demonstrate what she can accomplish.

Enthusiastic about programmes such as Digital Ninja for her fellow youth, she opines that upcoming programmes under the #mydigitalmaker movement should involve senior graduate participants who can guide and inspire first-time junior participants.

Commenting on the significance of International Women’s Day, Saii Yashaa shares that young women can achieve anything with passion and the yearning to keep learning – and pledges support for breaking gender stereotypes under the #ChooseToChallenge theme this year.

STEM, DIGITAL SKILLS, A DOORWAY TO THE FUTURE

The #mydigitalmaker movement had humble beginnings in 2016. It was launched as one of the key components in driving the digital economy with a focus on what is now, one of MDEC’s key pillars under the agency’s strategic framework – Digital Skills and Jobs. As at December 2020, the #mydigitalmaker movement has impacted 2.19 million students across Malaysia, inspiring digital innovations among students while presenting STEM subjects as doorways to exploration of technology and all its various advantages in solving problems for humanity.

“Technology offers gender equity and inclusion, inevitably creating a technologically integrated society in Malaysia. Malaysians can level the playing field between genders as more and more women join the tech industry. Whatever value an individual adds to a cause, project, team or organisation, is determined not by gender but by skills, knowledge and determination. Technology bridges gender gaps and offers opportunities even in unprecedented uncertainty,” asserts Dr. Sumitra Nair, Vice President, Digital Skills and Jobs Division at MDEC.

According to Dr. Sumitra, efforts and collaborations across various parties have helped transform students under the movement, from consumers to producers of technology. The programmes under #mydigitalmaker include Digital Ninja, Digital Champion Schools and Hour of Code among others, which involve a lot of behind-the-scenes engagement as well as execution.

“I would recommend that parents and students aspiring to bridge tech or digital gaps pursue opportunities for tech exposure. MDEC is mandated to lead the digital economy by creating a society that is deeply integrated with technology, to empower the rakyat to thrive in 4IR. Therefore, we look forward to reaching out with more exciting programmes under MDEC’s #mydigitalmaker in 2021!” concludes Dr. Sumitra.


CYBERJAYA, 12 MAC 2021 – Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang masih berterusan, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dengan bangganya berkongsi dan mengimbas kembali pencapaian tiga pelajar perempuan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam program kemahiran digital yang disertai mereka.

Ketika ini kita menyedari bahawa lapan daripada sepuluh pekerjaan baharu akan memerlukan kemahiran teknologi digital. Di Malaysia, MDEC mendapati wanita muda yang juga bakal pemimpin masa depan yang telah melangkah masuk ke ‘sektor’ yang sebelum ini lebih ‘dikuasai’ oleh lelaki.

Dalam usaha memastikan tenaga kerja berkemahiran digital, program #mydigitalmaker yang dilaksanakan MDEC dengan menyediakan akses kepada kandungan dan keupayaan digital setakat ini telah memanfaatkan sebanyak 2.19 juta pelajar sekolah di seluruh negara sehingga Disember 2020.

Lebih daripada 25,000 pelajar mendaftar dalam kursus teknologi digital pada 2019 iaitu peningkatan 40 peratus ketika inisiatif ini mula dilaksanakan pada pada 2017.

PERMAINAN
“Setiap kali belajar dan menemui sesuatu yang baharu, saya sering bertanya mengapa dan mula mencipta teori sendiri. Berpandukan hanya satu ‘klik’, saya telah menyelesaikan teka-teki yang mencabar. Saya berasa sangat berpuas hati dan teruja kerana menyedari bahawa semuanya saling berkaitan,” kata Chan Hew Yan, 17, peserta program Ninja Digital 2019 di bawah Gerakan mydigitalmaker MDEC.

Program Digital Ninja membolehkan rakyat Malaysia terutama kumpulan berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan tambahan dengan mengambil bahagian dalam tugasan digital melalui platform dalam talian. Semua peserta #mydigitalmaker dipadankan dengan kerjaya digital yang sesuai dengan kemahiran masing-masing.

Hew Yan berkata, minat mendalamnya terhadap game turut membuatkannya ‘jatuh cinta’ kepada dunia digital. Gadis ini berpendapat, jalan cerita dalam permainan yang berpandukan simulator sebenarnya mempunyai persamaan dengan masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan seharian. Oleh itu, dia berasa kagum terhadap keupayaaan pencipta kandungan permainan yang memahami aspek
berkenaan.

“Sejak kecil lagi, saya sangat berminat dengan game. Saya suka bercerita dan menjelajah dunia yang dicipta oleh pencipta game. Ini membolehkan pemain merasai pelbagai pengalaman dan memupuk sifat seperti bertimbang rasa dan belajar melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza,” jelas Hew Yan.

Minat yang mendalam terhadap game kemudian telah ‘membawanya’ menyertai program Digital Ninja yang telah menyatukan pelajar, mentor dan pakar dari seluruh negara untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman di samping menyelesaikan tugas digital yang diberikan.

Ketika ditanya pandangannya mengenai semakin ramai pelajar perempuan yang menunjukkan minat terhadap bidang teknologi, Hew Yan berkata, dia turut mempunyai idola wanita dalam bidang ini iaitu Rachel Hofsetter atau lebih dikenali sebagai Valkyrae, seorang streamer YouTube dan pencipta kandungan yang juga penerima Anugerah Pencipta Kandungan 2020 pada Anugerah Permainan.

“Melihat terdapat wanita dalam pekerjaan bidang teknologi membuatkan saya terfikir bahawa kejayaan tiada hadnya,”. Tidak kira siapa anda, selagi mempunyai minat dan sanggup belajar dan tidak mendengar kepada kritikan -kritikan yang mematahkan semangat, anda pasti akan berjaya,” katanya.

PENGEKODAN
Aisyah Batrisyia Muhamad Ramdzan, 16, pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abu Bakar Baginda telah menyertai Pertandingan Cabaran IT Global Untuk Belia Orang Kurang Upaya.

Berkongsi pengalaman, katanya cabaran yang dihadapinya dalam pertandingan ini telah membantunya untuk membina sifat tekun dan berusaha dalam menyelesaikan masalah.

Aisyah Batrisyia berkata, minatnya untuk menyertai pertandingan berkenaan berputik selepas menyertai Digital Champion School yang merupakan sebahagian daripada Gerakan #mydigitalmaker untuk mendorong budaya inovasi digital di sekolah dan masyarakat setempat. SMK Dato ’ Abu Bakar Baginda dipilih sebagai Sekolah Juara pada 2018 bersama 23 Sekolah yang lain di seluruh negara.

“Saya sangat berminat dengan barangan elektronik,” katanya ketika ditanya mengenai aspek digital yang paling digemarinya.

“Ibu saya yang merupakan pensyarah bidang mikroelektronik sebenarnya merupakan pendorong utama untuk saya mengikuti kursus digital seperti Python, Arduino dan Scratch. Itu memberi peluang kepada saya untuk meneroka dengan lebih mendalam bidang pengaturcaraan,” katanya menerangkan faktor lain yang telah mendorong untuk mendalami bidang bidang pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan lebih bersemangat.

Ketika ditanya pandangannya tentang wanita dalam karier teknologi, Aisyah segera memberitahu, ibunya merupakan wanita yang paling memberi inspirasi.

MENTALITI PENCIPTAAN
Kemampuan untuk berfikir di luar kotak merupakan perkara yang paling dibanggakan oleh Saii Yashaa Gopinath Rao. Gadis ini menganggap minatnya terhadap bidang STEM dan reka bentuk telah menyuburkan rasa cinta terhadap inovasi digital.

Saii Yashaa berkata, perkara yang paling digemarinya mengenai STEM adalah apabila berpeluang melihat penemuan baharu dan inovasi yang dihasilkan oleh rakan sebayanya untuk menyelesaikan masalah kehidupan sebenar.

“Saya memberitahu diri sendiri bahawa saya juga ingin menjadi seperti mereka,” katanya yang menetap di Puchong. Dia mengakui bahawa dunia digital telah mencipta ruang yang membolehkannya meneroka kreativiti dan menunjukkan apa yang dapat dicapai.

Bersemangat setelah menyertai program seperti Digital Ninja, dia berpendapat bahawa program yang akan datang di bawah Gerakan #mydigitalmaker harus melibatkan peserta berpengalaman yang dapat
membimbing dan memberi inspirasi kepada peserta baharu.

Mengulas mengenai pentingnya Hari Wanita Antarabangsa, Saii Yashaa berpendapat bahawa wanita muda dapat mencapai apa sahaja dengan penuh semangat asalkan mempunyai sikap untuk terus belajar dan berjanji menyokong usaha menghapuskan stereotaip gender berteraskan tema #ChooseToChallenge pada tahun ini.

STEM, KEMAHIRAN DIGITAL, PINTU KE MASA DEPAN
Gerakan #mydigitalmaker bermula secara sederhana pada 2016. Ia dilancarkan sebagai salah satu komponen penting dalam memacu ekonomi digital dengan fokus kepada salah satu teras utama MDEC iaitu Kemahiran dan Pekerjaan Digital. Sehingga Disember 2020, Gerakan #mydigitalmaker telah memanfaatkan 2.19 juta pelajar di seluruh negara serta memberi inspirasi kepada inovasi digital di kalangan pelajar sambil mempromosikan subjek STEM sebagai kunci untuk meneroka bidang teknologi dan menyelesaikan masalah.

“Teknologi menawarkan kesamarataan membabitkan penyertaan jantina dan mewujudkan masyarakat yang terintegrasi secara teknologi di Malaysia. Rakyat dapat mencapai tahap persaingan antara jantina apabila semakin ramai wanita menyertai industri teknologi. Apa sahaja nilai yang diberikan oleh individu terhadap projek, pasukan atau organisasi kini bukan ditentukan oleh jantina sebaliknya berpandukan kemahiran, pengetahuan dan tekad. Teknologi merapatkan jurang gender dan menawarkan peluang walaupun dalam suasana ketidakpastian yang belum pernah terjadi sebelum ini,” kata Naib Presiden Bahagian Kemahiran dan Pekerjaan Digital MDEC, Dr Sumitra Nair.

Menurut Dr Sumitra, usaha dan kerjasama pelbagai pihak telah membantu mengubah pelajar daripada sekadar menjadi pengguna kepada pencipta teknologi. Program di bawah Gerakan #mydigitalmaker merangkumi Digital Ninja, Sekolah Juara Digital dan Hour of Code melibatkan penyertaan pelbagai pihak.

“Saya mencadangkan agar ibu bapa dan pelajar yang bercita-cita untuk merapatkan jurang teknologi digital supaya memanfaatkan peluang yang disediakan untuk mendapatkan pendedahan teknologi. MDEC diberi mandat untuk memimpin ekonomi digital iaitu dengan mewujudkan masyarakat yang sangat terintegrasi dengan teknologi untuk memberi kekuatan kepada rakyat berdepan cabaran pada era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0). Oleh itu, kami berharap agar jangkauan yang lebih meluas untuk program #mydigitalmaker anjuran MDEC pada tahun ini,” katanya

Leong Adjustment embarks on digital transformation journey to stay competitive

Scroll down for Malay version / Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Malaysia

Gone are the days when you have to rely on conventional insurance claims systems to process your policies. Now, digital transformation is driving business innovation for insurance claims solution providers. To seize this new growth opportunity, Leong Adjustment Sdn. Bhd. has made a bold attempt to embrace digital technology to optimise the performance of its business processes and to ease the hassle for policyholders and insurers.

Jacqueline Leong, Director of Leong Adjustment Sdn. Bhd. said the COVID-19 pandemic had made them realise to expedite their digitalisation effort or risk being left behind. To deal with the immediate challenges faced by the company, the support from the government’s financial assistance through the National Economic Recovery Plan (PENJANA) 2020 #SMART Automation Grant (SAG) that was channelled through Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) came just in time to take their burden off their shoulders.

“After having more than a decade experience in the insurance industry, the company felt that there is room for improvement with respect to claims processing time, asymmetric information transmission, and claims accuracy/ consistency. Believing that accuracy and consistency are the key performance indicator (KPIs) in its profession, the company began its digital transformation journey by developing the RTE777 Cloud Insurance Claims Project last year,” she said while explaining this is also part of transforming the conventional labour-intensive business model.

The company also decided to develop a web and mobile app-based insurance loss assessment system under the RTE777 Cloud Insurance Claims Project.

The core values of the RTE777 Cloud Insurance Claims Project are to create a Real-Time, Relevance and Reliable (3R) platform for the policyholders, insurers, and its related respective parties from the claims notification to approval.

The deployment of the RTE777 Cloud Insurance Claims Project will enable a 100 per cent information accuracy and limit asymmetric information and in turn reduce travelling cost and man-hour by at least 30 percent. It will also enhance claims processing time cycle with within 24 hours, create a more transparent claim processing platform and reduce claims leakage (i.e. monetary loss through claims management inefficiencies that result from failures in existing processes).

“As an insurance claims solution provider, we need to always keep pace with current development and practices in other economic sectors in order to maintain our unbiased and independent judgement and opinion. Most importantly, all policyholders are adequately protected at the time of financial loss. Every insurance claim is transparently paid within a reasonable time frame.

“We feel honoured to be awarded as the matching grant had substantially reduced our financial burden and allowed us to fully focus on the research and development (R&D) segment of our digitalisation project,” she commented further.

Leong Adjustment is one of the 66 small and medium-sized enterprises (SMEs) and mid-tier companies being awarded for the Government’s National Economic Recovery Plan (PENJANA) 2020 #SMART Automation Grant (SAG).

“It gives us tremendous pride to be able to help empower businesses to stay competitive and robust through digitalisation during these times. MDEC will continue to work with all parties including the Ministry of Communications and Multimedia (KKMM), relevant agencies and partners to ensure the survival and business continuity of SMEs and MSMEs in the market. This is provided through our initiatives and efforts such as SAG that can transform them to become digitally-powered businesses and help thrive in this new reality,” said Surina Shukri, Chief Executive Officer of MDEC.

“Enabling digitally-powered businesses is one of our central tenets at MDEC. Leong Adjustment is just one of the many MSMEs that have benefitted from our grant and we will not let up in our efforts in digitalising and empowering businesses and ultimately benefitting the society and the country in line with Malaysia 5.0, ensuring shared prosperity for all as enshrined in the Malaysia Digital Economy Blueprint (MyDIGITAL) and propelling Malaysia forward as the heart of a digital ASEAN,” said Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff, Chairman of MDEC.

Launched in July 2020, MDEC’s SAG matching grant is targeted at companies in the services sector to automate their business processes and adopt digitalisation. The grant aims to drive these businesses to kick start the development and implementation of digital process and technology tools to automate the recipient’s business operations.


Kebergantungan terhadap sistem tuntutan insurans berdasarkan kaedah konvensional melibatkan urusan pemprosesan kini boleh dikatakan sudah ditelan zaman. Pada masa kini, transformasi digital telah mendorong inovasi perniagaan bagi syarikat penyedia penyelesaian tuntutan insurans. Bagi merebut peluang pertumbuhan baharu ini, Leong Adjustment Sdn. Bhd. telah melakukan perubahan berani apabila mengadaptasi teknologi digital untuk meningkatkan prestasi dalam proses perniagaannya sekaligus mengurangkan kerumitan kepada pemegang polisi dan penanggung insurans.

Pengarah Leong Adjustment Sdn. Bhd. , Jacqueline Leong, mengakui bahawa pandemik COVID-19 menyebabkan syarikatnya menyedari keperluan untuk pendigitalan kerana jika tidak melaksanakannya, mereka berdepan risiko akan ketinggalan. Bagi menangani cabaran yang dihadapi syarikat, sokongan yang diberikan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Geran Automasi Pintar (SAG) yang disalurkan kerajaan melalui Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) hadir tepat pada waktunya untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh perniagaan di negara ini.

“Syarikat memiliki pengalaman lebih sedekad dalam industri insurans. Sehubungan itu, kami menyedari terdapat ruang untuk penambahbaikan melibatkan tempoh masa pemprosesan tuntutan, perkongsian maklumat yang tidak tepat dan ketepatan tuntutan. Dengan mempercayai bahawa ketepatan merupakan petunjuk prestasi utama (KPI) dalam perkhidmatan, syarikat memulakan transformasi digital dengan membangunkan Projek Tuntutan Insurans Awan RTE777 pada tahun lalu,”katanya sambil menjelaskan bahawa ini juga merupakan sebahagian daripada transformasi kerja konvensional model perniagaan intensif.

Syarikat berkenaan juga memutuskan untuk mengembangkan sistem penilaian kerugian insurans berasaskan aplikasi web dan mudah alih di bawah Projek Tuntutan Insurans Awan RTE777.

Nilai teras Projek Tuntutan Insurans Awan RTE777 adalah untuk mewujudkan platform 3R iaitu real time (masa sebenar), relevance (relevan) dan reliable (boleh dipercayai) untuk pemegang polisi, penanggung insurans dan pihak-pihak yang berkaitan iaitu bermula pemberitahuan tuntutan hingga persetujuan.

Penyebaran Projek Tuntutan Insurans Awan RTE777 akan memungkinkan ketepatan maklumat 100 peratus dan mengurangkan maklumat tidak tepat dan seterusnya akan mengurangkan kos perjalanan dan tempoh waktu pemprosesan sebanyak 30 peratus. Ini juga akan mempercepatkan pemprosesan tuntutan dalam tempoh 24 jam dan seterusnya mewujudkan platform pemprosesan tuntutan yang lebih telus dan mengurangkan kebocoran tuntutan (iaitu kerugian kewangan akibat ketidakcekapan pengurusan tuntutan yang disebabkan oleh kegagalan dalam proses sedia ada).

“Sebagai penyedia penyelesaian tuntutan insurans, kita harus sentiasa mengikuti perkembangan dan amalan semasa di sektor ekonomi lain untuk menjaga penilaian dan supaya pendapat kita yang tidak berat sebelah. Perkara yang paling mustahak ialah semua pemegang polisi dilindungi. Setiap tuntutan insurans dibayar dengan telus dalam jangka masa yang munasabah.

“Syarikat berasa terharu dan berbangga kerana menerima geran padanan yang telah mengurangkan beban kewangan syarikat dan memungkinkan untuk fokus sepenuhnya pada segmen penyelidikan dan pengembangan berdasarkan projek pendigitalan,” katanya.

Leong Adjustment Sdn. Bhd. merupakan salah satu daripada 66 PKS dan syarikat kategori pertengahan yang menerima geran di bawah pakej SAG – PENJANA yang diperkenalkan kerajaan pada tahun lalu.

“Penglibatan MDEC dengan inisiatif ini merupakan satu kebanggaan yang luar biasa kepada agensi kerana berpeluang membantu untuk memperkasakan perniagaan supaya terus berdaya saing dan kekal kukuh menerusi pendigitalan. MDEC akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan termasuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), agensi kerajaan yang lain dan rakan kongsi untuk memastikan kelangsungan perniagaan PKS dan usahawan mikro di negara kita. Komitmen ini dizahirkan menerusi SAG yang dapat mengubah PKS , syarikat kategori pertengahan dan usahawan mikro kepada perniagaan yang bertenaga digital dan membantu berkembang dalam realiti baharu ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri.

“Menjadikan perniagaan diperkasa secara digital merupakan salah satu teras utama MDEC. Leong Adjustment Sdn. Bhd. Merupakan salah satu daripada PKS dan usahawan mikro yang mendapat manfaat menerusi geran yang disediakan. Saya ingin menegaskan bahawa MDEC tidak akan mengurangkan usaha untuk memperkasakan perniagaan secara digital kerana pada akhirnya, ia akan memberi manfaat kepada masyarakat dan negara sejajar dengan Malaysia 5.0 yang akan memastikan kemakmuran bersama seperti ditekankan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL). Ini seterusnya akan mendorong Malaysia bergerak ke arah mencapai visi menjadi Nadi Digital ASEAN,” kata Pengerusi MDEC, Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff.

Dilancarkan pada Julai 2020, SAG MDEC menyasarkan syarikat – syarikat di sektor perkhidmatan untuk mengautomasikan proses perniagaan mereka ke arah pendigitalan. Bantuan ini bertujuan untuk mendorong perniagaan memulakan pengembangan dan pelaksanaan proses digital dan penggunaan alat teknologi untuk mengautomasikan operasi perniagaan penerima.

Digital Skills Key to Bolster Workforce Innovation/Kemahiran Digital Kunci Meningkatkan Inovasi Tenaga Kerja

Scroll down for Malay version/Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Malaysia

As digital technologies have notably begun to play an even more critical role in the economy, it is increasingly clear that there is a real need to prepare talents – newly graduated or now in the workforce – for digital jobs. More companies are becoming digital by default, with 91% of organisations having to adopt or have plans to become a ‘digital-first’ business strategy.

In fact, an average of $15.3 million over the next 12 months will be spent on digital initiatives, according to the IDG Digital Business Survey 2019. The Department of Statistics Malaysia (DOSM) had revealed that small and medium-sized enterprises (SMEs) now comprises 48.4% of Malaysia’s employment and another similar report from Huawei revealed how 48% of SMEs recognise the lack digital skills.

In Malaysia, eight of the top ten emerging jobs will require digital tech skills. This includes jobs in Data Analysts and Scientists; Internet of Things (IoT) Specialists; Digital Transformation Specialists; and Cybersecurity Specialists, says the World Economic Forum (WEF)’s “The Future of Jobs Report 2020” Report. The same study also forecasted that 50 percent of all employees will need re-skilling by 2025.

On the supply side, according to a 2018 Randstad survey, close to 90 percent of the workforce in Malaysia believe they do not have skills for a digital workplace, while graduate unemployment had also seen an increase due to the lack of digital skills. The Ministry of Education Malaysia (MOE) Graduate Tracer Study 2018 states that 1 out of 5 graduates are unemployed and acquiring digital skills have been clearly acknowledged as part of the solution.

The question now arises whether “Do Malaysians have the right skills to survive and thrive in the digital economy ?”

A Holistic Talent Pipeline to Face a K-shaped Economic Recovery
The Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) was quick to recognise the need for a holistic talent pipeline that serves to digitally up-skill Malaysians as the nation accelerates towards becoming a digital society. A holistic approach is required, simply because digital literacy and skills is now a necessity at all strata and segments of society as the nation becomes increasingly digital by default.

From the future and emerging talent pipeline to underserved – rural communities, differently-abled and the lower B40 populace, to those looking for opportunities on an intricately landscaped suite of careers, all of them can only be filled via those who have specialised digital talents.
With these features, Malaysia’s particularly diverse workforce calls for opportunities being offered through a movement with spokes and hubs that reach out to each category of society that now constantly seeks digital upskilling through specific pipelines.

As is, the digital economy is expected to make significant contributions to the country as the projection is based on the forecasted economic growth rate of 6.7 percent next year, according to a World Bank Report and the significant contribution of 20 percent to the National GDP based on the Department of Statistics Malaysia report.

In this regard, MDEC, with the strong support of KKMM, will continue to drive forward the digital economy initiatives centred towards ensuring shared prosperity for the many and, eventually, envisioning Malaysia’s role as the heart of digital ASEAN.

All this will be guided mainly via its focus on three main strategic thrusts – empowering Malaysians with Digital Jobs and Skills; enabling Digitally-Powered Businesses; and attracting Digital Investments. Various initiatives will follow through with the details outlined in the 2021 Budget as it ensures nation thrives in the Fourth Industrial Revolution (4IR) era and can make the concept of Malaysia 5.0 a success.

Building Talent Pipelines for Emerging Jobs
At one end of the talent spectrum that serves the future talent pipeline, movements such as MDEC’s #mydigitalmaker are aimed at cultivating digital innovation, creativity and problem-solving skills amongst Malaysian students. In partnership with the MOE, the EdTech and Maker ecosystems, this movement had impacted more than 1.6 million school students nationwide.

Similarly, MDEC is also working with the Ministry of Higher Education (MOHE) and Premier Digital Tech Institutions (PDTIs) to ensure that industry-relevant content is integrated into the curricula of the 11 universities and 5 polytechnics that are in this programme. More institutions of higher learning are joining this programme in 2021. The value of building a talent pipeline that cuts across the entire spectrum, starting with the next generation, is key in creating a resilient future workforce.

At the other end of the spectrum are those seeking employment through upskilling and reskilling digitally, for future jobs. MDEC’s COVID-19 Impact Survey 2020 revealed how 70% of Malaysian businesses will have retraining needs in a post-pandemic era. A further 83% shared how the focuses would be in the areas of digital marketing and digital productivity tools, with the latter including remote working skills.

MDEC’s Role
The need for digital up-skilling and re-skilling Malaysians had been evident throughout the COVID-19 pandemic. MDEC’s ongoing efforts include the most pronounced initiative under the still running #MyDigitalWorkforce Movement. It launched in November 2020 during Malaysia Tech Month and brought Malaysians to a focal point that was populated with webinars, satellite events and a job expo that MDEC launched in August 2020 in response to COVID-19. The Movement itself had been dubbed the catalyst for talent to get on the K-shaped economic recovery.

Not merely fizzling out after the event ended, and with COVID-19 infection spiking over the last few months, MDEC also developed and introduced two new initiatives under the overall #MyDigitalWorkforce Movement. Catered specifically to digital jobs- and skills-needs, both – MyDigitalWorkforce Jobs Platform and Digital Skills Training Directory – were launched simultaneously. These were the key enablers within the country’s efforts to help mitigate jobs impacted by the pandemic. The digital jobs portal, an ongoing collaboration with recruitment firms – WOBB and Hays Malaysia, now offers more than 2,000 vacancies and career growth opportunities in jobs related to digital technology.

As for the Digital Skills Training Directory, MDEC introduced it in collaboration with SOCSO, with the latter providing an incentive subsidy under the SOCSO Employment Insurance Scheme. This is part of the PENJANA Hiring Incentive that offers up to RM4,000 per pax for unemployed Malaysians seeking to beef-up with new digital skills.

The directory is a catalogue of courses that address in-demand digital skills. These learning modules and trainers have been reviewed and endorsed by a panel of digital industry experts to ensure proper guidance is available to Malaysians who are selecting courses that meet the requirements for digital jobs. Featuring 173 courses to-date, it comprises in-depth training and certification at beginner, intermediate and advanced levels in data sciences (50), cybersecurity (44), software development (55), animation (19) and game development (5).

Closing the Skills-Gap in the Digital Era
“As Malaysia, and the world, continue to contend with the disruptions that this pandemic had wrought, it’s now more critical than ever for the workforce to raise their game. This includes learning new skills and abilities that can meet the demands of the digital era. The #MyDigitalWorkforce Jobs Platform and Digital Skills Training Directory is part our ongoing efforts to address the gap between talent fulfilment and workforce demands. They are the necessary building blocks for Malaysia to kick-start and develop a digitally ready workforce. Only then can we truly accelerate ongoing efforts to grow the digital economy,” shared Surina Shukri, CEO, MDEC.

As of end-2020, the digital careers platform had received over 23,000 applications with almost 700 being shortlisted for interviews. Similarly, the directory is now experiencing a surge in interest from youths, fresh graduates and the workforce. In fact, the number of applications and jobs continue to climb on a daily basis.

Today, the tech sector contributes 18.5 percent to Malaysia’s GDP – the highest in the region, and 30 percent to ASEAN’s Internet economy, making it truly the Heart of Digital ASEAN. Talent is a crucial component in the nation’s digital ecosystem as digital competencies among these talents are catalysts for digitalisation across SMEs, industries and among the rakyat at large.

MDEC’s various digital economy initiatives are centred towards Digitally-Skilled Malaysians, Digitally-Powered Businesses and Digital Investments – the three pillars under the agency’s strategic framework. Among those parked under the Digitally-Skilled Malaysians are the #MyDigitalWorkforce Jobs Platform and Digital Skills Training Directory that aspires to address gaps between talent fulfilment and workforce demands via provisioning of strong digital competencies. MDEC’s initiatives under the pillar of Digitally-Skilled Malaysians have impacted more than 2 million Malaysians from the year 2016 to Q3 2020 as they help Malaysia accelerate its socio-economy towards becoming a digitally-skilled society and enable the nation to embrace the 4IR era as it steer towards achieving shared prosperity for all.

More details are available at:

#MyDigitalWorkforce Jobs Platform

Digital Skills Training Directory


Ketika ini teknologi digital memainkan peranan yang sangat penting dalam ekonomi.Oleh itu, wujud keperluan mendesak untuk menyediakan graduan baharu atau tenaga kerja sedia ada untuk sektor berkenaan. Pada masa sama, kajian mendapati lebih banyak syarikat ‘menjadi’ digital apabila sebanyak 91 peratus organisasi telah mengadaptasi digital dalam operasi masing -masing atau sekurang -kurangnya mempunyai perancangan untuk berbuat demikian.

Mengikut kajian IDG Business Survey 2019, secara purata sebanyak RM15.3 juta akan dilaburkan untuk inisiatif digital. Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merangkumi sekitar 48.4 peratus pekerjaan di negara ini namun 48 peratus menyedari pekerja mereka kekurangan kemahiran digital.

Dalam konteks di Malaysia, lapan daripada sepuluh pekerjaan baharu akan memerlukan kemahiran teknologi digital termasuklah penganalisis data dan saintis, pakar Internet Kebendaan (IoT), pakar transformasi digital dan pakar keselamatan siber seperti Laporan Masa Depan Pekerjaan 2020 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF). Laporan sama juga meramalkan bahawa 50 peratus daripada semua pekerja akan memerlukan penambahan semula kemahiran baharu menjelang 2025.

Melihat aspek penawaran pula, menurut tinjauan Randstad 2018, hampir 90 peratus tenaga kerja di Malaysia percaya mereka tidak mempunyai kemahiran untuk tempat kerja digital sementara pengangguran siswazah juga meningkat disebabkan faktor ini. Kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2018 pula mendapati bahawa satu daripada lima siswazah menganggur mengakui kemahiran digital merupakan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi mereka.

Persoalannya ialah “ Adakah rakyat Malaysia mempunyai kemahiran yang tepat untuk bertahan dan berkembang dalam ekonomi digital?”

Saluran Bakat Holistik untuk Menghadapi Pemulihan Ekonomi berbentuk K
Dalam soal ini, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pantas menyedari perlunya saluran bakat holistik untuk meningkatkan kemampuan digital rakyat Malaysia pada ketika negara kita semakin laju meluncur ke arah menjadi masyarakat digital. Pendekatan ini sangat penting memandangkan kemahiran dan literas digital diperlukan oleh semua lapisan masyarakat termasuklah di luar bandar, golongan B40 serta pencari peluang dalam kerjaya yang memerlukan kemahiran tertentu.

Menerusi ciri-ciri ini, tenaga kerja tempatan menjadi sangat berkebolehan untuk mengisi peluang digital yang ditawarkan sekaligus menjadi hab yang menjangkau setiap kategori masyarakat yang sedang mencari peningkatan digital melalui saluran tertentu.

“Ekonomi digital dijangka akan terus memberi sumbangan penting kepada negara berdasarkan ramalan pertumbuhan ekonomi pada kadar 6.7 peratus tahun hadapan seperti laporan Bank Dunia dan 20 peratus kepada KDNK mengikut laporon Jabatan Perangkaan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, MDEC dengan sokongan padu KKMM akan meneruskan inisiatif berpaksikan kemakmuran bersama untuk rakyat dan seterusnya mencapai cita-cita Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN berpandukan tiga teras utama iaitu menyediakan rakyat Malaysia berkemahiran digital, perniagaan diperkasa secara digital dan menarik pelaburan digital. Pelbagai inisiatif akan dilaksanakan selaras dengan perincian Belanjawan 2021 dan seterusnya mengharungi era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) dan menjayakan Malaysia 5.0.”

Membangun Talian Bakat untuk Pekerjaan yang Muncul
Matlamat akhir spektrum yang membantu saluran bakat masa depan ini dapat dilihat menerusi gerakan #mydigitalmaker yang dilancarkan oleh MDEC dengan tujuan memupuk inovasi digital, kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan pelajar Malaysia. Bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, usaha memantapkan ekosistem teknologi pendidikan dan pembuatan, gerakan ini telah memanfaatkan lebih 1.6 juta pelajar sekolah di seluruh negara.

Selanjutnya, MDEC juga bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Institusi Teknologi Digital Premier (PDTI) untuk memastikan bahawa kandungan berkaitan industri ‘dimasukkan’ ke dalam kurikulum 11 buah universiti dan 5 politeknik yang terlibat dengan program ini. Usaha untuk membina saluran bakat yang merangkumi keseluruhan spektrum harus membabitkan penglibatan generasi pelapis kerana ia merupakan kunci untuk mewujudkan tenaga kerja masa depan yang berdaya tahan.

Matlamat akhir program ini ialah untuk membantu golongan yang mencari pekerjaan meningkatkan kemahiran secara digital untuk pekerjaan di masa depan. Tinjauan Impak COVID-19 yang dilaksanakan MDEC menunjukkan bahawa 70 peratus syarikat akan mempunyai keperluan untuk latihan semula selepas COVID manakala 83 peratus syarikat akan melaksanakan latihan semula membabitkan bidang pemasaran digital dan peralatan untuk produktiviti digital serta akhir sekali merangkumi kemampuan bekerja secara tidak di pejabat.

Peranan MDEC
Keperluan untuk rakyat Malaysia yang mahir dan berkemahiran tinggi telah terbukti sepanjang wabak COVID-19. Usaha berterusan MDEC termasuk inisiatif di bawah Gerakan #MyDigitalWorkforce Ia dilancarkan pada November 2020 semasa Bulan Teknologi membawa Malaysia (MTM2020) yang memberi peluang kepada rakyat menyertai pelbagai siri webinar, acara satelit dan pameran pekerjaan yang dilancarkan MDEC pada Ogos 2020 sebagai tindak balas kepada COVID-19. Gerakan ini merupakan pemangkin kepada bakat untuk terlibat dalam proses pemulihan ekonomi berbentuk K.

Tidak berhenti setakat itu, MDEC baru – baru ini melancarkan dua inisiatif baharu di bawah gerakan #MyDigitalWorkforce iaitu Platform Pekerjaan MyDigitalWorkforce dan Direktori Latihan Kemahiran Digital untuk memenuhi keperluan pekerjaan digital dan kemahiran. Usaha ini dilaksanakan bagi membantu golongan yang hilang pekerjaan akibat penularan wabak berkenaan. Portal pekerjaan digital iaitu WOBB dan Hays Malaysia kini menawarkan lebih daripada 2,000 kekosongan pekerjaan berkaitan dengan teknologi digital.x

Bagi Direktori Latihan Kemahiran Digital pula, MDEC melancarkannya dengan kerjasama PERKESO. Ianya antara lain memberikan subsidi di bawah Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan Insentif Pengambilan PENJANA sehingga RM4,000 untuk individu yang hilang pekerjaan mempelajari kursus-kursus baharu dan menambah kemahiran digital. x

Direktori ini merupakan katalog kursus untuk menangani permintaan kemahiran digital yang diperlukan. Kursus ini telah mendapat pengesahan pakar industri digital untuk membimbing rakyat Malaysia memilih modul yang memenuhi syarat untuk pekerjaan berkaitan teknologi digital. Mengandungi 173 kursus , ia merangkumi latihan dan pensijilan untuk peringkat pemulaan, menengah dan lanjutan membabitkan sains data (50), keselamatan siber (44), pengembangan perisian (55), animasi (19) dan pengembangan permainan (5) . x

Mengecilkan Jurang Kemahiran dalam Era Digital
“Ketika Malaysia dan dunia terus menghadapi gangguan disebabkan oleh wabak ini, keperluan tenaga kerja menjadi lebih kritikal berbanding sebelumnya. Keperluan yang dimaksudkan termasuklah mempelajari kemahiran dan kebolehan baharu yang dapat memenuhi tuntutan era digital. Platform #MyDigitalWorkforce Jobs dan Direktori Latihan Kemahiran Digital merupakan usaha MDEC untuk mengatasi jurang yang wujud membabitkan penawaran bakat dan permintaan tenaga kerja. Ini merupakan asas yang perlu bagi Malaysia untuk memulakan dan mengembangkan tenaga kerja yang bersedia secara digital. Hanya dengan itu kita dapat mempercepatkan usaha berterusan untuk mengembangkan ekonomi digital,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Pn. Surina Shukri.

Pada masa ini, platform kerjaya digital telah menerima sekitar 23,000 permohonan dengan hampir 700 telah disenaraikan untuk temuduga. Direktori ini terus menerima peningkatan kunjungan membabitkan golongan belia, graduan baharu dan tenaga kerja sedia ada. Jumlah permohonan dan pekerjaan terus meningkat setiap hari. Hari ini sektor teknologi menyumbang sebanyak 18.5 peratus kepada KDNK Malaysia (tertinggi di rantau ini) dan 30 peratus kepada ekonomi digital ASEAN sekaligus menjadikannya sebagai Nadi Dgital ASEAN. Bakat merupakan komponen penting dalam ekosistem digital negara dan kecekapan digital yang dimiliki merupakan pemangkin digitalisasi di seluruh PKS, industri dan di kalangan rakyat secara amnya.

Pelbagai inisiatif ekonomi digital oleh MDEC yang membabitkan rakyat Malaysia yang berkemahiran digital, perniagaan dipacu secara digital dan pelaburan digital merupakan tiga teras strategiknya. Menerusi teras rakyat Malaysia berkemahiran digital, usaha dapat dilihat menerusi Platform Pekerjaan #MyDigitalWorkforce dan Direktori Latihan Kemahiran Digital bagi mengatasi jurang yang wujud membabitkan lambakan bakat dan tuntutan tenaga kerja dengan kecekapan digital. Teras MDEC membabitkan rakyat Malaysia yang berkemahiran digital telah memberi kesan kepada lebih daripada dua juta rakyat Malaysia sejak 2016 hingga suku ketiga tahun ini. Inisiatif MDEC bertujuan untuk membantu Malaysia menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan menuju ke Malaysia 5.0 untuk mencapai hasrat kemakmuran bersama untuk semua.

Maklumat lanjut boleh didapati di:

Platform Pekerjaan #MyDigitalWorkforce

Direktori Latihan Kemahiran Digital

Guru Juara Digital MDEC Kreatif guna TikTok dalam PdPR bantu pelajar

Cikgu Hailmi aktif menggunakan TikTok dalam proses PdPR ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Musim persekolahan tahun ini boleh dianggap sebagai ‘episod kedua’ bagi para pelajar di seluruh  negara terlibat dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikut ancaman pandemik COVID-19 yang masih berlarutan sehingga kerajaan kembali menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebahagian besar struktur PdPR melibatkan pembelajaran dalam talian. Lebih sebulan perlaksanaannya, pelbagai kisah tular mengenai pengalaman guru, para pelajar dan ibu-bapa tentang amalan norma baharu ini.

Ada sebilangan guru yang mengeluh kerana jumlah ‘kehadiran’ kurang memberangsangkan manakala terdapat juga ibu-bapa sering ‘memantau’ ketika guru melaksanakan tugas. Paling mencuri perhatian ialah tindakan nakal seorang pelajar di Kepong, Kuala Lumpur  yang berkongsi pautan tidak sepatutnya ketika sesi PdPR berlangsung.

Berdasarkan situasi berkenaan, betapa kita memahami tugas guru menjadi semakin mencabar untuk memastikan fokus pelajar tidak terganggu disebabkan pelbagai isu yang timbul. Paling merisaukan sudah pasti persiapan dan keberkesanan PdPR bagi kumpulan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Sebenarnya, jika kita bercakap tentang kaedah mahu menjadikan guru tempatan lebih kreatif dan peka terhadap teknologi digital, tidak keterlaluan jika dikatakan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ‘membuat persiapan awal’ untuk membantu guru.

Pada 2019,  MDEC menganjurkan program #CikguJuaraDigital untuk mencari guru yang boleh menjadi penanda aras berkaitan dengan teknologi pendidikan di Malaysia.

Salah seorang peserta, Norhailmi Abdul Mutalib, 40 , berkata, selepas program itu, beliau menyertai pula bengkel TikTok anjuran MDEC dan mendapati penggunaan aplikasi itu berpotensi besar untuk membantu dalam proses pembelajaran.

Akaun Tiktok @cikguhailmi diikuti lebih 11,000 pengikut yang tertarik dengan eksperimen yang dimuatnaik olehnya.

“ Oleh itu, saya mula menghasilkan akaun Tiktok pada Oktober 2020 dengan memuat naik kandungan video tentang nota subjek Sains. Ada ketikanya, saya turut merakamkan eksperimen ringkas untuk memudahkan pelajar memahami topik yang sedang dibincangkan,”katanya kepada wakil blog MDEC baru -baru ini.

Norhailmi yang mengajar subjek Sains bagi pelajar tingkatan empat dan lima di Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Jerlun, Kedah berkata, kaedah berkenaan sangat membantu kerana kandungan video berdurasi lebih pendek.

Salah satu video eksperimen yang dimuat oleh Cikgu Hailmi yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun.

“ Ini sekaligus menjimatkan kuota internet para pelajar berbanding mengikut tele pembelajaran yang mengambil masa lebih lama dan menyebabkan penggunaan data yang lebih tinggi. Bukan semua pelajar saya melanggan pelan internet secara bulanan kerana ada yang membeli data berdasarkan pakej harian,”katanya.

Menerusi akaun @cikguhailmi , beliau telah mengumpul lebih 11,000 pengikut dan memuatkan hampir 120 video setakat ini.

“ Antara yang mendapat tontonan tertinggi ialah video berkaitan eksperimen tekanan iaitu lebih 268 000  orang manakala video berkaitan eksperimen  Natrium telah diikuti oleh hampir 80 000 pemilik akaun TikTok,”katanya.

Semakan mendapati akaun pemilik guru yang pernah disenaraikan sebagai 50 Guru Terbaik Dunia anjuran Varkey Foundation itu mendapat lebih 113 700 tanda suka, setanding selebriti media sosial tempatan.

Bercerita lanjut, Norhailmi berkata, beliau mula menggunakan aplikasi Tiktok disebabkan oleh beberapa faktor.

“ Saya mengesan pelajar mula tidak berminat untuk mengikuti PdPR ketika itu kerana motivasi mereka telah menurun. Oleh itu, penyelesaian segera diperlukan.

“ Saya mengambil keputusan menggunakan TikTok kerana mempunyai pelbagai ciri menarik , segar, latar belakang lagu -lagu hits masa kini yang digemari golongan remaja dan faktor video pendek lebih memudahkan pelajar memahami topik,” katanya yang juga pernah menyertai program #MyDigitalMaker anjuran MDEC.

Sementara itu, seorang lagi guru, Ahmad Adham Berhaumidin turut berkongsi pengalaman menggunakan aplikasi media sosial dalam PdPR untuk memudahkan para pelajarnya.

Cikgu Adham yang mengajar subjek Matematik Tambahan turut aktif menggunakan pelbagai media sosial dalam proses PdPR

Beliau yang mengajar subjek Matematik Tambahan untuk pelajar tingkatan empat dan lima di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang Selangor berkata, menerusi pengintegrasian maklumat yang dikongsi MDEC, telah membuka ruang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknologi komunikasi maklumat (ICT) di kalangan guru.

“ Ini dapat meningkatkan kecekapan PdPR. Saya tidak bergantung kepada satu jenis media sosial sahaja sebaliknya lebih pelbagai menerusi penggunaan Facebook, Youtube, blog dan juga Twitter,” katanya.

Ujar Ahmad Adham, akaun Youtubenya iaitu dehewaraspak kini telah diikuti hampir 1,500 pelayar yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang penyelesaian masalah dalam subjek Matematik Tambahan.

Saluran Youtube yang disediakan oleh Cikgu Adham untuk kemudahan para pelajarnya

“ Saya turut menyediakan soalan -soalan contoh Matematik dan menyediakan slot sembang santai bersama para pelajar untuk memastikan mereka mempunyai ruang untuk bertanya secara dalam talian,”katanya.

Sementara itu, beliau yang merupakan Juara Cikgu Digital anjuran MDEC pada tahun lalu turut memberi pendapat supaya agensi ini dapat memperkenalkan bengkel pembinaan aplikasi untuk telefon pintar atau Android kerana golongan guru pastinya mempunyai kepakaran untuk menghasilkan kandungan sesuai untuk menarik perhatian pelajar.

Sementara itu, Naib Presiden Bahagian  Kemahiran Digital dan Kerjaya Digital  MDEC, Dr Sumitra Nair berkata, kumpulan guru yang dilatih MDEC mempunyai daya tahan , kreatif dan peka teknologi untuk memastikan para pelajar mereka tidak tertinggal di sebabkan situasi luar jangka yang sedang dihadapi ketika ini.

“ Kumpulan Cikgu Juara Digital yang dilatih MDEC tidak menjadikan wabak COVID-19 sebagai halangan untuk mereka terus mendidik. Mereka juga tidak buntu terhadap teknologi sebaliknya mereka terus belajar, memimpin dan berkongsi amalan terbaik dan bersama -sama mengharungi detik sukar bersama para pelajar.

“ Guru-guru ini  menjadi inspirasi bagi mereka yang bercita-cita untuk menyumbang lebih banyak terutamanya pada masa sukar ini,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di pautan ini https://mdec.my/mydigitalmaker/cikgu-juara-digital/

Corruption Must End, Uphold Transparency/Hapuskan Rasuah Menerusi Amalan Integriti

Scroll down for Malay version/Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Malaysia

Corruption impoverishes the poor and the most vulnerable in our society. As the Chairman of MDEC, I support initiatives to address the scourge of corruption in Malaysia.

Corruption hurts the poor disproportionately, diverts funds intended for development, leaks precious public resources, and undermines a government’s ability to provide basic services.

MDEC is strongly committed to radical transparency, accountability, and integrity under MDEC’s “Reinvent’ mission, which will drive our strategy moving forward, thereby ensuring that we serve the Rakyat and industry better.

MDEC has taken serious measures to improve administrative processes. Recently we engaged KPMG and Ernst & Young to provide expert counsel to further strengthen governance in the organisation.

As an example, we have eliminated direct negotiation and closed tenders’ practices and instituted an open tender system.

We recently introduced Discretionary Authority Limits (DAL) which clearly specifies the limits of authority, processes and reporting that will govern the utilization of all MDEC grant disbursement and resources.

MDEC’s “Reinvent” mission promotes governance processes and policies that uphold competency, accountability and radical transparency with an emphasis on the ‘know-how’ instead of the ‘know-who’ as the key criterion in fair and transparent evaluation.

The success of Sinar’s Rasuah Busters initiative requires not only awareness, but also proactive and persistent involvement from all stakeholders in the ecosystem.

Increased education, enforcement and a strong political will are all required to ensure the success of this virtuous endeavour to transform Malaysia into the heart of Digital ASEAN and to improve the lives of each and every Malaysian.

As an agency under the Ministry of Communications and Multimedia Malaysia (KKMM) with nearly 25 years of experience in nationwide implementation of ICT and the digital economy, MDEC leads the aspiration of Malaysia to establish itself as a regional digital powerhouse with global champions at the forefront of the Fourth Industrial Revolution.


Rasuah yang berleluasa terus memudaratkan golongan miskin dan paling rentan dalam masyarakat kita. Sebagai Pengerusi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) , saya menyokong inisiatif untuk membanteras gejala rasuah di Malaysia.

Rasuah ‘menyakitkan’ kumpulan rentan dalam masyarakat kerana dana yang disediakan oleh kerajaan untuk pembangunan tidak sampai kepada mereka yang memerlukan. Selain itu, rasuah juga melemahkan kemampuan kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan asas.

MDEC mempunyai komitmen jitu untuk melaksanakan ketelusan secara radikal, kebertanggungjawaban dan integriti di bawah misi ‘Mencipta Semula’ yang diyakini akan mendorong strategi agensi untuk bergerak maju bagi memastikan dapat berkhidmat kepada rakyat dan industri dengan lebih baik.

MDEC telah melaksanakan langkah serius untuk meningkatkan pentadbirannya. Baru-baru ini , MDEC bekerjasama dengan KPMG dan Ernst & Young untuk mendapatkan nasihat dan kepakaran bagi mengukuhkan lagi tadbir urus dalam organisasi.

Contoh yang paling jelas ialah MDEC telah menghapuskan proses rundingan secara terus dan amalan pelaksanaan tender tertutup yang telah digantikan dengan sistem tender terbuka.

Di bawah misi ‘Mencipta Semula’, kami juga memperkenalkan Had Kuasa Budi Bicara Kumpulan (DAL) yang menentukan proses penggunaan sumber dan dana MDEC.

Misi ‘Mencipta Semula’ oleh MDEC mempromosikan proses dan dasar tadbir urus yang mengutamakan kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dengan penekanan diberikan pada pengetahuan dan bukannya lagi ‘siapa’ sebagai kriteria utama dalam penilaian yang adil dan telus.
Kejayaan inisiatif Sinar Rasuah Busters bukan hanya memerlukan kesedaran tetapi juga penglibatan proaktif dan berterusan dari semua pihak yang berkepentingan dalam ekosistem.

Di samping itu, perlunya juga meningkatkan kualiti pendidikan, penguatkuasaan dan keazaman politik yang kuat diperlukan untuk memastikan kejayaan usaha murni ini untuk mengubah Malaysia menjadi Nadi Digital ASEAN dan seterusnya meningkatkan mutu kehidupan setiap rakyat Malaysia.

Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta berpengalaman hampir 25 tahun dalam pelaksanaan inisiatif berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan ekonomi digital negara, MDEC memimpin aspirasi Malaysia dengan memantapkan peranannya sebagai pusat kuasa digital serantau serta menjadi juara global dalam menghadapi era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).

A Time to Reset and Rebuild/Menetap dan Membina Semula

Scroll down for Malay version/Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Malaysia

In real estate, buying the cheapest house on the block is a strategy that may pay off nicely. For the same budget, you’re in a tonier neighbourhood and your home value is likely to rise faster to catch up to the median price. Perhaps, most importantly, you are constantly reminded there’s room for improvement.

As home to more than 650 million people – the world’s third largest population – with over 50% being under-30 and tech-savvy, ASEAN is the fastest growing Internet market in the world. Despite this, Malaysia had raised its economic performance and rankings to be at par amongst its peers.

Singapore is the knowledge hub; Indonesia gets the most foreign investment; and Vietnam has the highest growth rates. Malaysia is often discounted or overlooked as pundits hype the potential of the region, especially when it comes to the talent pool for innovation.

Not all of this scepticism is deserved, surely, as Malaysia has put digital transformation at the centre of its agenda in its COVID-19 recovery schemes. The main focus is on digital inclusion for micro-, small-, and medium-sized enterprises (MSMEs) and the rural community. As is, the speed of change had actually been catalysed by the crisis.

The Malaysian government – via the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) – had embarked on a slew of initiatives to spur the digital economy and bridge the digital divide for all. These efforts are starting to pay off – the digital economy is estimated to contribute over 20% to the nation’s GDP by 2020.

It would also serve us well to recognise the niche areas where we can swiftly catch up and overtake our peers. The powerful technologies of the Fourth Industrial Revolution (4IR) present many new opportunities to leapfrog the legacy systems. Ironically, those with the most developed economies often have the most to lose when disruptions affect them, thereby opening up space for others more amenable to embrace these next-gen changes.

This is true for fintech, for instance, where global financial centres – like Singapore – approach it more cautiously; or robotics, which challenge low-cost labour manufacturing hubs, such as Vietnam; or blockchain, a trend that holds the promise to decentralise authoritarian control of information and move it directly into the hands of the citizenry.

Concurrently, Malaysia can leverage much of the cumulative intellectual properties it had developed in Islamic Finance, for the oil & gas sector, tourism and industrial agriculture. This is to support innovative new business models – particularly with digital start-ups – in sectors that we already effectively competing in.

The shock of the pandemic has given the world an opportunity to reset and re-build systems currently in place for a more sustainable and inclusive society and economy. The current crisis also exposed the massive inequalities in our current economic systems, highlighting that a proper and sustainable recovery for the long-term needs to be inclusive.

In resetting, we must first acknowledge the inconsistencies, inadequacies and contradictions of our systems and within institutions. By rebuilding, we must first acknowledge how fragile the systems and its users are, and how to build a new social contract that honours the dignity of every human being. 

As MDEC works towards its vision of Malaysia 5.0, where the interplay of technology and society is complementary and inclusive, it is logical that collaborations with all stakeholders will be key to achieving this vision. No one organisation can do it alone, so deep collaboration across society will be key. There is a saying that we all can strive towards: “If you want to go fast, go alone; if you want to go far, go together!”

Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff is the Chairman of MDEC, leading digital economy for the many towards Malaysia 5.0.


Dalam bidang hartanah, keputusan untuk melabur menerusi pembelian rumah murah di kawasan strategik berkemungkinan dapat memberikan pulangan yang baik. Ini berdasarkan andaian nilai rumah itu akan meningkat dengan lebih cepat di samping sentiasa wujud ruang untuk memperbaiki keadaan.

Sebagai ‘rumah’ kepada lebih 650 juta orang yang juga merupakan populasi ketiga terbesar di dunia serta lebih daripada 50 peratus penduduk berusia di bawah 30 tahun dan berpengetahuan teknologi, ASEAN merupakan pasaran Internet yang paling pesat berkembang di dunia. Pada masa sama, Malaysia juga meningkatkan prestasi ekonominya dan telah memperbaiki pencapaian untuk menyamai prestasi negara – negara jiran.

Singapura merupakan pusat pengetahuan, Indonesia pula menerima pelaburan asing paling tinggi manakala Vietnam mempunyai kadar pertumbuhan tertinggi. Malaysia pula ‘terpinggir’ atau diketepikan kerana pakar menilai potensi rantau ini secara keseluruhan terutama melibatkan kumpulan bakat untuk inovasi.

Bagaimanapun, tidak semua andaian ini berasas kerana negara kita telah melakukan transformasi digital untuk menjadi pusat rujukan mengharungi proses pemulihan COVID-19. Fokus utama ialah pendigitalan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), usahwan mikro dan masyarakat luar bandar. Oleh itu, kepantasan untuk menerima perubahan teknologi boleh menjadi pemangkinan untuk proses pemulihan dan menangani krisis.

Kerajaan menerusi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memacu ekonomi digital dan mengurangkan jurang digital di kalangan rakyat. Usaha ini telah membuahkan hasil apabila ekonomi digital dianggarkan menyumbang lebih dari 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun lalu.

Seterusnya, petunjuk ini sangat penting bagi membolehkan kita memberi tumpuan terhadap bidang-bidang khusus yang mana Malaysia mempunyai kekuatan serta mampu menandingi prestasi negara – negara jiran. Teknologi berterusan dibawa oleh Revolusi Perindustrian 4.0 memberikan banyak peluang baharu untuk memantapkan sistem sedia ada. Sebagai perbandingn, negara yang maju ekonominya, sering mengalami kerugian apabila gangguan mempengaruhi operasi. Pada masa sama, ia telah membuka ruang kepada pihak lain yang bersedia menerima perubahan.

Situasi ini berlaku dalam sektor teknologi kewangan apabila pusat kewangan global seperti di Singapura mengambil langkah lebih berhati -hati. Ini termasuk penggunaan teknologi robotik yang memberi pilihan kepada kos buruh kos rendah seperti Vietnam atau blockchain, trend yang membolehkan pemusatan kawalan maklumat oleh pihak berkuasa terhadap rakyatnya.

Pada masa yang sama, Malaysia dapat memanfaatkan kepelbagaian intelektual yang dikembangkannya dalam Kewangan Islam, sektor minyak dan gas, pelancongan dan pertanian industri. Ini adalah untuk menyokong model perniagaan baharu yang inovatif terutamanya dengan pendigitalan bagi membolehkan sektor ini terus bersaing di pasaran global.

‘Kejutan’ wabak ini telah memberi peluang kepada dunia untuk mengatur semula dan membangunkan kembali sistem sedia ada untuk masyarakat dan ekonomi yang lebih lestari dan inklusif. Krisis semasa juga menyaksikan ketidaksamaan dalam sistem ekonomi sedia ada serta memberi petanda bahawa pemulihan yang tepat dan berterusan untuk jangka panjang perlu bersifat inklusif.

Mengenai proses untuk menetapkan semula, perkara penting yang harus diakui ialah polisi tidak konsisten, kekurangan dan percanggahan sistem sedia dalam institusi. Bagi membina semula, kita harus menyedari bahawa sistem sedia ada sangat ‘rapuh’ kepada pengguna dan wujudnuya keperluan membina kontrak sosial baharu bagi memberi peluang kepada semua golongan.

Memandangkan MDEC sedang berusaha mencapai wawasannya tentang Malaysia 5.0 yang menetapkan supaya interaksi masyarakat dan teknologi saling melengkapi dan inklusif, adalah penting diingatkan bahawa kerjasama dengan semua pihak akan menjadi kunci kejayaan. Tidak ada organisasi yang dapat melakukannya tugas secara sendiri. Ada pepatah mengatakan bahawa “Jika anda ingin pergi dengan cepat, lakukan sendiri, namun jika anda mahu pergi jauh, lakukan secara bersama! “

Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff merupakan Pengerusi MDEC yang memimpin ekonomi digital untuk manfaat pelbagai golongan ke arah Malaysia 5.0.

USAHAWAN DI PEDALAMAN BIMBINGAN MDEC RAIH JUALAN RM 60,000

Menerusi program PeDAS anjuran MDEC di PID, Kuala Nerang, Kedah,Mohd Hazwan Dzulkifli mendapat latihan berharga untuk mendigitalkan perniagaannya sekaligus mencapai prestasi jualan yang lebih baik.

Di sebuah kedai kecil di Pekan Naka, Kuala Nerang, Kedah, seorang pemuda kelihatan tekun menyusun botol – botol pewangi kereta di atas rak.

Seketika kemudian, dia melihat pula paparan laman web membeli belah popular e-dagang, Shopee menerusi komputer riba untuk mengemaskini tempahan yang diterima.

Tidak jauh dari situ, dua pekerjanya sibuk membungkus pewangi -pewangi berkenaan untuk dipos kepada pembeli di seluruh negara. 

Berkongsi cerita, Mohd Hazwan Dzulkifli ,31, berkata, dia memulakan perniagaan berkenaan sejak bulan Mac tahun lalu ketika kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara untuk membendung penularan COVID-19.

Menariknya, pemuda berkenaan mengakui pada awalnya dia langsung tidak tahu untuk berniaga secara online.

“Oleh itu, saya membuat keputusan untuk menyertai kelas Perkhidmatan e-dagang Setempat (PeDAS) anjuran Malaysia Digital Economy Digital (MDEC) di Pusat Internet Desa (PID) Kuala Nerang,” katanya kepada penulis baru -baru ini.

Menerusi kelas berkenaan, Mohd Hazwan berkata, dia diajar bagaimana untuk memasarkan produk secara dalam talian, membuat pemasaran digital dan ‘berkenalan’ dengan Shopee oleh tenaga pengajar.

“Pada mulanya agak sukar namun apabila saya sudah membuat pelaburan dengan membeli stok, saya meneruskan kursus berkenaan sehingga mula yakin untuk menjual secara dalam talian,” katanya.

Menurutnya yang berpengalaman menguruskan stesen minyak di pekan kecil berkenaan, setelah mula menjual secara dalam talian, produk berkenaan mendapat sambutan memberangsangkan.

“Jualan terus bertambah secara konsisten apabila pada bulan September mencecah RM37,000 dan meningkat kepada RM41 000 pada bulan berikutnya dan pada November syarikat berjaya mencatatkan jualan sebanyak RM48,000,” katanya.

Menurutnya, bulan Disember pula prestasi perniagaannya terus meningkat apabila mereka berjaya meraih RM55 000.

“Permulaan tahun ini juga semakin positif apabila syarikat berjaya mencatatkan rekod tertinggi jualan melebihi RM60,000,” katanya.

Jelasnya yang juga graduan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, prestasi jualan yang memberangsangkan itu menyebabkan pasukannya yang bergerak di bawah label NZ Wanina Enterprise terus agresif melaksanakan perancangan perniagaan.

“Antara yang dilakukan termasuk menyediakan peruntukan bulanan untuk membuat pemasaran digital kerana semakin ramai orang menggunakan platform digital untuk membeli pelbagai barangan keperluan,” katanya.

Mohd Hazwan berkata, dia berterima kasih kepada MDEC yang memilih untuk ‘membuka kelas’ di Kuala Nerang yang terletak agak jauh dari pusat bandar sekaligus memanfaatkan penduduk setempat untuk menambah ilmu perniagaan digital.

“ Saya berharap agar lebih ramai usahawan mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan dan buktikan bahawa walaupun beroperasi jauh dari pusat bandar, kita boleh menggunakan teknologi digital untuk meningkatkan jualan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus PID Kuala Nerang, Mohd Faizan Mahmood berkata, ketika ini pusat berkenaan melatih seramai 76 orang usahawan untuk beralih ke platform digital.

“ Majoritinya peserta di PID ini menjalankan perniagaan makanan tradisional selain ada yang menjadi agen jualan untuk produk sedia ada di pasaran. Oleh itu, latihan yang diberikan membabitkan aspek penulisan di media sosial, membuka laman sosial Facebook untuk perniagaan dan kaedah untuk mula menjual di Shopee,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, sejak dilancarkan dua tahun lalu, PeDAS kini mempunyai 32 pusat di seluruh negara dan telah melatih seramai 3,150 usahawan sehingga November lalu.

“Selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kemakmuran bersama dinikmati pelbagai lapisan rakyat, inisiatif – inisiatif ekonomi digital dilaksanakan MDEC turut memberi fokus kepada usahawan di luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian,” katanya.

Mengulas lanjut, Surina berkata, program PeDAS yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) itu dapat menyelesaikan masalah kekurangan akses kepada pengetahuan dan panduan untuk mengembangkan perniagaan secara dalam talian yang dihadapi Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan mikro di luar bandar.

“Mereka diajar untuk memahami kebolehpasaran produk, memberi khidmat dalam strategi penjenamaan dan penggunaan e-dagang supaya lebih berdaya saing di peringkat tempatan dan seterusnya rentas sempadan,” katanya.

Oleh Mohd Firdaus Ismail

MENDEPANI 2021 DENGAN SEMANGAT MDEC DIGITAL

Oleh Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC

Belum terlambat rasanya untuk menitipkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2021 kepada pembaca blog MDEC. Alhamdulillah, cabaran hebat pada 2020 yang tidak pernah kita bayangkan berjaya diharungi oleh negara dan tidak terkecuali , Malaysia Digital Economy Digital (MDEC).

Di sebalik ‘kekacauan’ yang timbul akibat pandemik COVID-19, sebenarnya jika kita  merenung dari sudut berbeza, terdapat pelbagai perkara baharu yang secara tidak langsung telah membantu negara melakukan lonjakan digital. Sesuatu yang telah lama diusahakan oleh kerajaan amnya dan MDEC khususnya.

Rakyat mula bercakap tentang normal baharu seperti penjarakan sosial, pembelajaran dalam talian, membeli belah secara e-dagang dengan lebih ketara berbanding sebelumnya.

Mengimbas kembali , sejurus selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), MDEC segera melancarkan Gerakan #DigitalvsCOVID bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang terjejas. Gerakan ini menyaksikan lebih 200 syarikat-syarikat teknologi tempatan bertaraf global tampil menawarkan penyelesaian digital secara percuma atau pemberian diskaun untuk membolehkan PKS tempatan terus beroperasi berikutan sekatan perjalanan yang dilaksanakan untuk mengekang penularan virus.

Walaupun PKP bersambung beberapa fasa sehingga menyebabkan ‘sebahagian besar pahlawan digital MDEC tidak dapat bertemu secara bersemuka untuk mengatur perlaksanaan inisiatif digital, namun penerapan polisi bekerja dari rumah yang diaktifkan untuk keselamatan petugas dan pelanggan, urusan MDEC berjalan seperti biasa.

Mesyuarat maya dilakukan pada hampir setiap hari sepanjang waktu #stayathome #kitajagakita #putuskanrantaianCovid-19 untuk meneruskan pelbagai perancangan serta bersama -sama kerajaan melandaikan lengkuk jangkitan dan meneruskan tanggungjawab mencorak ekonomi digital negara.

Suatu ketika, Malaysia merupakan negara paling teruk terjejas di Asia Tenggara namun memasuki Jun 2020, kita telah disenaraikan sebagai antara negara yang paling berjaya dalam peperangan menentang COVID-19. Jelaslah, kuncinya ialah bersatu padu yang sentiasa menjadi kekuatan kita.

Pada Mei pula, MDEC dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berjaya menganjurkan pula ekspo e-dagang (eDX) terbesar di bawah inisiatif Go eCommerce dengan menghimpunkan lebih 50,000 peserta terdiri daripada usahawan mikro, perniagaan tempatan dan pengeksport.

MDEC menyedari  PKP menyaksikan transaksi e-dagang melonjak sehingga 1,380 peratus pada Ogos 2020 berbanding tahun sebelumnya sekaligus berjaya mempercepatkan penerapan cara membeli-belah dan penggunaan platform digital dalam kalangan rakyat Malaysia.

Penghujung tahun, MTM2020 atau Bulan Teknologi Malaysia 2020  yang merupakan acara terbesar MDEC juga berjaya dilaksanakan dengan matlamat  untuk memberi penekanan dan mengukuhkan peranan Malaysia dalam mengembangkan ekonomi digital dan menjadi peneraju di kalangan negara-negara anggota ASEAN.

MTM2020 juga berperanan untuk menarik perhatian masyarakat kepada kesediaan negara memanfaatkan peluang yang wujud pada era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Saya percaya ramai yang ingin tahu apa pula hala tuju MDEC untuk tahun ini. Sudah pasti ingin agensi ini ingin menjadi sebahagian daripada penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi negara yang dijangka tumbuh sekitar tujuh peratus seperti diunjurkan Bank Dunia.

Persoalannya bagaimana?. MDEC komited untuk melaksanakan tanggungjawab seperti diperincikan dalam Belanjawan 2021dengan meneruskan inisiatif terkait digital untuk manfaat rakyat dan negara. Pada masa sama, kita juga akan mengenal pasti bidang – bidang yang mana Malaysia telah mempunyai kekuatan dan bersedia untuk menjadi pemain utama global.

Teknologi kewangan Islam sebagai contoh merupakan antara sektor yang mempunyai potensi cukup besar , tidak mustahil Malaysia mampu menjadi rujukan utama global.

Moody’s Investors Service dalam nota penyelidikan merumuskan pasaran produk kewangan Islam seperti sukuk yang diberi perhatian oleh negara kita kekal kukuh pada 2019.  Potensinya cukup besar kerana mencatakan  peningkatkan kukuh 26 peratus di pasaran negara – negara Timur Tengah dan Malaysia pada tahun lalu.

Agensi penarafan itu turut menyatakan walaupun berdepan gangguan pandemik, kadar penembusan meningkat dengan stabil pada sembilan bulan pertama 2020 kerana sokongan kumpulan kewangan domestik untuk mengembangkan sektor ini.

Selanjutnya, kita jangan lupakan potensi besar dimiliki industri kandungan kreatif digital yang sering memberi kejutan apabila semakin banyak produk animasi digital berlabel  Made in Malaysia diterima baik di pasaran antarabangsa. Senarai seperti Upin & Upin, Ejen Ali The Movie dan terbaharu siri televisyen Robozeta mengumpul peminatnya merentasi sempadan negara.Maka, tidaklah mengejutkan Malaysia mendominasi sektor ini di Asia Tenggara.

Beralih kepada trend terkini, kita tidak dapat lupakan IR4.0, data raya, AI, dan teknologi dron. Semua ini berada dalam perancangan MDEC untuk diteruskan dan sudah pasti menerusi kerjasama awam dan swasta yang sentiasa menjadi amalan MDEC.

Pandemik juga menyaksikan lebih banyak negara bercakap tentang isu keselamatan makanan akibat rantaian bekalan turut terganggu. Ditambah bencana alam seperti banjir yang berlaku di beberapa negara yang merupakan pengeksport makanan dan hasil pertanian seperti India dan Vietnam penghujung tahun lepas, impaknya turut dirasai rakyat negara ini apabila berlaku pengurangan bekalan di pasaran tempatan.

 Kecoh juga apabila harga bawang dan cili melambung. Teknologi yang dibawa MDEC bersama rakan strategiknya diyakini akan membantu meningkatkan hasil terutamanya tanaman cili selain boleh diperluaskan untuk nanas. Apabila teknologi terkini mula diaplikasi dalam sektor pertanian, MDEC percaya ia akan menarik minat golongan belia atau graduan untuk memasuki sektor ini.

MDEC menggalakkan petani mengusahakan ladang dengan menggunakan teknologi terkini termasuklah bagi perkhidmatan logistik dan penjualan hasil tanaman menggunakan media digital. Dengan kaedah tersebut, hasil dan kualiti tanaman akan meningkat seterusnya menjana pendapatan yang lebih tinggi.

Apa pula ceritanya dengan syarikat pemula atau mesra disebut starup? Pada tahun lepas, Kuala Lumpur disenaraikan di kedudukan ke-11 bagi ekosistem permulaan yang baharu muncul di dunia dengan nilai USD15 bilion.  Oleh itu, tahun ini MDEC akan memperkemaskan lagi Hab Digital Malaysia bagi memastikan lebih banyak syarikat pemula mendapat manfaat terutamanya untuk npertumbuhan dan peluang  global.

Selaras dengan keutamaan strategik MDEC untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan kemahiran digital bagi menyumbang kepada ekonomi digital Malaysia, inisiatif seperti latihan untuk peningkatan tenaga kerja baharu dan memberi insentif kepada syarikat untuk mengambil pekerja digital baharu juga antara yang akan diberi tumpuan. Nantikan perkembangan selanjutnya.

Saya juga ingin berkongsi rasa bersyukur dan terharu apabila disenaraikan sebagai antara 50 tokoh paling berpengaruh dunia dalam merevolusikan sistem tadbir urus kerajaan oleh Agile 50 yang dilaksanakan bersama Forum Ekonomi Dunia berhubung tadbir urus cekap.

Sebenarnya ia bukanlah mengenai saya sahaja kerana pengiktirafan ini mencerminkan usaha MDEC untuk meletakkan ekonomi digital negara pada tahap yang boleh dibanggakan dan seterusnya memacu Malaysia menjadi Nadi Digital ASEAN.

Pada kesempatan ini, MDEC turut merakamkan terima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia , YB Dato’ Saifuddin Abdullah yang menyokong misi ini untuk merealisasikan Malaysia 5.0 yang merupakan langkah penting untuk membawa ekonomi digital kepada rakyat dan berkongsi kemakmuran untuk rakyat  pada 2021 dan tempoh mendatang.

MDEC kini memberi tumpuan kepada empat teras utama iaitu Bakat Digital, Perniagaan Digital, Pelaburan Digital dan MDEC Digital untuk memacu capaian digital berimpak tinggi serta hasil untuk masyarakat dan ekonomi negara.

Saya melihat 2021 sudah pasti akan membuka lembaran serta peluang baharu untuk mencipta kejayaan. Bagaimanapun, kita sedar pasti ada cabaran turut menanti di hadapan kita namun saya yakin, semuanya akan diharungi bersama seperti yang telah dibuktikan pasukan MDEC sebelum ini.

Selamat Tahun Baharu 2021

#MalaysiaNadiDigitalASEAN #MDECDigital

© 2020 Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (389346-D). All rights reserved.