#100 Go Digital bantu lebarkan perniagaan sate pulau ke ibu kota

Terragrill, jenama sate popular di Pulau Langkawi kini semakin melebarkan operasi dengan membuka kedai sejuk beku pertamanya di ibu kota.

Pemiliknya, Zainah Abd Manaf yang juga alumni program 100 Go Digital anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) berkata, beliau teruja kerana impian untuk melihat jenama berkenaan ‘belayar’  keluar dari Langkawi berjaya direalisasikan walaupun negara masih berdepan suasana tidak menentu akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berlarutan.

Katanya, setelah membuat kajian, syarikat itu membuat pelaburan sebanyak RM50,000 untuk membuka kedai berkenaan yang terletak di tingkat atas Pasar Taman Tun Dr. Ismail yang disifatkan sebagai lokasi strategik.

“Walaupun baharu beroperasi pada awal bulan ini, saya bersyukur kerana kami berjaya menjual sebanyak satu tan sate ayam, daging dan kambing dengan hasil jualan sekitar RM20,000. Saya jangkakan dalam tempoh dua minggu berikutnya, sebanyak satu tan lagi stok akan terjual,” katanya di sini hari ini.

Ditanya mengenai langkah berani untuk membuka kedai ketika ini, Zainah,43, berkata, Terragrill perlu tampil dengan strategi digital baharu untuk memastikan kelangsungan perniagaan.

“Hasil jualan di Langkawi bergantung kepada permintaan daripada hotel namun disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan disambung pula dengan PKPB, terdapat hotel yang menutup operasi manakala hotel yang masih bertahan telah mengurangkan pembelian.

“Sebelum ini, Terragrill turut menghantar produk ke Kuala Lumpur dan Selangor. Oleh itu, langkah membuka kedai sejuk beku di sini bertujuan untuk memenuhi permintaan pelanggan di Lembah Klang dan memastikan syarikat terus menjana pendapatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Zainah berkata, pelaburan yang dibuat membabitkan kos sewa kedai, pembelian peti sejuk beku besar, menggaji dua orang pekerja baharu dan membuat pemasaran digital.

“Bagi memastikan sate yang dijual kepada pelanggan berada dalam keadaan segar, saya memastikan penghantaran stok dari kilang di Langkawi dilakukan pada setiap minggu,” katanya.

Jenama Terragrill merupakan antara 100 usahawan di Langkawi yang menyertai Program 100 Go Digital.

Menerusi penglibatannya, Zainah berpeluang meluaskan perniagaannya ke ‘wilayah baharu’ sekaligus mengurangkan kerugian yang ditanggung akibat pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada sektor pelancongan di Langkawi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pegawai Perniagaan Digital MDEC, Aiza Azreen Ahmad berkata, agensi berkenaan sentiasa menggalakan usahawan tempatan bergerak ke arah pendigitalan supaya terus berdaya saing, lestari dan mampu bertahan dan berkembang ketika pandemik global.

“MDEC telah melancarkan program 100 Go Digital Coaching yang menggabungkan pelbagai komponen secara hands-on dalam memimpin peserta untuk memastikan mereka mencapai prestasi baik dalam perniagaan. Kisah usahawan seperti pemilik Terragrill ini yang menggunakan pendekatan digital dalam perniagaannya telah menunjukkan hasil dalam tempoh singkat dan meluaskan perniagaan di kawasan baharu.  Ia selaras dengan matlamat MDEC yang memberi tumpuan terhadap empat teras DIGITAL iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada kempen jenama digital NADI MDEC yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, perniagaan dan para pelabur.

 Jenama Terragrill yang merupakan  peserta 100 Go Digital telah menguruskan teras Pengganggu (Disruptors) apabila membawa operasi perniagaannya ke kawasan baharu selepas Pulau Langkawi terjejas akibat sekatan pergerakan. Ini membuktikan bahawa kemahiran digital dapat membantu perniagaan untuk terus beroperasi di sebalik kekangan yang dihadapi. Inilah tujuan MDEC melaksanakan inisiatif untuk membimbing perniagaan tempatan bergerak ke arah pendigitalan bagi memastikan perniagaan terus bertahan dan berkembang,”katanya.

Pada masa hadapan, MDEC menerusi kepelbagai inisiatif mahu membimbing lebih banyak perniagaan tempatan mengembangkan operasi berteraskan teknologi terkini. Usaha ini selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) yang bertujuan untuk menyokong kira -kira 875 000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan mikro ke platform digital menjelang 2025.

Mengenai 100 Go Digital, inisiatif ini menyasarkan untuk menyokong sektor perniagaan runcit, syarikat makanan dan minuman (F&B) logistik dan perkhidmatan profesional. Para jurulatih yang terlibat dengan program ini pula mempunyai rekod prestasi cemerlang dari lapan syarikat yang kukuh iaitu AutoCount, Deepsky, Estream Software, iBizzCloud, Innergia Labs, Locus-T, Million Software dan Smart-Acc Solutions. Senarai ini merupakan kumpulan pelatih digital pertama dengan lebih banyak para jurulatih yang akan ditambahkan pada masa terdekat.

Selain dari sesi latihan, syarikat-syarikat ini juga akan menyediakan bahan latihan dalam talian dan pasukan sokongan program yang berdedikasi.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendaftar ke 100 Go Digital Coaching, sila kunjungi: https://mdec.my/100godigital .

Bercerita lanjut mengenai manfaat menyertai program itu, Zainah menjelaskan dia kini turut mengaplikasikan sistem pembayaran tanpa tunai di kafenya di Pekan Kuah, Langkawi bagi kemudahan pelanggan.

Katanya pelbagai manfaat diperolehi selepas melaksanakan langkah berkenaan termasuklah tunai harian mudah diuruskan, kurang masalah shortage selain menjimatkan masa kerana tidak perlu ke bank setiap hari untuk memasukkan duit.

Mengulas lanjut mengenai produk yang dijualnya di kedai sejuk beku, Zainah berkata, setiap satu kotak mengandungi 25 cucuk sate dengan harga bermula RM25 (ayam), RM29 (daging) dan RM37 bagi kambing yang didatangkan bersama sekotak kuah kacang seberat 200 gram.

“Memandangkan kedai di sini baru beroperasi, saya turut melantik sebuah agensi digital untuk melakukan kerja -kerja promosi dalam talian bagi menarik lebih ramai pelanggan. Pada masa sama, Terragrill turut mengemaskini platform media sosial dan laman web kami iaitu http://www.terragrillcafe.com ,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penerimagunaan Digital Perniagaan MDEC, Muhundhan Kamarapullai berkata, dalam situasi luar biasa yang dihadapi ketika ini, MDEC berpendapat PKS perlu terus diperkasa menerusi pendigitalan bagi memastikan kelangsungan perniagaan.

“Menerusi 100 Go Digital , setakat ini lebih 10,000  ribu PKS telah mendapat manfaat menerusi lebih 50 sesi yang telah dianjur MDEC dan rakan industri. Sidang Kemuncak PKS Dalam Talian yang dianjurkan secara maya di bawah inisiatif ini turut dipilih menerima Anugerah Emas Kategori  Acara Dalam Talian pada Anugerah Kecemerlangan Pemasaran 2020. Kesemua inisiatif dan pencapaian MDEC ini adalah untuk memastikan rakyat dan perniagaan mendapat manfaat daripada ekonomi digital yang berkembang pesat di samping berusaha mencapai cita-cita negara menjadi Nadi Digital ASEAN,” katanya.

Pada akhir temubual, Zainah mendedahkan, satu lagi cawangan kedai sejuk beku akan dibuka pada November ini namun beliau masih tidak bersedia untuk berkongsi lokasi sebenar.

Arus Oil & Cult Creative are the winners for 1337 Ventures Alpha Startup™ Digital Accelerator 2021

The Alpha Startups Digital Accelerator 2021, organised by 1337 Ventures with the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) and Amanz as the main partners, has been officially concluded. The live Demo Day was held on Facebook on 22nd May 2021, seeing final pitches from the Top 11 startups and hearing some deep and challenging questions from our experienced judges/potential investors; Bikesh Lakhmichand, Founding Partner of 1337 Ventures; Yvonne Yong Chuan Yin, Head of Malaysia Digital Hubs and Corporate Innovation of MDEC; Ikhwan Nazri, CEO & Head of Creative of Amanz Media and Syed Haizam Jamalullail, Managing Director of Tuas Capital Partners.

“Alpha Startups™ started 7 years ago with Cohort 1 and now we’ve just concluded Cohort 36 where we announced 2 new startups we’re investing into and kicked off cohort 37 shortly after that. We’re excited to see such diverse participation from local startups and even Malaysians from overseas that follow our programmes live online” said Bikesh, Founding Partner of 1337 Ventures.

In this cohort, we saw an increase in female founders by 50% from last year’s intake and 50% of the cohort are working on their startups full time from ideas borne out of the MCO. Testament to what a great Top 11 is seeing some of the teams being accepted into other accelerator programmes, receiving funding and offers for funds shortly after Demo Day.

“Alpha Startups™ has shortened the path-to-discovery for promising, up-and-coming startups. Through the program as well as 1337 Ventures’ expertise, it filters startups using trusted methodologies, ensuring that participants have reached a certain degree of polish, making it easier for investors to look at quality potential investments at a glance,” said Ikhwan Nazri, CEO & Head of Creative of Amanz Media. He’s also happy to be part of this process, helping both the startup ecosystem and the investment community at large.

We would also like to congratulate the 11 teams making it to the finals, namely, Altum, Cult Creative, EjenKita, GoGerak, Hawkr, Arus Oil, OtoFacts, SparkFit, Supageneous.Asia, TrinityEco, and Usku Technologies.

“Alpha Startups™ is an effective platform for start-ups to showcase their innovative products and solutions. MDEC is proud to be a key partner of 1337 Ventures that accelerates the visibility and growth of Malaysia’s start-up ecosystem, in line with the goals of MyDIGITAL and towards positioning Malaysia as the Heart of Digital ASEAN,” says Yvonne Yong, the Head of Malaysia Digital Hubs and Corporate Innovation of MDEC. She would also like to congratulate the winners and participants.

Gopi Ganesalingam, Vice President of Tech Ecosystem and Globalisation, MDEC

“Privately-run accelerators are important in venture creation. Coupled with the government’s and MDEC’s resolve in creating a conducive ecosystem for startups in Malaysia, we are at the forefront of enabling potential disruptive tech for positive change, empowering the creation of our very own Unicorn, in line with the goals of MyDIGITAL,” said Gopi Ganesalingam, Vice President of Tech Ecosystem and Globalisation, MDEC.

The Winners

The chosen winners were Arus Oil and Cult Creative selected for their great ideas, strong founders and sound growth strategies. Our judges have commented that all 3-min pitches were delivered well and it has made judging tough to nail down the final 2 winners.

(Clockwise: Louis, Shazwan & Chai from Arus Oil)

Cult Creative

Arus Oil (MyProtech Sdn Bhd) is a used cooking oil recycling platform that offers the best purchasing rates and timely collection services for used cooking oil from individuals, households or restaurants.

Cult Creative

(L-R: Lina, Shermaine & Manisha from Cult Creative)

Cult Creative is an all-in-one professional networking and resource app for ambitious creative individuals to easily connect, upskill and find work opportunities, to make themselves future-proof.

One of the judges has also shown interest in some of the finalist startups, Haizam the Managing Director of Tuas Capital Partners commented that “Quality of each of the finalists’ 3-min pitch was very concise. This is a great group of candidates in ASDA 2021 and kudos to 1337 Ventures for organising. Us at The Hive Southeast Asia will be looking forward to getting to know more companies and perhaps investing and partnering with some as well”.

Alpha Startups™ Digital Accelerator (ASDA) is organized by 1337 Ventures & powered by Leet Academy, its education arm. Main partners include MDEC & Amanz Media. Supporting partners iTrain Asia, Amazon Web Services (AWS) and Airtable.

A YEAR ON, A REINVENTED MDEC / SETAHUN MISI MENCIPTA SEMULA MDEC

Scroll down for Malay version / Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Malaysia

15 June 2021 will mark my one-year tenure as Chairman of the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). It has been 12 months of deliberate actions as the MDEC senior management and I embarked on our ‘Reinvent’ mission to ensure MDEC’s relevance in today’s social and economic landscape, as we lead our nation’s digital transformation and Malaysia 5.0 agenda. It is a journey towards developing a nation that is deeply integrated with technology, providing equitable digital opportunities to the people and businesses.

People are the heart of any organisation and I am truly blessed that MDEC is staffed with talents who possess not only incredible work ethics but also the wherewithal to embark on a journey of change and running the race together. The Reinvent mission has been crucial as we holistically transform ourselves to lead the nation’s digital leap into 4IR and drive high impact outcomes as envisaged in the MyDIGITAL blueprint.

We have chosen the ‘logical path’, taking us through four phases over the past twelve months. Allow me to share the journey with you.

Phase One:
Under Phase One which took place from June 2020 to September 2020, started with the big picture, where the objective was to understand the existing practices, culture and sentiments of MDEC as well as identifying the stumbling blocks that prevented MDEC from realising its full potential in implementing its mandate, and identifying factors that should be raised well above the industry’s standard. Time and effort were invested to conduct qualitative and quantitative studies to identify improvement opportunities in leading the digital economy whilst leveraging on opportunities and challenges as well as identifying the gaps that required further concrete and strategic actions to chart our future.

Stakeholder engagement was another key agenda under Phase 1 where I reached out to both MDEC’s team members as well as external parties such as government officials and foreign ambassadors as well as strategic groups within the targeted industries, gaining invaluable insights on how we can, together, place Malaysia truly as the Heart of Digital ASEAN. A total of 623 emails were received from every strata of society on suggestions to strengthen the role of MDEC and I had attended to these emails. From the myriad of interactions, one thing was clear – transformation was needed and it was needed, fast.

Together with our CEO, Surina Shukri and the Senior Leadership Team (in which the name was changed to Management Operating Council (“MOC’) in February 2021), we moved into Phase Two of the “Reinvent” mission, which commenced in September 2020, with an aim to set the foundation for transformation of MDEC, from three main aspects – People, Process and Structure of MDEC. The stage was set to clearly communicate the refreshed tone – Transformation was necessary and Changes were imminent.

In line with the overriding objective to transform and strengthen the overall governance and management model of MDEC whilst bolstering the existing culture and operations, we sought to recalibrate and broaden the Board of Directors with the appointment of industry trailblazers entrusted to guide MDEC through the complex and fluid concept of digital economy as well as appointment of experienced technocrats to our senior leadership line-up, to spearhead the management of MDEC.

The second major initiative was to conduct a holistic governance review aided by relevant professional entities, who were familiar with Governance transformation in ensuring that the impact and outcome of every initiative is clear and that public funds are properly accounted for with greater responsibility and transparency. The results of the review highlighted improvement areas in both governance and controls in key areas of MDEC that required prompt action stemming from oversight of the role of the Board, the Board Committees, Steering Committees and Special Committees established for specific purposes (such as Grant Management) to the organisation structure where issues such as over empowering certain functions leading to lack of independence and “silo mentality” amongst team members were noted, and to a certain extent, strategic decisions were not endorsed by the Board. As a result, a restructuring exercise was conducted with the establishment of five (5) distinct pillars, two (2) new dedicated Board Committees overseeing governance and technology related matters and Management Operation Council (“MOC”) to streamline the approval and reporting process whilst providing the Board with visibility on key financial and operational matters.

Phase Two:
Phase Two also saw the introduction of the Malaysia 5.0 agenda, curated based on Japan’s Society 5.0 model. Under this agenda, we sought to transform Malaysia into a nation that is deeply integrated with technology, governed by inclusive and equitable eco-vironmental principles and practices. Malaysia 5.0 will encourage growth and progress for all, enable deep integration of 4IR technologies at every level of society and seek to transform and reform the national education system to address the demands of the digital future.

Arising from the observations noted from the holistic Governance review, we realised that MDEC carried an inherent risk of the perception that the digital grant provided by Government of Malaysia was not fairly distributed to those who were really qualified and in need. The process of due diligence, independent checking, evaluation and approval had to be tightened to enhance public trust and honour the faith that is placed in MDEC. Unfortunately, there were cases where grants had been abused due to internal weakness in the evaluation and approval process, leading to a number of investigations carried out. Where necessary, the grant was immediately stopped and remediating controls were put in place to prevent similar cases from happening again in the future. Recouping measures to recover the funds were actioned upon; including reporting to the relevant authority and taking legal actions.

Phase Three:
With the gaps identified and roadmap towards improvement determined, we moved into Phase Three, in January up to March of 2021.

One of the key achievements under Phase Three was the signing of the MACC Corruption-Free Pledge by all employees of MDEC, demonstrating the organisation’s strong commitment towards a transparent and honest regime, further enhanced with the onboarding of a Certified Integrity Officer from MACC.

MDEC witnessed the first tangible improvement with the implementation of Discretionary Authority Limits (“DAL”), a total overhaul of the previous Limit of Authority (“LOA”). The DAL reset the overarching framework for approval in MDEC by clearly defining the hierarchy and reporting line, promulgating clear accountability and taking away the authority previously given to certain key designation leading to systemic control breakdown, pivoting the decision making back to fundamental body, the Board.

One of the salient features of this DAL was to ensure that there were reporting lines to the division’s Head, CEO, MOC and Board of Directors, eliminating the issue of “silos” within MDEC. To institutionalise the DAL, townhall sessions and roadshows were conducted, where the CEO and I both embarked on an internal meet-and-engage with all 467 amazing team members of MDEC to ensure they are properly briefed as well as to gather their feedback and buy-in to what we want to achieve – an agency institutionalised with the highest level of professionalism, radical transparency, integrity and performance.

The DAL was a ‘reconciliation exercise’ to ensure the Board is given due recognition in understanding, appraising and approving strategic, financial and operational activities until a period where the ‘silo mentality’ amongst the division had been institutionally abolished by the new DAL. There were mainly two main actors in the approval process, the Board or the MOC (for RM500,000 and below). Some clusters did not welcome the new DAL as they were no longer given the empowerment to solely make decisions for MDEC, or the value of their approving authority had been reduced to minimal.

Phase 4:
We are currently at Phase Four of our Reinvent mission, where now the focus is on executing our mandate to meet the objectives under MyDIGITAL, ensuring the digital economy benefits the many.

To further streamline our strategy, four key thrusts have been identified: – New skills, Adoption, Disruptors and Investments, in short, N.A.D.I. These will drive our core programmes for the Rakyat, businesses and investments such as the #SayaDigital Movement, our overarching programme on digital outreach and development for citizens and businesses in Malaysia.

Further to our positioning of Malaysia, Heart of DIGITAL ASEAN (“MHODA”), we have announced the Digital Investment Office (“DIO”) with MIDA to further streamline and land quality investments. The Prime Minister, through the National Council of Digital Economy and 4IR (“MED4IR”), recently endorsed the National eCommerce Strategic Roadmap (“NESR”) 2.0, of which MDEC has been entrusted to lead the Project Management Office with the mandate to oversee its successful implementation.

Realising and making full use of 4IR technologies are also at the forefront of our initiatives. We are beginning to see promising development of this in our pilot project in the field of Agtech via our eLadang programme. Farmers involved are already reaping up to 20 percent increase in yield quality and quantity as well as income. We have embarked on our partnership with CIMB Islamic to support the farmers to implement IoT technology and reap the fruits of digitalisation. This is a first step in our collaboration with the Ministry of Agriculture and Food Industries (MAFI) in our bid to ensure our nation’s food security and sovereignty.

The pandemic has brought changes and challenges, some opine even ruin. But as Rumi, the 13th century Persian poet said; “Where there is ruin, there is hope for a treasure.” MDEC’s digital mandate has been brought into a sharp focus as a result of the global pandemic, requiring a paradigm shift in the digital economy and organisation wide changes to support it. Whilst change is not the problem, it is the resistance to the change that is the problem. Thus, whilst MDEC acknowledges, accepts and adopts the need for this transformative journey, it is only with a fresh mindset, one that is open to experimenting, innovating and being agile while emphasising radical transparency and integrity, that the desired results can be achieved.
I am an eternal optimist and I embrace the mandate entrusted to MDEC to guide all Malaysians to the key of the treasure – digitalisation of our beloved Malaysia.


Tanggal 15 Jun 2021 menandakan genap tempoh satu tahun saya sebagai Pengerusi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Masa pantas berlalu apabila sudah menjangkau 12 bulan agensi ini memulakan misi ‘Reinvent’ (Mencipta Semula) untuk memastikan kesesuaian MDEC dalam landskap sosial dan ekonomi hari ini. Seterusnya akan menjadi pendorong utama dalam memacu transformasi digital negara ke arah matlamat Malaysia 5.0. Ini merupakan perjalanan untuk mewujudkan negara yang sangat terintegrasi dengan teknologi, memberikan peluang digital yang adil kepada rakyat dan perniagaan.

Modal insan merupakan nadi utama kepada organisasi di mana sahaja dan saya sangat ‘beruntung’ kerana MDEC dibarisi oleh bakat-bakat yang tidak hanya mempunyai etika kerja yang luar biasa tetapi juga memiliki asas yang diperlukan untuk memulakan perjalanan dan perubahan. Misi ‘Mencipta Semula’ sangat penting kerana kita secara holistik mengubah diri untuk memimpin lonjakan digital negara ke arah 4IR dan mendorong hasil berimpak tinggi seperti yang dibayangkan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

MDEC telah memilih ‘jalan yang logik’ untuk membawa agensi melalui empat fasa sejak setahun yang lalu. Izinkan saya berkongsi perjalanan ini dengan anda.

Fasa Satu:
Menerusi tempoh ini yang bermula dari Jun hingga September 2020, objektifnya bermula dengan gambaran yang meluas iaitu bagi memahami amalan, budaya dan sentimen sedia ada MDEC serta mengenal pasti halangan untuk merealisasikan potensi penuh yang dimiliki ketika melaksanakan mandatnya. Pada masa sama, terdapat faktor-faktor yang harus ditingkatkan melebihi standard industri juga dikenalpasti. Masa dan usaha ‘dilaburkan’ untuk melaksanakan kajian kualitatif dan kuantitatif untuk mengenal pasti peluang peningkatan dalam memimpin ekonomi digital sambil memanfaatkan peluang dan cabaran serta mengenal pasti jurang yang memerlukan tindakan konkrit dan strategi lebih lanjut untuk memacu masa depan kita.

Penglibatan pihak berkepentingan turut menjadi agenda pada fasa pertama. Saya menghubungi ahli pasukan MDEC serta pihak luar seperti pegawai kerajaan dan duta asing serta kumpulan strategik dalam industri sasaran untuk mendapatkan pandangan berharga bagaimana kita dapat bersama-sama untuk menempatkan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN. Sebanyak 623 emel diterima dari setiap lapisan masyarakat mengenai cadangan untuk memperkukuhkan peranan MDEC. Menerusi perbincangan yang aktif ini, satu perkara jelas difahami iaitu transformasi diperlukan dengan cepat.

Bersama -sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Surina Shukri, pasukan kepemimpinan kanan (nama kemudian diubah menjadi Majlis Operasi MDEC (MOC) pada Februari 2021), kami bergerak ke fasa kedua misi “Mencipta Semula” yang bermula pada September 2020 dengan tujuan untuk menetapkan hala tuju transformasi MDEC yang melibatkan tiga aspek utama iaitu modal insan, proses dan struktur.Langkah diatur untuk menyampaikan idea segar iaitu transformasi diperlukan dan perubahan sedang menghampiri.

Sejajar dengan objektif utama untuk mengubah dan memperkuat keseluruhan model tadbir urus dan pengurusan MDEC sambil memperkemaskan budaya dan operasi sedia ada, kami berusaha untuk memperluas Lembaga Pengarah dengan melantik pemain industri yang berkaliber untuk membimbing MDEC mengharungi ekonomi digital yang kompleks dengan lancar. Selanjutnya terdapat juga pelantikan teknokrat berpengalaman untuk barisan kepimpinan kanan agensi ini untuk menerajui pengurusan MDEC.

Inisiatif utama yang seterusnya adalah melakukan tinjauan tadbir urus holistik yang dibantu oleh entiti profesional , relevan serta berpengalaman dengan transformasi tadbir urus dalam memastikan bahawa kesan dan hasil setiap intitatif adalah jelas. Selain itu, ia bagi memastikan dana awam digunakan dengan penuh tanggungjawab dan betul bagi mencapai ketelusan yang lebih tinggi. Hasil tinjauan tersebut mencadangkan aspek yang memerlukan penambahbaikan dalam urus tadbir dan kawalan di bidang utama MDEC yang memerlukan tindakan segera . Ia meliputi pengawasan terhadap perana Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Lembaga, Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu (seperti Pengurusan Geran) kepada struktur organisasi di mana isuisu seperti pemberdayaan fungsi tertentu yang menyebabkan kurangnya kebebasan dan “mentaliti silo” di kalangan anggota pasukan diberi perhatian. Pada tahap tertentu, keputusan strategik tidak disahkan oleh Lembaga Pengarah. Akibatnya, pelaksanaan penstrukturan dilakukan dengan penubuhan lima teras yang berbeza iaitu dua Jawatankuasa Lembaga khusus untuk mengawasi perkara -perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan teknologi. MOC pula untuk mengawasi proses persetujuan dan laporan sementara tanggungjawab kepada Lembaga Pengarah berkaitan hal-hal kewangan dan operasi utama.

Fasa Kedua:
Fasa dua pula memperlihatkan pengenalan agenda Malaysia 5.0, berdasarkan model Japan Society 5.0. Di bawah agenda ini, MDEC berusaha untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang sangat terintegrasi dengan teknologi, yang ditadbir oleh prinsip dan amalan eko-lingkungan yang inklusif dan adil. Malaysia 5.0 akan mendorong pertumbuhan dan kemajuan untuk semua golongan rakyat dan seterusnya memungkinkan integrasi teknologi 4IR yang mendalam di setiap lapisan masyarakat dan berusaha untuk mengubah dan mentransformasikan sistem pendidikan negara untuk memenuhi tuntutan masa depan digital.

Berdasarkan saranan tinjauan tadbir urus yang holistik, saya menyedari bahawa MDEC mempunyai risiko terhadap persepsi bahawa peruntukan digital yang diberikan oleh kerajaan tidak diagihkan secara adil kepada mereka yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan. Oleh itu, proses pemeriksaan, penilaian dan persetujuan bebas telah diperketat untuk meningkatkan kepercayaan masyarakat kepada MDEC. Namun demikian, terdapat beberapa kes pemberian dana telah disalahgunakan kerana
kelemahan dalaman membabitkan proses penilaian dan persetujuan yang menyebabkan penyelidikan dilakukan. Sekiranya perlu, pemberian dana akan segera dihentikan dan pemulihan dilakukan untuk mengelakkan kes serupa berulang dan langkah-langkah untuk mendapatkan kembali dana yang diambil dilaksanakan termasuk melaporkan kepada pihak berkuasa dan mengambil tindakan undangundang.

Fasa Tiga:
Berdasarkan jurang yang telah dikenalpasti dan rangka tindakan untuk mencapai hasil peningkatan disasarkan, MDEC beralih ke fasa tiga, bermula pada Januari hingga Mac 2021.

Salah satu pencapaian utama di bawah tempoh ini adalah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan semua warga MDEC sekaligus menunjukkan komitmen kuat organisasi ini terhadap ketelusan dan kejujuran yang akan terus dipertingkatkan dengan adanya Pegawai Integriti Bertauliah dari SPRM .

MDEC menyaksikan peningkatan ketara dengan pelaksanaan Had Kuasa Budi Bicara (DAL) , keseluruhan penambahbaikan Surat Anugerah (LOA). DAL menetapkan semula kerangka yang menyeluruh untuk diluluskan MDEC yang dengan jelas mendefinisikan hierarki dan garis pelaporan, menetapkan tanggungjawab yang jelas dan melucutkan kuasa yang sebelumnya diberikan kepada ketua bahagian tertentu yang menyebabkan longgarnya kawalan. DAL mendorong kembali keputusan dibuat oleh badan asas iaitu Lembaga Pengarah.

Salah satu ciri penting DAL ialah untuk memastikan terdapat garis pelaporan kepada Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif, MOC dan Ahli Lembaga Pengarah bagi mengatasi masalah “silo” dalam agensi. Untuk melembagakan DAL, sesi townhall dan roadshow dijalankan di mana saya telah memulakan perjumpaan dalaman dan bertemu kesemua 467 kakitangan MDEC untuk memastikan mereka diberi penerangan jelas serta mengumpulkan maklum balas mengenai apa yang ingin dicapai agensi yang dilembagakan dengan tahap profesionalisme, integriti dan prestasi tertinggi.

DAL menjadi ‘latihan pendamaian’ untuk memastikan Lembaga Pengarah diberi kefahaman untuk menilai dan bersetuju terhadap aktiviti strategik, kewangan dan operasi sehingga budaya silo yang wujud di bahagian tersebut diubah. Terdapat dua pihak utama dalam proses kelulusan iaitu Lembaga Pengarah atau MOC (bagi keputusan melibatkan nilai RM500,000 ke bawah). Beberapa ‘kluster’ tidak mengalu-alukan DAL kerana tidak lagi berkuasa untuk membuat keputusan atau peranan telah dikurangkan.

Fasa 4:
MDEC kini berada di Fasa Empat misi Mencipta Semula yang mana fokusnya adalah melaksanakan amanah untuk memenuhi objektif di bawah MyDIGITAL dengan memastikan ekonomi digital memberi pelbagai manfaat kepada rakyat.

Untuk memperkemaskan strategi ini, empat teras utama telah dikenal pasti iaitu Kemahiran Baharu, Penerimagunaan , Pengganggu dan Pelaburan atau singkatnya N.A.D.I. ( New Skills, Adoption, Disruptors dan Investment). Ini akan mendorong program teras MDEC untuk rakyat, perniagaan dan
pelaburan seperti Gerakan #SayaDigital iaitu program utama mengenai jangkauan digital dan pembangunan untuk rakyat dan perniagaan di Malaysia.

Memandang lebih jauh cita -cita Malaysia untuk menjadi Nadi Digital ASEAN, MDEC telah mengumumkan penubuhan Pejabat Pelaburan Digital (DIO) bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk memperkemaskan dan meningkatkan kualiti pelaburan tempatan.
YAB Perdana Menteri, melalui Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) barubaru ini mengesahkan Pelan Halatuju Strategik e- Dagang 2.0 (NESR 2.0) dengan MDEC telah diamanahkan untuk memimpin Pejabat Pengurusan Projek dengan mandat untuk mengawasi kejayaan pelaksanaannya.

Menyedari dan memanfaatkan sepenuhnya teknologi 4IR juga merupakan inisiatif masa hadapan agensi ini. MDEC mula melihat perkembangan dalam projek perintis di bidang pertanian melalui program eLadang. Petani yang terlibat telah memperoleh peningkatan sehingga 20 peratus melibatkan kualiti , kuantiti serta hasil pendapatan. MDEC bekerjasama dengan CIMB Islamic untuk menyokong para petani menerapkan teknologi internet kebendaan (IoT) dan mula menuai hasil berdasarkan pendigitalan. Ini merupakan langkah pertama melibatkan kerjasama MDEC dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam usaha untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan makanan negara kita.

Pandemik telah membawa perubahan dan cabaran malahan ada yang berpendapat ia menyebabkan ‘kemusnahan’. Namun seperti kata penyair Parsi abad ke-13, Rumi; “Di mana terdapat kehancuran, di situ wujud juga harapan untuk menemui harta karun.” Oleh itu, mandat digital MDEC hari ini telah menjadi fokus yang sangat diperlukan sebagai akibat pandemik global, yang memerlukan peralihan paradigma dalam ekonomi digital dan perubahan organisasi secara menyeluruh untuk menyokongnya. Walaupun perubahan bukanlah masalahnya, tetapi penentangan terhadap perubahan merupakan isunya. Oleh itu, MDEC mengakui dan menerima hakikat perlunya perjalanan transformatif ini yang hanya boleh dilaksanakan dengan idea segar, terbuka untuk bereksperimen, berinovasi dan menekankan integriti untuk mencapai hasil yang diinginkan.

Saya kekal optimis dalam memikul amanah MDEC untuk membimbing rakyat Malaysia ke arah kunci kejayaan -pendigitalan negara tercinta ini.

Dari Pemain Bola Sepak Profesional kepada peniaga makanan laut secara digital

Sepakan kencang pada satu sesi latihan bola sepak pada malam beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri baru -baru ini memberi kepuasan tersendiri kepada Muhammad Rijal Fikry Yusoff.
Namun, Rijal Fikry, 27, tidak menyangka itu merupakan ‘detik-detik terakhirnya’ selaku pemain bola sepak profesional bersama PDRM FC yang beraksi dalam Liga Perdana. Ini kerana kontraknya ditamatkan oleh skuad The Cops.

Ujar anak muda berasal dari Sik, Kedah ini, dia menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka kerana ia merupakan lumrah dalam karier seorang pemain bola sepak profesional. Bekas pemain bola sepak pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) yang juga pernah mewakili negara di peringkat remaja berkata, selepas ‘bersara’ sebagai pemain bola sepak, dia tidak membuang masa meratapi ‘hilang kerja’ sebaliknya terus mengorak langkah dengan memberi tumpuan kepada perniagaan makanan laut secara dalam talian.

Beroperasi di sebuah tapak kecil di Sungai Kantan, Kajang, di sini, Rijal Fikry mula berjinak -jinak dalam dunia perniagaan sejak beberapa bulan lalu namun tidak dapat memberi tumpuan penuh disebabkan terikat dengan jadual latihan yang padat serta perlu mengikuti trip pasukan ke beberapa negeri untuk perlawanan bola sepak.

Membangunkan perniagaannya menggunakan jenama Hero Seafood, Rijal Fikry bersama bekas seorang lagi pemain Harimau Muda, Asri Mardzuki menawarkan perkhidmatan penghantaran ikan segar ke kawasan berhampiran termasuk Bangi, Ampang, Kajang, Cheras, Puchong, Seri Kembangan dan Putrajaya.

“Selepas tiga hari beroperasi, Hero Seafood berjaya menjual hampir 1,000 kilogram (kg) pelbagai jenis ikan, 500 kg udang, sotong dan ketam selain turut menjual lebih 300 ekor ayam kepada pelanggan. Bagi melancarkan operasi, kami telah mengupah lima orang pekerja,” katanya.

Ditanya mengenai rahsia perniagaannya mendapat sambutan memberangsangkan dalam tempoh singkat, dia yang juga pemegang Ijazah Sarjana, Sains Sukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjelaskan, perniagaannya menggunakan kaedah pemasaran digital.

“Pelanggan melayari laman sosial Hero Seafood dan membuat tempahan dan pembayaran. Pesanan akan dihantar kepada mereka dalam tempoh kurang dua jam bagi memastikan kesegaran makanan laut yang ditempah.

Pada awalnya saya juga tidak begitu mahir. Di atas saranan seorang rakan, saya melayari laman web Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk mempelajari tips pemasaran digital menerusi Go E-Commerce),”katanya.

“Saya turut melayari saluran Youtube MDEC untuk melihat success story peniaga – peniaga lain yang mendapat bimbangan MDEC untuk adaptasi pendigitalan berjaya melonjakkan perniagaan masing -masing,” katanya.

Katanya, pada masa sama, dia bersyukur kerana dapat membantu individu mendapat pekerjaan lebih – lebih lagi dalam suasana tidak menentu ketika pandemik COVID-19 terus ‘menyerang’ negara ini.

Ditanya mengenai perancangan perniagaan, Rijal Fikry memberitahu, Hero Seafood sedang dalam proses untuk menggunakan aplikasi YEZZA untuk menjual produk dan memudahkan perniagaan.

Beberapa hari lalu, ujarnya syarikat telah melancarkan laman web iaitu https://heroseafood.my yang menawarkan beberapa pakej jualan makanan laut mengikut pilihan pelanggan.

“Saya juga telah mendaftar untuk menyertai program 100 Go Digital anjuran MDEC bagi mendigitalkan perniagaan dan mengatasi gangguan yang wujud akibat situasi semasa,” katanya.

Berhubung dunia bola sepak yang diceburinya sejak di bangku sekolah rendah, Rijal Fikry yang pernah mewakili skuad Piala Presiden Kedah berkata, dia tidak ‘menggantung but’ secara total kerana masih berminat lagi untuk bermain.

“Saya masih menjaga kecergasan dengan membuat latihan larian pada setiap hari namun biarlah masa yang menentukannya. Selepas perniagaan stabil, saya turut menimbangkan untuk menyambung pengajian peringkat kedoktoran dalam bidang sains sukan kerana mendapat tawaran dari sebuah universiti tempatan,” katanya mengakhiri perbualan bersama wakil MDEC baru – baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Digital MDEC, Aiza Azreen Ahmad berkata, agensi berkenaan sentiasa menggalakan usahawan tempatan bergerak ke arah pendigitalan supaya terus berdaya saing, lestari dan mampu bertahan dan berkembang ketika pandemik global.

“MDEC telah melancarkan program 100 Go Digital Coaching yang menggabungkan pelbagai komponen secara hands-on dalam memimpin peserta untuk memastikan mereka mencapai prestasi baik dalam perniagaan. Kisah usahawan seperti Rijal Fikry ini yang menggunakan pendekatan digital dalam perniagaannya telah menunjukkan hasil dalam tempoh singkat. Ia selaras dengan matlamat MDEC yang memberi tumpuan terhadap empat teras DIGITAL iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada kempen jenama digital NADI MDEC yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, perniagaan dan para pelabur. Menarik menyaksikan bagaimana usahawan seperti kisah Hero Seafood ini menguruskan teras Pengganggu (Disruptors) berdasarkan kemahiran digital untuk memacu perniagaan,” katanya.

Pada masa hadapan, MDEC menerusi kepelbagai inisiatif mahu membimbing lebih banyak perniagaan tempatan mengembangkan operasi berteraskan teknologi terkini. Usaha ini selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) yang bertujuan untuk menyokong kira -kira 875 000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan mikro ke platform digital menjelang 2025.

Mengenai 100 Go Digital, inisiatif ini menyasarkan untuk menyokong sektor perniagaan runcit, syarikat makanan dan minuman (F&B) logistik dan perkhidmatan profesional. Para jurulatih yang terlibat dengan program ini pula mempunyai rekod prestasi cemerlang dari lapan syarikat yang kukuh iaitu AutoCount, Deepsky, Estream Software, iBizzCloud, Innergia Labs, Locus-T, Million Software dan Smart-Acc Solutions. Senarai ini merupakan kumpulan pelatih digital pertama dengan lebih banyak para jurulatih yang akan ditambahkan pada masa terdekat.

Selain dari sesi latihan, syarikat-syarikat ini juga akan menyediakan bahan latihan dalam talian dan pasukan sokongan program yang berdedikasi.
Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendaftar ke 100 Go Digital Coaching, sila kunjungi: https://mdec.my/100godigital .

4IR TOWARDS NATIONAL FOOD SECURITY / 4IR Ke Arah Keselamatan Makanan Negara

Scroll down for Malay version / Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Malaysia

The domain of national food security is a key pillar in the overall strategy of national development due to its reciprocal relationships with other socio-economic fields. An effective national food security strategy will create availability and affordability, and therefore help save on household expenses. On the government side, most of the country’s allocations can be channeled to other deserving sectors.

We understand that one of the unique features of the Industrial Revolution 4.0 (4IR) is the achievable efficiencies for the entire industry. The agricultural industry is among the sectors that will benefit greatly
from 4IR. Through the power of 4IR, the agricultiural industry will manage and provide food security assurance to people in a more organised manner while reducing the pressure on various resources.

Some aspects of technology have now become commonplace in the agricultural sector and has evolved in a short period due to the incoming updates to 4IR technology. This has caused difficulties in adapting, among in early generation farmers as they had already been accustomed to traditional farming methods including having extensive farms and utilising high levels of labor.

4IR is regarded an urgency for food safety. Therefore, it is not surprising that leading countries in the field of food security such as Finland, Ireland, the Netherlands, Germany, Japan, Singapore and South Korea have long increased their technological capabilities to serve their people through their respective versions of “Society 5.0”. This includes the ability to provide food sources to its people.

A more detailed analysis of leading countries through Global Food Security shows that they have focused on improving agricultural and food technology. They prioritise high – tech agriculture, engineering capabilities and economic principles, establishing them as the pillars of the national food security strategy in their respective countries.

Among the trends in the country involved in this sector is making food security a top priority by the administration, the provision of large investments in agricultural technology research and development,
as well as a special focus on small farmers and local agricultural technology entrepreneurs through innovative funding, incentive schemes and extensive e-commerce networking.

In this regard, having a clear national food safety strategy is one of the most important requirements for all other food safety elements to be properly integrated.

Recognising that food security is a national issue requiring breadth and depth in solutions instead of just a simple introduction of new regulations, the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) has a proven concept in the agricultural sector. MDEC pilot deployment of 4IR agri-tech was highly successful in various agricultural activities such as smart fertigation, smart misting, smart aquaculture, smart poultry, smart irrigation and smart soil monitoring. It has been observed that agtech helped increased the productivity, quality and income of small farmers by over 20 percent. Numerous farmers enjoy higher incomes and have successfully brought their produce to market.

Putting the agenda on a high pedestal results in a “whole-of-government strategy” where there is a concerted effort across all agencies and ministries. There is no unhealthy competition; all actors and players in the food security ecosystem can work together. Such concerted effort will result in effective policy implementation, creating an entire ecosystem of support including various players such as producers, academia and industry R&D, policy makers and even consumers.

History has demonstrated how other countries look at the current situation and how they have taken important steps to ensure their national food security while Malaysia has achieved a zero score in food safety indicators and policies under the Global Food Safety Index (GFSI) 2020. Therefore, it is time to have a holistic approach and strategy by the government to make food security a top priority.

Results from MDEC’s Digital Agtech pilot projects have showcased the viability of digital technologies and automation in agriculture. However, there is room for even more technological improvement. We can go beyond Industry 4.0’s version of agri-tech, and into “agtech 5.0” which is also envisioned under Malaysia 5.0, inspired by Japan’s Society 5.0. Malaysia 5.0’s vision is to create a society that is highly integrated with technology, as well as to be governed by inclusive and equitable eco-vironmental principles and practices.

In the near future, innovative fintech and trading platform such as blockchain-based peer-to-peer (p2p) marketplace platform may be considered to support small farmers by minimising the role of the middlemen (if not cut out entirely) and ensure best values for the consumers and better margins for the farmers.

Similar technologies should be applied to other crops in Malaysia, rice in particular. Despite being a major rice consumer, Malaysia is only producing roughly 70 per cent of the total demand internally, while the remaining are imported. In fact, its self-sufficiency level dropped slightly from 70 per cent in 2018, to 69 per cent in 2019. A global crisis such as Covid-19 pandemic has shown Malaysia’s vulnerability in food security when trade activities are halted, depriving Malaysia from its staple food.

Thus, in addition to transcending the current notion of food security (achieved via imports supplementation) to actual self-sufficiency (at least for staple foods, major livestocks and aquaculture; for obvious national security reasons), there is existing and sizeable captive market with an upward trend to be capitalised on and technological advancement is the only way forward towards food safety, security and soverignty. The time to act on this is now.


Bidang keselamatan makanan nasional merupakan tonggak yang sangat penting dalam strategi keseluruhan pembangunan negara melalui hubungan timbal balik dengan bidang sosio ekonomi yang lain. Strategi keselamatan makanan negara yang berkesan akan mewujudkan ketersediaan dan kemampuan, seterusnya dapat menjimatkan perbelanjaan keseluruhan isi rumah. Di pihak kerajaan pula, sebahagian besar peruntukan negara boleh disalurkan kepada sektor lain yang lebih memerlukan.

Kita memahami bahawa salah satu ciri unik Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR) adalah kecekapan yang dapat dicapai membabitkan seluruh industri. Industri pertanian adalah antara sektor yang akan mendapat manfaat besar dari 4IR. Menerusi ‘kuasa’ 4IR, ia mampu menguruskan isu keselamatan dan jaminan makanan kepada rakyat dengan lebih tersusun serta mengurangkan tekanan terhadap sumber yang dimiliki.

Beberapa ciri teknologi kini telah menjadi kebiasaanya yang digunakan dalam sektor pertanian malah boleh dikatakan ia telah diubah dalam tempoh yang singkat oleh teknologi 4IR. Ini menyebabkan para petani generasi awal berdepan kesukaran untuk membiasakan diri memandangkan mereka sudah terbiasa dengan kaedah pertanian tradisional seperti ladang yang luas dan menggunakan tenaga buruh yang ramai.

4IR boleh dilihat sebagai keperluan mendesak untuk keselamatan makanan. Oleh hal yang demikian, maka tidaklah menghairankan apabila negara-negara yang terkedepan dalam bidang food security seperti Finland, Ireland, Belanda, Jerman, Jepun, Singapura dan Korea Selatan telah lama meningkatkan keupayaan teknologi untuk berkhidmat kepada rakyatnya menerusi “Society 5.0” versi masing – masing. Ini merangkumi kemampuan untuk menyediakan sumber makanan kepada rakyatnya.

Analisis yang lebih terperinci membabitkan negara-negara terkemuka ini menerusi Indeks Keselamatan Makanan Sedunia (GFSI) atau Global Food Security Index menunjukkan bahawa kumpulan ini menumpukan usaha untuk meningkatkan teknologi pertanian dan makanan dengan memberi keutamaan terhadap pertanian berteknologi tinggi, kemampuan kejuruteraan dan prinsip ekonomi sebagai tonggak strategi keselamatan makanan nasional.

Antara trend lain di negara berkenaan membabitkan sektor ini termasuklah menjadikan keselamatan makanan sebagai keutamaan paling penting oleh pentadbiran serta membuat pelaburan besar dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi pertanian dan memberi tumpuan tumpuan khusus kepada petani kecil dan pengusaha teknologi pertanian tempatan melalui pembiayaan inovatif, skim insentif dan menghubungkan dengan rangkaian e-dagang yang luas.

Sehubungan itu, memiliki strategi keselamatan makanan nasional yang jelas merupakan salah satu syarat yang paling penting agar semua elemen keselamatan makanan yang lain dapat disatukan dengan baik.

Menyedari keselamatan makanan merupakan isu nasional dan bukan sekadar peraturan yang diperkenalkan, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebenarnya turut mempunyai konsep yang terbukti berkesan dalam sektor pertanian. Penerapan percubaan oleh MDEC terhadap teknologi pertanian 4IR sangat berjaya yang melibatkan pelbagai aktiviti pertanian seperti fertigasi pintar, penyemburan halus secara kabus pintar, akuakultur pintar, perternakan ayam pintar, pengairan pintar dan pemantauan tanah pintar. MDEC melihat teknologi pertanian ini telah meningkatkan produktiviti, kualiti dan pendapatan petani kecil lebih dari 20%. Sebilangan besar petani menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan berjaya membawa hasil mereka ke pasaran.

Meletakkan agenda ini pada landasan yang tinggi akan menghasilkan “strategi keseluruhan kerajaan” (A whole-of-government strategy) membabitkan keupayaan bersama oleh semua kementerian dan agensi. Tidak wujud persaingan yang tidak sihat dan hanky panky kerana semua pemain dalam ekosistem keselamatan makanan bekerjasama. Usaha bersepadu ini menghasilkan penguatkuasaan peraturan yang berkesan, mewujudkan keseluruhan ekosistem termasuk sokongan oleh pengeluar, para akademik, bidang penyelidikan dan pembangunan, pembuat dasar dan juga pengguna.

Kita harus belajar dari sejarah negara lain serta melihat keadaan semasa. Negara-negara lain telah mengambil langkah penting untuk menjamin keselamatan makanan nasional mereka sementara Malaysia pula mencapai skor sifar dalam petunjuk keselamatan makanan dan dasar di bawah GFSI 2020. Oleh itu, sudah tiba waktunya untuk Malaysia mempunyai pendekatan menyeluruh dan strategi holistik oleh kerajaan bagi menjadikan keselamatan makanan sebagai keutamaan penting.

Hasil dari projek perintis Digital Agtech oleh MDEC telah memperlihatkan keupayaan teknologi digital dan automasi dalam pertanian. Walau bagaimanapun, masih ada ruang untuk peningkatan teknologi. Kita dapat melepasi versi agri-tech Industry 4.0 dan memasuki “agtech” yang juga dicadangkan di bawah Malaysia 5.0 yang diilhamkan berdasarkan Society 5.0 negara Jepun. Visi Malaysia 5.0 adalah untuk mewujudkan masyarakat yang sangat bersepadu dengan teknologi, ditabdir oleh prinsip dan amalan eco-vironmental yang inklusif dan adil.

Dalam masa terdekat, platform fintech dan perdagangan yang inovatif seperti platform pasar peer-to-peer (p2p) berasaskan blockchain boleh dipertimbangkan untuk menyokong petani kecil dengan meminimumkan peranan orang tengah (jika tidak dibanteras sepenuhnya) dan memastikan harga terbaik untuk pengguna dan margin yang lebih tinggi untuk petani.

Teknologi serupa harus digunakan untuk tanaman lain di Malaysia terutamanya padi. Walaupun kita merupakan pengguna beras utama, Malaysia hanya berupaya menghasilkan sekitar 70 peratus dari permintaan domestiknya manakala selebihnya diimport. Sebenarnya, tahap keupayaan pengeluaran beras negara telah menurun sedikit dari 70 peratus pada 2018 kepada 69 peratus pada 2019. Krisis global seperti pandemik Covid-19 telah menunjukkan negara kita rentan terhadap isu keselamatan makanan apabila aktiviti perdagangan makanan ruji ini turut tenganggu.

Oleh itu, selain menjangkaui gagasan keselamatan makanan (dicapai melalui suplemen import) kepada kepuasan diri sebenar (sekurang-kurangnya untuk makanan ruji, ternakan utama dan akuakultur untuk keselamatan negara yang jelas), terdapat pasaran dan trend yang cukup besar dan menaik yang akan digunakan. Kemajuan teknologi adalah cara yang tidak dapat dielakkan menuju ke hadapan. Sekarang masanya kita untuk bertindak ke arah food safety, food security and food sovereignty.

© 2020 Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (389346-D). All rights reserved.