#SayaDigital MDEC dedah manfaat digital kepada masyarakat Orang Asli

Pada mendung petang Ahad lepas, sekitar 50 orang penduduk Orang Asli Temuan di Damansara Perdana, Selangor di sini kelihatan beratur panjang untuk mendaftar, mengambil bacaan suhu badan dan menghulurkan tangan untuk disembur cecair pembasmi kuman sebelum dibenarkan masuk ke dewan.

Mereka akan menjadi ‘pelajar’ bagi program Hari Kesedaran Digital sempena Gerakan #SayaDigital anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di kampung itu.

Di sebalik penutup muka yang dipakai, masing-masing teruja menerima  delegasi MDEC sebagai tetamu. Seorang demi seorang menduduki kerusi yang disusun dengan jarak satu meter bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sedikit penerangan mengenai kampung ini. Ia bukanlah seperti kebanyakan kampung Orang Asli yang sering kita lihat iaitu terletak jauh dalam hutan belantara. Sebenarnya, penduduk orang Asli Temuan di sini boleh dikatakan mengamalkan kehidupan serba moden.

Ini kerana kampung mereka hanya ‘tersorok’ sedikit di sebalik bukit berhampiran beberapa pusat membeli belah terkemuka , deretan kondominium mewah dan pejabat pelbagai syarikat antarabangsa yang beroperasi di situ. Jarak untuk ke stesen MRT Damansara Damai pula hanya sekitar 10 minit. Kediaman mereka juga cantik malah ada yang menyerupai rumah banglo mini, mungkin harganya boleh mencecah jutaan ringgit selain deretan kereta yang diparkir di hadapan rumah masing-masing.

Sementara menunggu program bermula, masing-masing leka membelek telefon pintar dan sesekali suara tangisan kanak -kanak menambahkan lagi kemeriahan petang itu.

Mengalu-alukan inisiatif MDEC di kampungnya, seorang penduduk, Tini Ali, 41, berkata, sebenarnya dia turut memanfaatkan teknologi digital apabila menjalankan perniagaan secara dalam talian sejak 10 tahun lalu.

“Ketika perniagaan dalam talian mula menjadi trend, saya turut tidak ketinggalan menceburkan diri. Menggunakan laman Facebook yang dinamakan Fandinie’s Enterprise, saya mempromosikan pelbagai jenis sabun pencuci serta produk lain seperti barang keperluan bayi, kain cadar dan sebagainya,” katanya ketika ditemui wakil blog MDEC selepas program itu baru-baru ini.

Menurut Tini yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberitahu, dia turut menggunakan aplikasi WhatApp untuk mempromosikan produk yang dijualnya kepada rakan-rakan dan penduduk kampung.

“Jelaslah kemudahan digital membantu kehidupan saya terutama untuk menjana pendapatan tambahan. Saya berharap lebih ramai masyarakat Orang Asli Temuan di sini akan turut memanfaatkan teknologi digital,” katanya.

Pada masa sama, Tini turut memberi cadangan bagaimana agensi kerajaan seperti MDEC boleh membantu memahirkan penduduk setempat dengan teknologi digital.

“Sebenarnya, ramai di kalangan penduduk kampung membekalkan bahan mentah seperti daun pisang kepada restoran-restoran makanan India di ibu kota, sayur sayuran dan juga ulam-ulaman kampung. Segalanya dilakukan secara manual.

“Pada masa hadapan, mungkin MDEC boleh membantu membangunkan satu platform atau aplikasi untuk menyenaraikan segala hasil di sini boleh didapati secara dalam talian atau menganjurkan kelas susulan untuk mengajar penduduk di sini melibatkan diri sebagai agen jualan dalam talian atau dropship,” katanya.

Program #SayaDigital anjuran MDEC petang itu antaranya mempunyai pengisian pelbagai latihan kemahiran asas digital termasuk penggunaan WhatsApp, Facebook dan TikTok yang turut menarik penyertaan warga emas Abdul Rahman Abdullah.

Menurut Abdul Rahman,65, dia berasa gembira kerana kampungnya dipilih menjadi lokasi program berkenaan yang sekaligus memberi peluang kepadanya dan penduduk kampung untuk mempelajari aplikasi digital.

“Sebelum ini saya biasa gunakan WhatsApp untuk berhubung dengan ahli keluarga. Hari ini mereka ajar tentang media sosial lain pula,” katanya.

Sementara itu, seorang remaja, Angela Tipongjohn, 16, teruja apabila mencuba aplikasi Foodpanda hasil bantuan tunjuk ajar sukarelawan #SayaDigital.

“Tidak sampai sejam selepas membuat pesanan, makanan yang dipesan sudah dihantar. Pada masa hadapan, mungkin saya akan gunakan aplikasi ini lagi kerana ia memudahkan urusan,”katanya.

Sementara itu, Pengerusi MDEC, Ybhg. Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff yang hadir merasmikan program berkenaan dan menjadi ahli panel dalam sesi dialog bertajuk Peluang Dunia Digital, Masa Depan Yang Lebih Cerah’ berkata, kemahiran digital merupakan keperluan mustahak pada masa kini dan pelbagai perkara boleh dikecapi seperti membantu memudahkan kehidupan, menambah pendapatan, meluaskan perniagaan dan memperkasa kerjaya masa hadapan.

Ujar beliau, inisiatif ‘pendigitalan rakyat’ selari dengan teras MDEC iaitu memperkasa rakyat Malaysia secara digital dan menyokong Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

“Ini seterusnya akan mencapai aspirasi Malaysia 5.0 iaitu memupuk masyarakat yang terintegrasi dengan teknologi bagi mendepani era Revolusi Perindustrian 4.0,”katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, projek perintis #SayaDigital dianjurkan untuk memberi kesedaran dan kekuatan kepada rakyat kategori rentan sosial ekonomi untuk menerapkan digitalisasi sejajar dengan WKB 2030 dan MyDIGITAL.

“Sebenarnya, program ini dimulakan pada Ogos 2020. Menerusi projek perintis, telah dilaksanakan tiga program dan sembilan inisiatif dalam talian, mencatatkan 1,515 pendaftaran dan memberi manfaat kepada 301 peserta dalam Latihan Literasi Digital Asas hingga kini,” ujarnya.

Beliau menambah, #SayaDigital juga bermatlamat sebagai kajian awal menjelang pelancaran pada peringkat kebangsaan #SayaDigital.

“Kejayaan kempen ini akan memungkinkan rakyat berkemampuan digital dan memanfaatkan sepenuhnya infrastruktur dan faedah dalam ekonomi digital,” katanya.

DIGITAL TECHNOLOGIES AND INFRASTRUCTURE DRIVING POSITIVE DIGITAL INVESTMENT MOMENTUM

The COVID-19 pandemic has accelerated the growth of digital economy and opened up avenues to various new digital businesses. As businesses pivot online, the need to lay a solid foundation to aid this new wave of digitalisation is crucial to ensure that Malaysia can holistically transform itself towards an advanced digital economy.    

In 2020, a total of 45 MSC Status projects were approved with investments worth RM3.9 billion. This will pave the way for 3,794 new employment opportunities for Malaysians. Out of the total, RM2.6 billion (66.2%) came from domestic investments, while RM1.3 billion (33.8%) came from foreign investments.

Global tech firms who have operations in Malaysia such as NTT, Hitachi Sunway Information Systems, transcosmos and DKSH CSSC continue to show confidence by re-investing in Malaysia.  

“2020 may not have been a vintage year for foreign direct investments but we continue to see investment momentum in our digital tech industry. Recent commitment from global giants such as Huawei and Dell Technologies is a glowing endorsement of Malaysia’s digital capabilities, platforms and infrastructure, propelling us on course to be the Heart of Digital ASEAN,” said Raymond Siva, MDEC’s Senior Vice President, Investment and Brand Division.

Raymond Siva – MDEC’s Senior Vice President, Investment and Brand Division.

The digital economy is expected to continue its significant contribution to the country in 2021 based on an estimated 19.1% contribution to GDP in 2019 by the Department of Statistics Malaysia, on the back of a 6.7% economic growth forecast this year by the World Bank.

The Malaysia Digital Economy Blueprint (MyDIGITAL), announced recently by the Prime Minister also projects a 22.6% contribution to GDP by 2025, opening up 500,000 jobs within the digital economy.

Leading digital companies such as PCCW Solutions (a leading IT services provider in Hong Kong, mainland China and Southeast Asia); ThunderSoft (Beijing-headquartered) and Clarivate (a global leader in providing solutions to accelerate the lifecycle of innovation) have also set up regional presence in Malaysia, pointing to a growing momentum and confidence in Malaysia as an attractive investment hub. From its diversified multi-lingual and digitally-skilled talent pool; ready infrastructure and mature ecosystem for the digital economy to thrive, it directly reflects Malaysia’s role as a first-mover for the digital economy, leading the country on course to a shared prosperity for all, a society centred on 4IR technologies and in line with Malaysia 5.0, firmly establishing itself as the Heart of Digital ASEAN.

Overcoming digital divide through digital technologies

Malaysia’s digital transformation is a journey and today, MDEC’s initiatives revolve around developing skillsets within 4IR and emerging digital technologies, for example in areas such as Big Data Analytics (BDA), Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT), Financial Technology (FinTech), Data Centres, Cloud Services and robotics.   

On the digital infrastructure front, MDEC is helping to foster an enabling environment for rapid digitalisation by working with key stakeholders to support the growth of the digital economy.  This is in support to the Government’s initiatives to nurture public-private partnerships, a critical step in accelerating Malaysia’s digital transformation.

“The era of digitalisation has arrived, and we cannot deny this. We have all seen the profound impact digital transformation has had on world economies, particularly amid the COVID-19 pandemic, which has resulted in a violent shift to digital. Moreover, thanks to the role that data plays in the digital economy, we are witnessing increasingly massive returns, through innovation as well as the opening of new opportunities for jobs and economic growth. With that being said, the onus is on us to ensure that no one gets left behind and that everyone gets access to the benefits of technology — and the introduction of the MyDIGITAL blueprint couldn’t have come at a better time,” said Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.’s Chief Executive Officer Michael Yuan.

Michael Yuan – Chief Executive Officer, Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.

“In order to contribute actively and consistently to the country’s digital acceleration, there are three key technologies that we must leverage — 5G, Cloud and AI. These are the technologies that are ultimately driving our new intelligent world. Everything will be connected, data-driven and intelligently processed in real-time for actionable outcomes. This is a message that we will continue to drum home,”

“5G, for one, will unleash a world of opportunities by simply enhancing connectivity and mobility. This next-generation wireless technology will deliver higher data speeds, low latency and connect more devices at one time. Hence, 5G is billed as the catalyst for unlocking potential growth across industries such as medical, education, agriculture, smart cities and more importantly, dramatically transforming the way humanity lives, enterprises work, and the way we interact with the environment for seamless connectivity. When combined with BDA, Cloud Computing, AI and other innovative technologies, this will accelerate the arrival of a golden age of information over the next decade,” Yuan said. 

Yuan added that the same sentiment can be said of Cloud Computing, the “backbone” of digital transformation. “Without a doubt, the widespread adoption of Cloud Computing amid the exponential growth in data volume goes to show that it is increasingly being accepted as a main platform for innovation. Furthermore, when paired with AI, these technologies will enhance flexibility, agility and resilience to digital solutions, therefore giving rise to further innovation, introducing new revenue streams and driving cost efficiencies not only for businesses, but all sectors of the economy as well as society,” Yuan said.

Therefore, MDEC and Huawei will continue to conduct joint research and services related to digital technologies by working with various government bodies to publish white paper studies for the benefit of improving Malaysia’s digital economy.

“We at Huawei are working hard and closely with our strategic partners to deliver the best advancements that technology can offer. Our joint initiatives and efforts with our partners in delivering 4G and 5G capacity solutions for a personalised experience, innovation in 5G network design, as well as deployment and operating efficiencies remain our top agenda in the years ahead. Recently, we joined forces with CyberSecurity Malaysia and Celcom Axiata Bhd to jointly establish the first 5G Cybersecurity Test Lab in Southeast Asia here in Malaysia, with the goal of developing and bringing new 5G use cases for various industries to commercialisation when the new 5G spectrum is made available. And our efforts towards propelling Malaysia to greater heights via technology will not stop here,” said Yuan.

“By the same token, we are ever committed to our partnership with MDEC to provide a thriving digital environment. At the end of the day, we only have one goal in mind, which is to bring digital to every person, home and organisation for a fully connected, intelligent world. We want to breach the digital divide, reach the unreached, and do everything we can to make sure that no one is left behind in enjoying the fruits of prosperity from the digital economy.” Yuan said.

Data is key for Malaysia’s digital economy

Meanwhile, Dell Technologies’ Senior Vice President for South Asia and Managing Director of Malaysia, Pang Yee Beng said the country has gone through almost a full year of navigating uncertainties and challenges due to COVID-19.

Pang Yee Beng – Senior Vice President for South Asia and Managing Director of Malaysia Dell Technologies

“As a technology company, Dell Technologies has had a front-row seat to the overnight digital transformation of our world. We are going through unprecedented changes impacting every aspect of life, and what we’ve experienced as a nation has required all of us to pivot to new ways to keep our economy and lives intact and progressing forward. Through it all, one thing is certain – technology will be central to how we work, learn and live in the new normal of the future, more than ever before.

“Malaysia’s vision of a digital economy is clear. The launch and implementation of MyDIGITAL is a strategic move to build economic resilience and transform the country into a digital, high income nation – paving the way for Malaysia to be ready for the next phase of the digital era in what we call the ‘data decade’. All this is very much aligned to what Dell Technologies set out to do – providing transformational solutions that help build the digital future for organisations and communities. Our purpose and commitment to our stakeholders remain unchanged as we continue to innovate and deliver for our customers in extraordinary ways when they need us most,” he added.

Over the next 10 years, the amount of data will only increase. This explosion of data will give rise to other innovations, such as multi-cloud IT strategies, intelligent devices with AI and machine learning capabilities that will change the way one works and collaborates and the “Edge” where everything is connected – systems, applications, services, people and places will be crucial. To succeed in the data era, businesses must take control of their data – their most prized asset – and that means prioritising digital transformation.

Dell Technologies first took foothold in Malaysia 26 years ago and at present, operates three facilities across Malaysia which serves as an integral site supporting regional and global operations. In June 2019, the Dell Digital Labs was established at its global business centre in Cyberjaya, one of the few laboratories Dell Technologies has invested in globally over the last few years. The new facility helps build cloud-native software and at the same time grooms a highly skilled Malaysian workforce that is trained for the data-driven era. “The establishment of a national agency in MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation), tasked to lead the charge, has driven significant digitalisation across the public and private sectors. The initiatives put in place in the past decades have all been geared in this direction. We support MDEC’s efforts to seeing them through and look forward to opportunities to work together,” Pang said.  

Digital Passion: Three Girls In Tech

Scroll down for Malay version / Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Malaysia

CYBERJAYA, 12 MARCH 2021 – In continuation of the International Women’s Day celebration, the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) is proud to share and highlight some of the outstanding female achievers of MDEC’s school-goer targeted digital-skills programmes.

Understanding that eight of the top ten emerging jobs will require digital tech skills in Malaysia, MDEC acknowledges the young ladies and future leaders who have stepped in, stepped out and stepped up to a domain traditionally assumed to be more relevant to boys.

In ensuring a digitally-skilled workforce, the school level #mydigitalmaker programme provided access to digital content and capabilities for some 2.19 million school students nationwide up until December 2020. More than 25,000 students enrolled in digital tech courses in 2019, a 40% increase from when the initiative started in 2017.

THE GAMER

“Whenever I learn and discover something new, I like to keep asking why and forming theories. When it all clicks, it feels like I’ve solved this huge puzzle and I get a sense of satisfaction from realising that everything is connected,” comments 17 year old Chan Hew Yan, participant of the 2019 Digital Ninja programme under MDEC’s #mydigitalmaker movement.

The Digital Ninja programme falls under the #mydigitalmaker movement – #mydigitalmaker movement is a joint public-private-academia initiative led by Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) in partnership with the Ministry of Education to transform Malaysian youth from digital users to producers in the digital economy. This includes skills such as coding, app development, 3D printing, robotics, embedded programming and data analytics; all of which will ultimately help to strengthen problem solving and creativity amongst our future generation.

“Ever since I was young, I have always been a big fan of games…I love storytelling and exploring the worlds the developers have created. A game allows the player to empathize and learn to see things from a perspective different than their own,” explains Hew Yan about her takeaway from gaming.

She claims to have later joined the Digital Ninja programme which brings students, mentors and experts from all over Malaysia together, to share their knowledge and experience, with completing digital assignments being the goal.

When asked about her views on girls and women who were making waves in tech, she said her favourite woman in tech is Rachel Hofsetter a.k.a. Valkyrae, a You Tube streamer and content creator who was also the recipient of the Content Creator of the Year 2020 in The Game Awards.  “Seeing women in tech jobs reminds me that the sky is the limit! It does not matter who you are, as long as you have passion, you are willing to learn and you don’t listen to naysayers,” observes Hew Yan.

THE CODER

16-year-old Aisyah Batrisyia Muhamad Ramdzan from SMK Dato’ Abu Bakar Baginda (participant at the Global IT Challenge for Youth with Disabilities) felt that the challenges with which she was presented at the competition, built perseverance as she strove for completion.

She attributes her interest in joining the competition, to the exposure she had gained in digital activities at a Digital Champion School – which is yet another avenue that the #mydigitalmaker movement offers to drive a digital innovation culture in schools and in the local community.  SMK Dato’ Abu Bakar Baginda was selected as Champion School on 2018 alongside 23 other Champion Schools nationwide.

“I’m really interested in electronic stuff,” quipped Aisyah, when asked about what aspects of digital excited her the most.

“My mum, who is a lecturer in microelectronics always encourages me to participate in digital courses such as Python, Arduino and Scratch. That’s gotten me into exploring more programming,” continued Aisyah, as she expounded on what inspired her to explore STEM subjects with greater fervour. When asked for her views on women in tech careers, Aisyah referred to her mother as the woman who most inspires and motivates her, citing genuineness and kindness as the greatest source of a woman’s strength.

THE DESIGN THINKER

Thinking out of the box is what Saii Yashaa Gopinath Rao prides herself in the most. She regards her penchant for all things STEM and design thinking, the reasons for her interest in digital innovations.

She comments that what she loves the most about STEM was watching the unfolding of inventions and innovations that people her age were coming up with, in order to solve real life issues.

“I told myself that I want to do this too,” exclaimed the Puchong-based teen, who admits that the digital world has created a space that allows her to explore her creativity and thus demonstrate what she can accomplish.

Enthusiastic about programmes such as Digital Ninja for her fellow youth, she opines that upcoming programmes under the #mydigitalmaker movement should involve senior graduate participants who can guide and inspire first-time junior participants.

Commenting on the significance of International Women’s Day, Saii Yashaa shares that young women can achieve anything with passion and the yearning to keep learning – and pledges support for breaking gender stereotypes under the #ChooseToChallenge theme this year.

STEM, DIGITAL SKILLS, A DOORWAY TO THE FUTURE

The #mydigitalmaker movement had humble beginnings in 2016. It was launched as one of the key components in driving the digital economy with a focus on what is now, one of MDEC’s key pillars under the agency’s strategic framework – Digital Skills and Jobs. As at December 2020, the #mydigitalmaker movement has impacted 2.19 million students across Malaysia, inspiring digital innovations among students while presenting STEM subjects as doorways to exploration of technology and all its various advantages in solving problems for humanity.

“Technology offers gender equity and inclusion, inevitably creating a technologically integrated society in Malaysia. Malaysians can level the playing field between genders as more and more women join the tech industry. Whatever value an individual adds to a cause, project, team or organisation, is determined not by gender but by skills, knowledge and determination. Technology bridges gender gaps and offers opportunities even in unprecedented uncertainty,” asserts Dr. Sumitra Nair, Vice President, Digital Skills and Jobs Division at MDEC.

According to Dr. Sumitra, efforts and collaborations across various parties have helped transform students under the movement, from consumers to producers of technology. The programmes under #mydigitalmaker include Digital Ninja, Digital Champion Schools and Hour of Code among others, which involve a lot of behind-the-scenes engagement as well as execution.

“I would recommend that parents and students aspiring to bridge tech or digital gaps pursue opportunities for tech exposure. MDEC is mandated to lead the digital economy by creating a society that is deeply integrated with technology, to empower the rakyat to thrive in 4IR. Therefore, we look forward to reaching out with more exciting programmes under MDEC’s #mydigitalmaker in 2021!” concludes Dr. Sumitra.


CYBERJAYA, 12 MAC 2021 – Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang masih berterusan, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dengan bangganya berkongsi dan mengimbas kembali pencapaian tiga pelajar perempuan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam program kemahiran digital yang disertai mereka.

Ketika ini kita menyedari bahawa lapan daripada sepuluh pekerjaan baharu akan memerlukan kemahiran teknologi digital. Di Malaysia, MDEC mendapati wanita muda yang juga bakal pemimpin masa depan yang telah melangkah masuk ke ‘sektor’ yang sebelum ini lebih ‘dikuasai’ oleh lelaki.

Dalam usaha memastikan tenaga kerja berkemahiran digital, program #mydigitalmaker yang dilaksanakan MDEC dengan menyediakan akses kepada kandungan dan keupayaan digital setakat ini telah memanfaatkan sebanyak 2.19 juta pelajar sekolah di seluruh negara sehingga Disember 2020.

Lebih daripada 25,000 pelajar mendaftar dalam kursus teknologi digital pada 2019 iaitu peningkatan 40 peratus ketika inisiatif ini mula dilaksanakan pada pada 2017.

PERMAINAN
“Setiap kali belajar dan menemui sesuatu yang baharu, saya sering bertanya mengapa dan mula mencipta teori sendiri. Berpandukan hanya satu ‘klik’, saya telah menyelesaikan teka-teki yang mencabar. Saya berasa sangat berpuas hati dan teruja kerana menyedari bahawa semuanya saling berkaitan,” kata Chan Hew Yan, 17, peserta program Ninja Digital 2019 di bawah Gerakan mydigitalmaker MDEC.

Program Digital Ninja membolehkan rakyat Malaysia terutama kumpulan berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan tambahan dengan mengambil bahagian dalam tugasan digital melalui platform dalam talian. Semua peserta #mydigitalmaker dipadankan dengan kerjaya digital yang sesuai dengan kemahiran masing-masing.

Hew Yan berkata, minat mendalamnya terhadap game turut membuatkannya ‘jatuh cinta’ kepada dunia digital. Gadis ini berpendapat, jalan cerita dalam permainan yang berpandukan simulator sebenarnya mempunyai persamaan dengan masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan seharian. Oleh itu, dia berasa kagum terhadap keupayaaan pencipta kandungan permainan yang memahami aspek
berkenaan.

“Sejak kecil lagi, saya sangat berminat dengan game. Saya suka bercerita dan menjelajah dunia yang dicipta oleh pencipta game. Ini membolehkan pemain merasai pelbagai pengalaman dan memupuk sifat seperti bertimbang rasa dan belajar melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza,” jelas Hew Yan.

Minat yang mendalam terhadap game kemudian telah ‘membawanya’ menyertai program Digital Ninja yang telah menyatukan pelajar, mentor dan pakar dari seluruh negara untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman di samping menyelesaikan tugas digital yang diberikan.

Ketika ditanya pandangannya mengenai semakin ramai pelajar perempuan yang menunjukkan minat terhadap bidang teknologi, Hew Yan berkata, dia turut mempunyai idola wanita dalam bidang ini iaitu Rachel Hofsetter atau lebih dikenali sebagai Valkyrae, seorang streamer YouTube dan pencipta kandungan yang juga penerima Anugerah Pencipta Kandungan 2020 pada Anugerah Permainan.

“Melihat terdapat wanita dalam pekerjaan bidang teknologi membuatkan saya terfikir bahawa kejayaan tiada hadnya,”. Tidak kira siapa anda, selagi mempunyai minat dan sanggup belajar dan tidak mendengar kepada kritikan -kritikan yang mematahkan semangat, anda pasti akan berjaya,” katanya.

PENGEKODAN
Aisyah Batrisyia Muhamad Ramdzan, 16, pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abu Bakar Baginda telah menyertai Pertandingan Cabaran IT Global Untuk Belia Orang Kurang Upaya.

Berkongsi pengalaman, katanya cabaran yang dihadapinya dalam pertandingan ini telah membantunya untuk membina sifat tekun dan berusaha dalam menyelesaikan masalah.

Aisyah Batrisyia berkata, minatnya untuk menyertai pertandingan berkenaan berputik selepas menyertai Digital Champion School yang merupakan sebahagian daripada Gerakan #mydigitalmaker untuk mendorong budaya inovasi digital di sekolah dan masyarakat setempat. SMK Dato ’ Abu Bakar Baginda dipilih sebagai Sekolah Juara pada 2018 bersama 23 Sekolah yang lain di seluruh negara.

“Saya sangat berminat dengan barangan elektronik,” katanya ketika ditanya mengenai aspek digital yang paling digemarinya.

“Ibu saya yang merupakan pensyarah bidang mikroelektronik sebenarnya merupakan pendorong utama untuk saya mengikuti kursus digital seperti Python, Arduino dan Scratch. Itu memberi peluang kepada saya untuk meneroka dengan lebih mendalam bidang pengaturcaraan,” katanya menerangkan faktor lain yang telah mendorong untuk mendalami bidang bidang pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan lebih bersemangat.

Ketika ditanya pandangannya tentang wanita dalam karier teknologi, Aisyah segera memberitahu, ibunya merupakan wanita yang paling memberi inspirasi.

MENTALITI PENCIPTAAN
Kemampuan untuk berfikir di luar kotak merupakan perkara yang paling dibanggakan oleh Saii Yashaa Gopinath Rao. Gadis ini menganggap minatnya terhadap bidang STEM dan reka bentuk telah menyuburkan rasa cinta terhadap inovasi digital.

Saii Yashaa berkata, perkara yang paling digemarinya mengenai STEM adalah apabila berpeluang melihat penemuan baharu dan inovasi yang dihasilkan oleh rakan sebayanya untuk menyelesaikan masalah kehidupan sebenar.

“Saya memberitahu diri sendiri bahawa saya juga ingin menjadi seperti mereka,” katanya yang menetap di Puchong. Dia mengakui bahawa dunia digital telah mencipta ruang yang membolehkannya meneroka kreativiti dan menunjukkan apa yang dapat dicapai.

Bersemangat setelah menyertai program seperti Digital Ninja, dia berpendapat bahawa program yang akan datang di bawah Gerakan #mydigitalmaker harus melibatkan peserta berpengalaman yang dapat
membimbing dan memberi inspirasi kepada peserta baharu.

Mengulas mengenai pentingnya Hari Wanita Antarabangsa, Saii Yashaa berpendapat bahawa wanita muda dapat mencapai apa sahaja dengan penuh semangat asalkan mempunyai sikap untuk terus belajar dan berjanji menyokong usaha menghapuskan stereotaip gender berteraskan tema #ChooseToChallenge pada tahun ini.

STEM, KEMAHIRAN DIGITAL, PINTU KE MASA DEPAN
Gerakan #mydigitalmaker bermula secara sederhana pada 2016. Ia dilancarkan sebagai salah satu komponen penting dalam memacu ekonomi digital dengan fokus kepada salah satu teras utama MDEC iaitu Kemahiran dan Pekerjaan Digital. Sehingga Disember 2020, Gerakan #mydigitalmaker telah memanfaatkan 2.19 juta pelajar di seluruh negara serta memberi inspirasi kepada inovasi digital di kalangan pelajar sambil mempromosikan subjek STEM sebagai kunci untuk meneroka bidang teknologi dan menyelesaikan masalah.

“Teknologi menawarkan kesamarataan membabitkan penyertaan jantina dan mewujudkan masyarakat yang terintegrasi secara teknologi di Malaysia. Rakyat dapat mencapai tahap persaingan antara jantina apabila semakin ramai wanita menyertai industri teknologi. Apa sahaja nilai yang diberikan oleh individu terhadap projek, pasukan atau organisasi kini bukan ditentukan oleh jantina sebaliknya berpandukan kemahiran, pengetahuan dan tekad. Teknologi merapatkan jurang gender dan menawarkan peluang walaupun dalam suasana ketidakpastian yang belum pernah terjadi sebelum ini,” kata Naib Presiden Bahagian Kemahiran dan Pekerjaan Digital MDEC, Dr Sumitra Nair.

Menurut Dr Sumitra, usaha dan kerjasama pelbagai pihak telah membantu mengubah pelajar daripada sekadar menjadi pengguna kepada pencipta teknologi. Program di bawah Gerakan #mydigitalmaker merangkumi Digital Ninja, Sekolah Juara Digital dan Hour of Code melibatkan penyertaan pelbagai pihak.

“Saya mencadangkan agar ibu bapa dan pelajar yang bercita-cita untuk merapatkan jurang teknologi digital supaya memanfaatkan peluang yang disediakan untuk mendapatkan pendedahan teknologi. MDEC diberi mandat untuk memimpin ekonomi digital iaitu dengan mewujudkan masyarakat yang sangat terintegrasi dengan teknologi untuk memberi kekuatan kepada rakyat berdepan cabaran pada era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0). Oleh itu, kami berharap agar jangkauan yang lebih meluas untuk program #mydigitalmaker anjuran MDEC pada tahun ini,” katanya

Leong Adjustment embarks on digital transformation journey to stay competitive

Scroll down for Malay version / Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Malaysia

Gone are the days when you have to rely on conventional insurance claims systems to process your policies. Now, digital transformation is driving business innovation for insurance claims solution providers. To seize this new growth opportunity, Leong Adjustment Sdn. Bhd. has made a bold attempt to embrace digital technology to optimise the performance of its business processes and to ease the hassle for policyholders and insurers.

Jacqueline Leong, Director of Leong Adjustment Sdn. Bhd. said the COVID-19 pandemic had made them realise to expedite their digitalisation effort or risk being left behind. To deal with the immediate challenges faced by the company, the support from the government’s financial assistance through the National Economic Recovery Plan (PENJANA) 2020 #SMART Automation Grant (SAG) that was channelled through Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) came just in time to take their burden off their shoulders.

“After having more than a decade experience in the insurance industry, the company felt that there is room for improvement with respect to claims processing time, asymmetric information transmission, and claims accuracy/ consistency. Believing that accuracy and consistency are the key performance indicator (KPIs) in its profession, the company began its digital transformation journey by developing the RTE777 Cloud Insurance Claims Project last year,” she said while explaining this is also part of transforming the conventional labour-intensive business model.

The company also decided to develop a web and mobile app-based insurance loss assessment system under the RTE777 Cloud Insurance Claims Project.

The core values of the RTE777 Cloud Insurance Claims Project are to create a Real-Time, Relevance and Reliable (3R) platform for the policyholders, insurers, and its related respective parties from the claims notification to approval.

The deployment of the RTE777 Cloud Insurance Claims Project will enable a 100 per cent information accuracy and limit asymmetric information and in turn reduce travelling cost and man-hour by at least 30 percent. It will also enhance claims processing time cycle with within 24 hours, create a more transparent claim processing platform and reduce claims leakage (i.e. monetary loss through claims management inefficiencies that result from failures in existing processes).

“As an insurance claims solution provider, we need to always keep pace with current development and practices in other economic sectors in order to maintain our unbiased and independent judgement and opinion. Most importantly, all policyholders are adequately protected at the time of financial loss. Every insurance claim is transparently paid within a reasonable time frame.

“We feel honoured to be awarded as the matching grant had substantially reduced our financial burden and allowed us to fully focus on the research and development (R&D) segment of our digitalisation project,” she commented further.

Leong Adjustment is one of the 66 small and medium-sized enterprises (SMEs) and mid-tier companies being awarded for the Government’s National Economic Recovery Plan (PENJANA) 2020 #SMART Automation Grant (SAG).

“It gives us tremendous pride to be able to help empower businesses to stay competitive and robust through digitalisation during these times. MDEC will continue to work with all parties including the Ministry of Communications and Multimedia (KKMM), relevant agencies and partners to ensure the survival and business continuity of SMEs and MSMEs in the market. This is provided through our initiatives and efforts such as SAG that can transform them to become digitally-powered businesses and help thrive in this new reality,” said Surina Shukri, Chief Executive Officer of MDEC.

“Enabling digitally-powered businesses is one of our central tenets at MDEC. Leong Adjustment is just one of the many MSMEs that have benefitted from our grant and we will not let up in our efforts in digitalising and empowering businesses and ultimately benefitting the society and the country in line with Malaysia 5.0, ensuring shared prosperity for all as enshrined in the Malaysia Digital Economy Blueprint (MyDIGITAL) and propelling Malaysia forward as the heart of a digital ASEAN,” said Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff, Chairman of MDEC.

Launched in July 2020, MDEC’s SAG matching grant is targeted at companies in the services sector to automate their business processes and adopt digitalisation. The grant aims to drive these businesses to kick start the development and implementation of digital process and technology tools to automate the recipient’s business operations.


Kebergantungan terhadap sistem tuntutan insurans berdasarkan kaedah konvensional melibatkan urusan pemprosesan kini boleh dikatakan sudah ditelan zaman. Pada masa kini, transformasi digital telah mendorong inovasi perniagaan bagi syarikat penyedia penyelesaian tuntutan insurans. Bagi merebut peluang pertumbuhan baharu ini, Leong Adjustment Sdn. Bhd. telah melakukan perubahan berani apabila mengadaptasi teknologi digital untuk meningkatkan prestasi dalam proses perniagaannya sekaligus mengurangkan kerumitan kepada pemegang polisi dan penanggung insurans.

Pengarah Leong Adjustment Sdn. Bhd. , Jacqueline Leong, mengakui bahawa pandemik COVID-19 menyebabkan syarikatnya menyedari keperluan untuk pendigitalan kerana jika tidak melaksanakannya, mereka berdepan risiko akan ketinggalan. Bagi menangani cabaran yang dihadapi syarikat, sokongan yang diberikan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Geran Automasi Pintar (SAG) yang disalurkan kerajaan melalui Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) hadir tepat pada waktunya untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh perniagaan di negara ini.

“Syarikat memiliki pengalaman lebih sedekad dalam industri insurans. Sehubungan itu, kami menyedari terdapat ruang untuk penambahbaikan melibatkan tempoh masa pemprosesan tuntutan, perkongsian maklumat yang tidak tepat dan ketepatan tuntutan. Dengan mempercayai bahawa ketepatan merupakan petunjuk prestasi utama (KPI) dalam perkhidmatan, syarikat memulakan transformasi digital dengan membangunkan Projek Tuntutan Insurans Awan RTE777 pada tahun lalu,”katanya sambil menjelaskan bahawa ini juga merupakan sebahagian daripada transformasi kerja konvensional model perniagaan intensif.

Syarikat berkenaan juga memutuskan untuk mengembangkan sistem penilaian kerugian insurans berasaskan aplikasi web dan mudah alih di bawah Projek Tuntutan Insurans Awan RTE777.

Nilai teras Projek Tuntutan Insurans Awan RTE777 adalah untuk mewujudkan platform 3R iaitu real time (masa sebenar), relevance (relevan) dan reliable (boleh dipercayai) untuk pemegang polisi, penanggung insurans dan pihak-pihak yang berkaitan iaitu bermula pemberitahuan tuntutan hingga persetujuan.

Penyebaran Projek Tuntutan Insurans Awan RTE777 akan memungkinkan ketepatan maklumat 100 peratus dan mengurangkan maklumat tidak tepat dan seterusnya akan mengurangkan kos perjalanan dan tempoh waktu pemprosesan sebanyak 30 peratus. Ini juga akan mempercepatkan pemprosesan tuntutan dalam tempoh 24 jam dan seterusnya mewujudkan platform pemprosesan tuntutan yang lebih telus dan mengurangkan kebocoran tuntutan (iaitu kerugian kewangan akibat ketidakcekapan pengurusan tuntutan yang disebabkan oleh kegagalan dalam proses sedia ada).

“Sebagai penyedia penyelesaian tuntutan insurans, kita harus sentiasa mengikuti perkembangan dan amalan semasa di sektor ekonomi lain untuk menjaga penilaian dan supaya pendapat kita yang tidak berat sebelah. Perkara yang paling mustahak ialah semua pemegang polisi dilindungi. Setiap tuntutan insurans dibayar dengan telus dalam jangka masa yang munasabah.

“Syarikat berasa terharu dan berbangga kerana menerima geran padanan yang telah mengurangkan beban kewangan syarikat dan memungkinkan untuk fokus sepenuhnya pada segmen penyelidikan dan pengembangan berdasarkan projek pendigitalan,” katanya.

Leong Adjustment Sdn. Bhd. merupakan salah satu daripada 66 PKS dan syarikat kategori pertengahan yang menerima geran di bawah pakej SAG – PENJANA yang diperkenalkan kerajaan pada tahun lalu.

“Penglibatan MDEC dengan inisiatif ini merupakan satu kebanggaan yang luar biasa kepada agensi kerana berpeluang membantu untuk memperkasakan perniagaan supaya terus berdaya saing dan kekal kukuh menerusi pendigitalan. MDEC akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan termasuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), agensi kerajaan yang lain dan rakan kongsi untuk memastikan kelangsungan perniagaan PKS dan usahawan mikro di negara kita. Komitmen ini dizahirkan menerusi SAG yang dapat mengubah PKS , syarikat kategori pertengahan dan usahawan mikro kepada perniagaan yang bertenaga digital dan membantu berkembang dalam realiti baharu ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri.

“Menjadikan perniagaan diperkasa secara digital merupakan salah satu teras utama MDEC. Leong Adjustment Sdn. Bhd. Merupakan salah satu daripada PKS dan usahawan mikro yang mendapat manfaat menerusi geran yang disediakan. Saya ingin menegaskan bahawa MDEC tidak akan mengurangkan usaha untuk memperkasakan perniagaan secara digital kerana pada akhirnya, ia akan memberi manfaat kepada masyarakat dan negara sejajar dengan Malaysia 5.0 yang akan memastikan kemakmuran bersama seperti ditekankan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL). Ini seterusnya akan mendorong Malaysia bergerak ke arah mencapai visi menjadi Nadi Digital ASEAN,” kata Pengerusi MDEC, Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff.

Dilancarkan pada Julai 2020, SAG MDEC menyasarkan syarikat – syarikat di sektor perkhidmatan untuk mengautomasikan proses perniagaan mereka ke arah pendigitalan. Bantuan ini bertujuan untuk mendorong perniagaan memulakan pengembangan dan pelaksanaan proses digital dan penggunaan alat teknologi untuk mengautomasikan operasi perniagaan penerima.

© 2020 Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (389346-D). All rights reserved.