‘HIDANGAN DIGITAL’ PERSEMBAHAN ANIMONSTA STUDIO PADA AIDILFITRI NORMAL BAHARU

Suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri 2020 dijangka begitu berbeza berbanding tahun – tahun sebelumnya kerana ancaman pandemik Covid-19 serta perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh kerajaan yang masih berkuatkuasa.

Namun demikian, tidak keterlaluan jika dikatakan teknologi digital yang semakin mekar bakal menyuntik kemanisan beraya dalam normal baharu.

Yang dimaksudkan ialah usaha Animonsta Studios yang tampil menyediakan hidangan raya digital pada tahun ini.

Syarikat berkenaan akan melancarkan lagu raya pertama serta dua siri yang akan disiarkan menerusi platform digital sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Jenama dan Jualan Antarabangsa Animonsta Studio, Faiz Zainal Aabidin berkata, pihaknya menyasarkan jumlah penonton mencecah melebihi sejuta selepas seminggu ditayangkan untuk kesemua produk mereka menerusi saluran Youtube.

“ Ini merupakan kali pertama kami menghasilkan lagu raya bertajuk Aneka Baju Raya yang dicipta oleh komposer kami, Nur Sharmine Md Bakri.

“ Ketika ini prosesnya sudah memasuki fasa akhir dan akan dipasarkan di saluran digital pada masa terdekat,”  katanya ketika berkongsi status projek ini bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Menurutnya, syarikat berkenaan yang merupakan rakan strategic MDEC  juga menghasilkan klip video untuk lagu raya berkenaan yang dijangka akan disiap sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“ Video klip ini mengambil masa 14 hingga 21 hari untuk disiapkan. Antara teknologi digital yang digunakan dalam penghasilkan video muzik ini termasuklah fasiliti rakaman kami yang menggunakan perisian Logic Pro X” katanya.

Selain itu bagi memeriahkan lagi suasana menjelang Aidilfitri, mereka turut mengeluarkan dua animasi berkaitan raya yang ditayangkan di Youtube menggunakan karektor terkenal Papa Pipi.

“ Cerita pertama bertajuk Shopping Raya 3 Suku yang telah disiarkan pada 16 Mei lalu yang mengisahkan Papa Zola menemani anaknya Pipi membeli pakaian raya.

“ Episod ini menunjukkan bagaimana kesabaran seorang ayah melayan karenah anak perempuan dan isterinya ketika membeli baju dan kasut raya yang sangat cerewet kerana bertegas inginkan warna kegemaran masing – masing,” katanya.

Sejak ditayangkan empat hari lalu, animasi berkenaan telah mendapat lebih 1.8 juta tontonan di semua platform YouTube Monsta.

“Kami berasa teruja melihat sambutan hangat yang diberikan oleh penonton terhadap kandungan digital bertemakan Hari Raya Aidilfitri Papa Pipi kerana ia dihasilkan melalui bekerja dari rumah sewaktu dalam tempoh PKP yang dilaksanakan kerajaan,” katanya.

Katanya, satu lagi siri animasi khas Raya bertajuk Lebaran dan dijangka akan disiarkan pada malam Raya berkisar mengenai keluarga Papa Pipi yang sedang membuat persiapan raya serta juadah kepada tetamu namun secara tiba -tiba berlaku kejadian tidak dijangka selain tetamu yang hadir juga merupakan satu kejutan dalam episod ini.

Katanya, syarikat berkenaan berharap agar ‘hidangan’ yang disediakan oleh mereka sempena Aidilfitri kali ini sedikit sebanyak dapat menceriakan sambutan lebaran.

Sebelum ini, Animonsta Studio pernah terlibat dalam beberapa program bersama MDEC termasuk menerima bantuan menerusi Geran Kandungan Digital untuk beberapa siri animasi terbitannya di samping akses pasaran di Hong Kong International Licensing Show pada 2018 dan 2019.

Oleh Mohd Firdaus Ismail

A Ramadan of Resolve

Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Melayu / Scroll down for Malay version

Firstly, to all Muslims, Salam Ramadan.

This year’s spirit is about braving adversity and showing resolve.

Ramadan is a time for reflection and good intentions. Never has there been a time more uncertain than what the world is going through today, and it has made us question our collective priorities and empathy for our fellow human beings. But, it has also been a time to strengthen our resilience.

The whole world has been operating on survival mode, and when the dust of COVID-19 settles, we can be quite sure the world we live in will never be same. MDEC, in carrying out our mandate to lead Malaysia’s digital economy forward, has activated all its platforms and programmes with more gumption than ever before! As the nation deals with the serious challenges of lost jobs, declining revenues, separated families and disrupted education system – MDEC has been doing our best to provide a ‘soft-landing’ to mitigate against some of the negative impact of COVID-19 on the various communities via innovative digital and tech solutions.

With the support of KKMM, we are working diligently to prepare the nation as it rebounds from the COVID-19 imposed slowdown. MDEC has been proactive with the legwork:

1.Training and education – webinars on digital adoption, investment, digital talent, e-Commerce, etc. These very informative online events are meant to upskill and reskill businesses and local talents so they can learn how to diversify and adapt to a post-MCO and COVID-19 world. Do follow the MDEC social media channels closely for the promotions and links to these online events. Most recently, MDEC partnered with online learning platform Coursera to upskill and certify unemployed Malaysians. This is a great chance for Malaysians who are considering career pivots or upgrades within the digital space, with high-quality courses brought to your fingertips as the restrictions in movement continue. Already, we are experiencing heightened interest to access these courses, especially in Data Science, Information Technology and Businesses themed courses. In just 2 weeks since the launch, 5000 unemployed Malaysians have signed up under this initiative. This is as good a time as any for workers to upskill and reskill to benefit from an increased demand for digitally-oriented jobs.

2. Ministry and industry engagements – Digital must be a national agenda, and I have conveyed this to the Prime Minister and the Economic Action Council recently. Following that, I am very happy to report that MDEC has been appointed the focal point for the National Digital Economy Task Force that will be led by KKMM with the support of MOSTI.  We have also been engaging the industry, for example the recent digital creative content industry engagement where YBM KKMM was the Guest of Honour. We collaborated with the industry to discuss the on-the-ground issues the sector faces and what to expect from a post COVID-19 era.

3. Business transformation post COVID-19 – The pandemic has forced businesses to either evolve or exit. Businesses are hungry for new ideas of innovation or diversification and the government has committed to support local businesses post the Movement Control Order (MCO). MDEC is gearing up to manage the large demand for digital transformation and ensure that our resources are adequate to support that. Depending on where various entrepreneurs are on their digital journey, MDEC has been training people to familiarise with e-Commerce for instance. The reliance on eCommerce is high now and if an entrepreneur is not digitally enabled, then the business is sub-optimal. Just last week, we conducted the nation’s first and largest e-Dagang expo (eDX) which was held over 5 days, offering 20 webinars and was attended by over 5000 registered participants, garnering more than 65,000 views. We partnered with Shoppee, Lazada, Carousell, Alibaba, Blibli, eBay and more. Entrepreneurs from the SME and MSME sectors could attend classes online to get the latest content to begin digitally enabling businesses as well as onboard with e-commerce, through the introduction to apps and tools. In fact, 97.7% of participants said that eDX has brought positive impact to their businesses. As a business aspiring to break digital barriers, this was a great opportunity to seize and take action to improve.

4. Investment Opportunities Post-COVID – MDEC has initiated a virtual platform recently to bridge local start-ups with global investors. Gobi Partners and MDEC have partnered to launch a pitching competition, called SuperSeed II Championship, for start-ups affected by COVID-19. The winning companies will get the opportunity to secure equity investment from Gobi Partners, or be a potential MDEC grant recipient. I recall investment decisions which used to transpire over chats with start-ups. Recently however, online-matching to accelerate start-ups has gained momentum. Malaysia’s first Digital Accelerator programme, the Alpha Startup Digital Accelerator (ASDA), successfully concluded on 5 May 2020, whittling down 15 finalists to three chosen startups; BlueDuck, Internspoon and Nanobar. Each received US$4,600 (RM20,000) to fulfil their business ideas. The programme was a collaboration between 1337 Ventures and MDEC. In addition to these efforts, MDEC is working intensively to assure the investors that Malaysia is indeed the Heart of Digital ASEAN and a very viable location for investment.

As people ponder on the possibilities of a new normal that will impact the nation and beyond over the coming months, the world hopes that COVID-19 may actually precipitate a better world for all of us. The advantage is that, the digital economy continues to spur jobs and opportunities, as shared above. Step up and take them!

The extraordinary upheaval that is COVID-19, has hits us hard. It is a time to stay safe, calm and civil, but it is not the time to retreat! Look challenges in the eye and boldly fight back, holding on to the strength of your spirit to overcome the odds.

Here’s to a blessed and peaceful Ramadan. Let us all stay positive and remember the values that this holy month espouses, in our on-going journey to try impact positive outcomes on all those around us. Let’s remain strong and resilient, for ourselves and our loved ones, taking positive resolutions in our lives and in our work, as we usher in Syawal this year.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

#Maaf Zahir dan Batin #LetsBuildTogether #DigitalMalaysiaForward #DigitalVsCovid #KomunikasiKita


Ramadan kebiasaanya menjadi masa kita untuk renungan, namun tahun in kita telah digolakkan oleh pandemik COVID-19 serta arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah menjejaskan keadaan di Malaysia. Keadaan dunia hari ini membuatkan kita mempersoalkan keutamaan kolektif dan perasaan empati sesama manusia. Masa ini juga harus digunakan untuk memperkuat daya tahan individu.

MDEC, dalam menjalankan amanah untuk memimpin ekonomi digital Malaysia ke hadapan, telah mengaktifkan semua platform dan programnya dengan lebih banyak berbanding sebelumnya! Di saat negara dan rakyat menghadapi cabaran serius seperti kehilangan pekerjaan, pengurangan pendapatan, dan sistem pendidikan yang terganggu – MDEC telah melakukan yang terbaik dari segi menyediakan langkah-langkah untuk menangani cabaran COVID-19 kepada pelbagai komuniti melalui penyelesaian digital dan teknologi yang inovatif.

Dengan sokongan KKMM, kami berusaha untuk mempersiapkan negara supaya rakyat pulih kembali dari pandemik COVID-19. Inisiatif-inisiatif MDEC merangkumi:

1. Pendidikan – webinar mengenai penggunaan digital, pelaburan, bakat digital, e-dagang, dan lain-lain. Acara dalam talian yang sangat bermaklumat ini bertujuan untuk meningkatkan dan menyusun semula perniagaan dan bakat tempatan supaya mereka dapat belajar untuk menyesuaikan diri dengan pasca- MCO. Ikuti saluran media sosial MDEC dengan teliti untuk promosi dan pautan untuk pelbagai acara dalam talian ini. Baru-baru ini, MDEC bekerjasama dengan platform pembelajaran dalam talian Coursera untuk meningkatkan dan mengakreditasikan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai peluang pekerjaan. Ini adalah peluang besar bagi rakyat Malaysia yang mempertimbangkan perkembangan kerjaya atau peningkatan ilmu digital, dengan kursus berkualiti tinggi dibawa ke hujung jari. Kami telah mendapat permintaan yang tinggi untuk kursus ini, terutamanya dalam kursus bertema Sains Data, Teknologi Maklumat dan Perniagaan. Hanya dalam 2 minggu sejak pelancaran, 5,000 rakyat Malaysia telah mendaftar di bawah inisiatif ini. Ini adalah saat yang baik bagi pekerja meningkatkan ilmu untuk mendapat peluang pekerjaan yang berorientasi digital.

2. Penglibatan Kementerian dan industri tempatan – Digital merupakan agenda nasional, dan saya telah menyampaikannya kepada Perdana Menteri dan Majlis Tindakan Ekonomi baru-baru ini. Berikutan itu, saya dengan senang hati melaporkan bahawa MDEC telah dilantik sebagai titik fokus bagi Pasukan Petugas Ekonomi Digital Nasional yang akan dipimpin oleh KKMM dengan sokongan MOSTI. Kami juga telah berkomunikasi dengan industri-industri terlibat, contohnya industri kandungan kreatif digital baru-baru ini di mana YBM KKMM merupakan tetamu kehormat. Kami bekerjasama dengan wakil-wakil industri untuk membincangkan isu-isu asas yang dihadapi dan apa yang diharapkan dari era pasca COVID-19.

3. Pasca transformasi perniagaan COVID-19 – Pandemik COVID-19 telah memaksa perniagaan untuk berkembang atau menarik diri. Perniagaan dahagakan idea inovasi atau kepelbagaian baru dan kerajaan Malaysia komited untuk menyokong perniagaan tempatan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). MDEC bersiap sedia untuk menguruskan permintaan besar untuk transformasi digital dan memastikan bahawa sumber daya kami mencukupi untuk menyokongnya. Bergantung pada tahap usahawan-usahawan ini dalam perjalanan digital mereka, MDEC telah melatih orang untuk membiasakan diri dengan e-Dagang misalnya. Ketergantungan pada e-dagang semakin tinggi sekarang dan jika seorang usahawan tidak diaktifkan secara digital, maka perniagaan mereka tidak dikira optimum. Pada minggu lalu, kami mengadakan ekspo e-Dagang (eDX) pertama dan terbesar di negara ini yang diadakan selama 5 hari, menawarkan 20 webinar dan dihadiri oleh lebih daripada 50,00 peserta berdaftar. Kami bekerjasama dengan Shoppee, Lazada, Carousell, Alibaba, Blibli, eBay dan banyak lagi. Usahawan dari sektor UKM dan MSME dapat mengikuti kelas dalam talian untuk mendapatkan kandungan terbaru untuk memulakan perniagaan secara digital dan juga menggunakan e-dagang, melalui pengenalan aplikasi dan teknologi. 97.7% peserta mengatakan bahawa eDX telah membawa kesan positif kepada perniagaan mereka.

4. Peluang pelaburan pasca COVID-19 – MDEC telah memperkenalkan platform maya untuk merapatkan syarikat tempatan dengan pelabur global. Gobi Partners dan MDEC telah bekerjasama untuk melancarkan pertandingan ‘pitching’, yang disebut ‘SuperSeed II Championship’, untuk ‘startup’ yang dipengaruhi oleh COVID-19. Syarikat yang menang akan mendapat peluang untuk mendapatkan pelaburan ekuiti dari Gobi Partners, atau berpotensi menjadi penerima geran MDEC. Baru-baru ini, pemadanan dalam talian untuk mempercepat permulaan telah mencecah momentum. Program Digital Accelerator pertama di Malaysia, Alpha Startup Digital Accelerator (ASDA), berjaya dilancarkan pada 5 Mei 2020, bermula dengan 15 finalis – kepada tiga yang terpilih; BlueDuck, Internspoon dan Nanobar. Masing-masing menerima AS $ 4,600 (RM20,000) untuk memenuhi idea perniagaan mereka. Program ini merupakan kerjasama antara 1337 Ventures dan MDEC. Sebagai tambahan kepada usaha ini, MDEC bekerja secara intensif untuk meyakinkan para pelabur bahawa Malaysia memang merupakan Pusat Digital ASEAN dan lokasi pelaburan yang sangat sesuai.

Sambil kita renungkan kemungkinan yang baru disebabkan oleh kesan pandemik ini kepada negara, seluruh dunia mengharapkan bahawa COVID-19 dapat benar-benar membina dunia yang lebih baik untuk kita semua.

Digital Education Trailblazers

Teachers are a critical part of any child’s education journey. With the COVID-19 situation, teachers have had to swiftly switch to online education. In this new normal, teachers not just have to deliver lessons online, but more importantly, they must ensure that lessons are conveyed in ways that keep students engaged and excited about learning.

In line with MDEC’s commitment to develop digitally skilled Malaysians and in conjunction with Teachers Day, we went in search of teachers who set a benchmark when it comes to educational technology (edtech in short). Criteria for selection included a proven track record in innovating the delivery of STEM education, being a STEM or digital tech advocate amongst fellow teachers beyond their immediate circle, self-starters, life-long learners, actively engaging with industry to improve their teaching and learning methods, and are active participants in national and global edtech forums. We call these teachers Cikgu Juara Digital (Champion Digital Teachers), and they are indeed champions in their own right.

For a start, 25 Cikgu Juara Digital have been identified and will be given rigorous training on advanced problem solving and critical thinking skills, Artificial Intelligence, IoT, Social Media engagement, content creation, etc.  These teachers will go on to inspire and teach teachers in their respective communities, and over time, we hope to have a thriving movement of Cikgu Juara Digital around the country. Here are 5 of these Cikgu Juara Digital, who have significant following on their blogs, YouTubeChannels and social media platforms.

  • Cikgu Abdul Rahman bin Ali Bashah, SMK Jenjarom,  Selangor

Cikgu Abdul Rahman, fondly known as Cikgu Aman has been a teacher for 10 years and is passionate about cultivating the love for STEM amongst the students of this semi-rural school. With the support from sponsors and his own savings, Cikgu Aman managed to secure a classroom and turned it into a maker space, where students get to work on digital projects like coding, robotics and 3D printing. Over and above his day job as Teacher at SMK Jenjarom, Cikgu Aman is also the founder of a Telegram group comprising 52,000 teachers to provide peer-to-peer support on digital education. He also has a blog which is called cikguaman.com, and more recently his own YouTube Channel. To-date, Cikgu Aman has attended more that more than 150 training sessions by Microsoft and his blog boasts a long list of awards and achievements.

  • Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib, SMK Jerlun, Kedah 

Cikgu Hailmi is a Science teacher who is another avid edtech blogger and YouTuber. His digital content creation journey started when his students shared with him their struggle to find Malaysian educational content online. That was back in 2012. Since then, the blog has gained an impressive 35 million views, and has been recognised as the Best Educational Blog by the Malaysia Social Media Awards in 2014 and 2016. His YouTube channel has more than 13,000 subscribers and his most popular video entitled “Kasut Kelopak Jantung”, a short film based on a novel written by Ghazali Lateh, has gained an impressive 618,000 views. He is now committed to equipping all his students with content creation skills which he says are vital for the future. When asked when he finds the time for his blog and YouTube videos, Cikgu Hailmi shared “I do it on my free time, and maybe because I’ve done it for almost 10 years, so I don’t need to spend more time on it. Just write, and post”.

  • Cikgu Mohd Razif Abdul Razak, The Malay College Kuala Kangsar

Cikgu Razif who famously known as Cikgu Siber is no alien to the world of digital learning and teaching. He is the founder of the cikgusiber.com blog, which is very well known by STEM teachers across the nation. The platform which has 15,000 followers, shares best practices and resources in edtech for teachers.  In his role as MCKK’s IT Coordinator, Computer Science and Design and Technology Teacher, he has won numerous awards such as Apple Distinguished Educator (ADE) in 2019, International Invention & Innovation Tech Exhibition (ITEX) Gold Award in 2017, and a string of other awards. When asked how he juggles his time between his role as teacher with his activities to support other teachers and participate in competitions, he responded that he works closely with a team of fellow teachers who are equally passionate to drive the digital education agenda.

  • Cikgu Julie,  SMK Kuala Perlis , Kuala Perlis, Perlis

Cikgu Julie has had always had a deep desire to bring digital transformation to her school which is in a fishing village. Hence her decision to pursue a degree in Education Technology in university. Cikgu Julie was recognised as the State ICT Teacher Icon in Perlis last year, owing to her active contribution to her school and teaching community. She is also one of the founding members and administrators of the Digital Classroom community  of teachers. This virtual community of teachers was formed late last year to mobilise teachers nationwide to embrace digital education and currently has more than 52,000 teachers as members.

  • Cikgu Goh Kok Ming, SKJC Chi Seng 2, Rantau Panjang, Perak

Cikgu Goh, who is a Mathematics graduate of the Institut Perguruan Malaysia (Malaysian Teachers’ Training Institute) in Jitra, Kedah and also a Master’s degree holder is an avid user of EdTech to expose his students to the world outside the classroom. He uses Virtual Reality to expose them to attractions globally and Skype Classroom to meet children from other countries. At the same time, he is a firm believer in preparing his young students for the future of work by introducing 4th IR technologies such as robots to the classroom, teaching them how to surf the net safely and creating digital content. When asked how he funds these tools, he shared that he tries to secure sponsors or sometimes forks out his own money. Beyond that, he is also an active guest writer in various edtech blogs. To spice up the learning process, Cikgu Goh uses app smashing, a method of using multiple apps at the same time to complete a task or project. In his case, he combines Minecraft Education Edition and Kahoot! Cikgu Goh is also one of three #Teach Sustainable Development Goals (#TeachSDGs) Ambassadors in Malaysia. There are only 60 such Ambassadors worldwide in this movement of global-minded teachers. Given his deep awareness of global issues, he often encourages his students to come up with solutions using digital technologies to address the UN Sustainable Development Goals.

Many of us may have a stereotypical view of Malaysian teachers as being left behind and struggling to keep up with latest educational trends. Hence it is comforting to know there are teachers who are trailblazing and leading the way for other teachers to adopt and embrace digital education. Their stories are highly inspiring and I would urge everyone to follow and share their stories with teachers in our respective communities. Hopefully in time to come, we can inspire more teachers to overcome their fear of technology and embrace this new normal of education.

MDEC is working closely with the Ministry of Education and teachers nationwide to support their digital upskilling, be it to deliver online education as well as to cultivate digital innovation and creativity skills amongst the nation’s future talent pipeline. More information about our efforts can be found in www.mydigitalmaker.com .

MDEC has also compiled a list of e-learning resources for school children on www.mdec.my as part our DigitalVsCovid19 campaign.

About the #mydigitalmaker movement

#mydigitalmaker movement is a joint public-private-academic initiative launched in 2016 to cultivate digital innovation and creativity amongst Malaysian school children. To-date, close to 1.3 million Malaysian children have learnt some form of “digital making”, such as coding, robotics and 3-D printing via this movement and its member organisations.

HAB E-DAGANG MALAYSIA ‘BANTU’ PERJUANGAN DUNIA MELAWAN PANDEMIK COVID-19

Dari Malaysia ke seluruh dunia !

Sejak bulan lalu, tular berita sehingga ke peringkat antarabangsa yang mengiktiraf langkah proaktif negara kita membendung penularan Covid-19 yang dilihat berkesan apabila kes jangkitan baharu semakin berkurangan.

Paling awal memberi kredit tentang sumbangan Malaysia ialah Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur .

Menerusi Twitter rasmi, pejabat itu berkongsi maklumat bahawa 65 peratus atau 225 bilion helai sarung tangan yang digunakan untuk mengekang Covid-19 oleh barisan wiranya didatangkan dari Malaysia!

Seorang pensyarah di Jabatan  Sains , Kajian Otak, Neurologi dan Psikologi , Universiti Washington, Missouri, Profesor Madya Jason Hassanstab pula yang berada di sini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan turut memuji tindakan pihak berkuasa dalam mengurus dan membendung penularan jangkitan pandemik COVID-19.

Katanya, kerajaan negara ini cemerlang dalam memastikan rakyatnya mematuhi setiap arahan sepanjang perintah itu dilaksanakan.

Terbaharu, menerusi satu video yang mendapat lebih sejuta tontonan  dihasilkan seorang doktor gigi kelahiran Negara Uncle Sam, Dustin Pfundheller turut menghamburkan pujian melambung sambil menyatakan kekaguman bagaimana Malaysia berjaya mengekang penularan pandemik ini berbanding negara – negara jiran lain.

Ironinya, setiap ‘sektor’ di negara ini seolah -olah terhubung dalam satu rantaian untuk memastikan Malaysia berjaya mengharungi detik sukar ini.

Turut tidak dapat dinafikan ialah peranan yang dimainkan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menerusi kerjasama strategik yang dirintis bertahun lalu.

Yang dimaksudkan ialah Platform Perdagangan Dunia Elektronik (eWTP) milik Alibaba Group yang dilancarkan pada 2017 dengan kerjasama MDEC.

Menteri Komunikasi dan Multimedia , Datuk Saifuddin Abdullah bersama Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri menyatakan komitmen Malaysia memperkukuhkan peranan eWTP untuk membantu Alibaba Group menyalurkan barangan bantuan Covid-19

Menariknya, pembukaan eWTP ketika itu ialah untuk memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan menikmati akses seimbang ke pasaran global.

Berdasarkan situasi terkini yang menyaksikan pelbagai negara menutup pintu sempadan, firma teknologi itu mengumumkan eWTP yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ‘bertukar’ fungsi apabila dipilih sebagai satu daripada tiga hab global syarikat itu urusan penghantaran barangan bantuan perubatan.

Pemilihan itu sekaligus akan mengukuhkan peranan Malaysia sebagai hab perdagangan utama di rantau ini membabitkan operasi logistik ketika masyarakat global meneruskan usaha melawan virus berkenaan yang sehingga kini telah mengorbankan lebih 280 000 orang di seluruh dunia.

Sebelum ini,  eWTP turut memainkan peranan penting apabila menjadi hab penghantaran untuk sebahagian bekalan perubatan yang disumbangkan ke Indonesia.

Ketika ini, yayasan dimiliki syarikat berkenaan dalam usaha meneruskan sumbangan kali kedua kepada negara – negara Asia termasuk Malaysia.

Menerusi sumbangan fasa kedua ini,  Alibaba merancang untuk menjadikan eWTP sebagai lokasi penerimaan sumbangan untuk Malaysia dan hab penyimpanan dan pemindahan sementara sebelum diagihkan ke negara – negara jiran dan seluruh dunia.

Ini membawa maksud, hab berkenaan bukan sekadar memanfaatkan rakyat negara ini yang terjejas tetapi turut memberi sumbangan kepada masyarakat global yang terkesan akibat pandemik berkenaan.

Sumbangan kali ini merangkumi hampir 80 tan bekalan perubatan termasuk topeng, alat ujian, pakaian pelindung diri, pelindung muka, sarung tangan dan ventilator yang akan dihantar menerusi beberapa penerbangan kargo dari China.

Pada 10 dan 11 Mei lepas, barangan bantuan berkenaan telah tiba di KLIA dengan bakinya dijangka menyusul dalam tempoh beberapa minggu akan datang .

Yayasan juga baru-baru ini mengumumkan sumbangan lebih dari 100 juta topeng muka dan sejuta alat ujian kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Alibaba akan bekerjasama rapat dengan WHO untuk memanfaatkan hab eWTP di KLIA, Malaysia;  Liege di Belgium dan Addis Ababa di Ethiopia serta kemudahan milik Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB)  di seluruh dunia untuk mengedarkan bekalan perubatan dengan cekap.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri pula berkata, selain menjadikan Malaysia sebagai hab penghantaran barangan, ia juga bertujuan untuk menyokong aspirasi e-dagang Malaysia seperti terkandung dalam Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang Kebangsaan yang dilancarkan pada 2016.

“Menerusi pelan ini, sumbangan e-dagang untuk Produk Domestik Kasar (PDB) Malaysia disasarkan meningkat dengan mengoptimumkan kemudahan transformasi digital PKS terutamanya dalam penerapan e-dagang serta memperluaskan  eksport dan mempromosikan jenama tempatan untuk rentas sempadan,” katanya.

Ketika Malaysia dilihat menunjukkan perkembangan positif apabila kes sembuh melepasi 77 peratus, sudah tiba masanya kita membantu memudahkan urusan negara – negara lain yang dilihat masih bergelut untuk menghentikan penularan menerusi pengurusan strategik yang dimiliki negara kita.

Oleh Mohd Firdaus Ismail

SELEBRITI TEMPATAN TUNJUK SOKONGAN KEPADA EDX MDEC

Ekspo e-dagang (eDX) secara maya terbesar negara anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang sedang berlangsung sehingga 8 Mei ini turut mendapat sokongan beberapa selebriti popular tempatan.

Mereka menggunakan platform media sosial masing – masing bagi meminta orang ramai supaya mengambil peluang menyertai ekspo berkenaan untuk mendalami selok – belok sektor  e-dagang di negara ini.

Ketika perasmian secara dalam talian pada Ahad lepas, aktor Fizo Omar yang sebelum ini telah beberapa kali bekerjasama dengan MDEC tampil selaku moderator mengemudi siri webinar pengenalan kepada eDX.

Menerusi  slot berkenaan, Fizo yang juga usahawan berkongsi pandangan tentang sektor e-dagang bersama Ketua Setiausaha , Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM); Datuk Suriani Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC; Surina Shukri, Ketua Pegawai Operasi MDEC; Datuk Ng Wan Peng serta Siti Zubaidah Zainuddin iaitu usahawan yang juga pemilik Laman Segar Resources.

Menurut Fizo, eDX merupakan satu peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan oleh usahawan tempatan.

“ Selain pendaftaran secara percuma, terdapat siri webinar yang akan mengajar usahawan bagaimana untuk bekerjasama dengan jenama e-dagang terkenal dunia,” katanya yang baru menghasilkan buku kisah hidupnya berjudul Bangkit Bila Bangkrap.

Selain Fizo, pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor juga menunjukkan sokongan kepada eDX menerusi laman Instagramnya.

Rosyam yang terkenal dalam filem KL Special Force menerusi instastory berkongsi tiga poster berkenaan eDX kepada lebih 1 juta pengikutnya.

Antara pesanan yang dititipkan bekas Bintang Paling Popular 2002 itu ialah “korang rasa, korang ada masa sakit kepala, nak aku bagi ubat pening kepala, esok dah start, tak payah korang ke sana ke sini,kat sini aja , percuma”,  katanya.

Bidang perniagaan termasuk pemasaran digital bukanlah sesuatu yang asing apabila Rosyam turut melibatkan diri dalam perniagaan dengan membuka pasar raya ST Rosyam Mart selain syarikat produksi Suhan Movies.

Sementara, aktress Datin Diana Danielle turut berkongsi keterujaannya menerusi video pendek kepada lebih 2.8 juta pengikut Instagramnya berkenaan eDX.

Diana berkata, semalam merupakan hari yang produktif buat dirinya kerana menyertai siri webinar e-dagang anjuran MDEC yang memberikan pelbagai pengalaman berguna.

“ Mereka ajar anda bagaimana untuk mencipta akaun Facebook atau Instragram perniagaan malahan turut memberikan ilmu dan tips bagaimana sekiranya usahawan mahu mengeksport produk ke luar negara,” katanya.

Lebih menarik lagi, menurut pemenang Pelakon Filem Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2009 itu, pendaftaran menyertai eDX adaah secara percuma dan menyeru peminatnya mengambil peluang itu.

Sementara itu, model antarabangsa Malaysia, Amber Chia turut tampil menyatakan sokongan kepada eDX.

Amber berkata , ketika memulakan karier sebagai model beberapa tahun lalu, sektor e-dagang tidak begitu mendapat perhatian masyarakat,

Namun katanya, keadaan mula berubah apabila e-dagang dan perniagaan dalam talian kini sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat.

“  Saya turut belajar pelbagai perkara baharu dalam eDX semalam. Jadi anda juga harus mengambil peluang ini,” katanya.

Sementara itu, Surina berkata,  eDX antara lain merupakan inisiatif bagi menggalakkan para usahawan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk membawa operasi luar talian mereka ke pasaran dalam talian. eDX yang berlangsung mulai 4 hingga 8 Mei 2020 bertujuan untuk memenuhi keperluan mendesak usahawan mikro dan PKS untuk menerima e-dagang bagi mengurangkan impak yang sedang dihadapi akibat COVID-19.

Para pakar bidang e-dagang juga telah turut sama untuk berkongsi pengetahuan mereka dan memberikan nasihat. Antara topik utama termasuklah cara menyediakan kedai dalam talian dengan menggunakan alat harian yang mudah seperti telefon pintar hinggalah menyenaraikan produk di tapak e-pasaran dan memahami selok-belok tentang kaedah meningkatkan jualan di peringkat domestik dan untuk eksport. Untuk mendapatkan tempat anda atau mengikuti sesi eDX, sila layari dan daftar sekarang di www.go-ecommerce.my/eDX

KETAHUI RAHSIA EKSPORT PRODUK TERMASUK MAKANAN KE CHINA, INDONESIA DAN PASARAN GLOBAL MENERUSI eDX-MDEC

eDX – MDEC  bawa usahawan mikro dan PKS ‘bertapak’ di platform e-dagang untuk tembusi pasaran global

Ketika  ini ‘pendebatan’ masih berlangsung di kalangan pengguna media sosial  tentang kewajaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan kerajaan bermula 4 Mei lalu berbanding meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat yang dijangka berakhir 12 Mei depan.

Pelbagai hujah diberikan khusunya oleh kumpulan yang menentang dengan menyuarakan kebimbangan bahawa ancaman pandemik Covid-19 di negara ini masih belum berakhir .

Mereka bimbang keputusan itu akan mencetuskan penularan gelombang ketiga selepas tularnya gambar di media sosial keadaan jalan raya yang sesak serta ratusan orang beratur di kedai pajak gadai dan ada yang memenuhi pusat membeli-belah.

Bagi pihak yang menyokong pula, mereka yakin petugas barisan hadapan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai keupayaan untuk mengawal situasi berdasarkan kemudahan rawatan kesihatan di negara ini .

Ketika waktu puncak pandemik berkenaan di Malaysia pada bulan lepas, kemudahan rawatan termasuk katil, unit rawatan rapi serta mesin ventilator yang digunakan tidak sampai tahap 50 peratus, satu petanda yang menunjukkan betapa Malaysia bersedia untuk melawan penularan Covid-19.

Ada juga yang bersetuju kerana kerajaan perlu menggerakkan semula ekonomi negara selepas hampir lapan minggu terhenti akibat pandemik ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru – baru ini mengatakan negara kerugian RM2.4 bilion sehari sejak perlaksanaan PKP dengan jumlah keseluruhan yang ditanggung mencecah RM63 bilion.

Menyedari sesuatu perlu dilakukan, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan ekspo e-dagang secara maya atau eDX bermula pada 4 hingga 8 Mei ini.

Apakah eDX? Secara ringkas, ekspo yang kali pertama dianjurkan ini bertujuan untuk mempercepatkan kesediaan perniagaan tempatan mengadaptasi teknologi digital menerusi  penggunaan alat e-biz , meningkatkan keupayaan pengusaha PKS bagi membina jaringan perniagaan di seluruh negara dan pasaran global .

Sebelum ini,  ketika PKP bermula pada 18 Mac lalu, didapati berlaku perubahan membabitkan tingkah laku pengguna di negara ini apabila mereka lebih cenderung untuk membeli belah secara dalam talian.

Nah, ini secara tidak langsung telah membuka peluang besar untuk sektor e-dagang tempatan terus berkembang . Oleh itu, usahawan mikro, PKS, pengeksport serta mereka yang baharu sahaja berjinak -jinak dalam perniagaan dalam talian perlu merebut peluang ini.

Sebelum ini, industri e-dagang boleh disifatkan sebagai ‘penampan’ kepada ekonomi negara apabila menyumbang RM115.5 kepada  pendapatan mengikut  statistik Jabatan Perangkaan Malaysia.

MDEC sebelum ini turut menjangkakan sektor e-dagang akan menjadi pemacu utama ekonomi digital menjelang tahun ini.

 Menarik mengenai eDX,  ia dilangungkan secara siri webinar yang membincangkan pelbagai tajuk seperti  Pengenalan kepada eUsahawan & Program PeDAS, Mulakan Perniagaan Dalam Talian (e-Dagang) Anda Bersama Shopee, Connected B2B Business -5 eCommerce Trends That Affect B2B Business & How To Transform & Adopt To The New Normal Post MCO,  Pendekatan Praktikal Untuk Perniagaan Malaysia Yang Menjual Ke Indonesia Melalui Saluran eDagang Cross -Border, Krisis Atau Peluang? Bagaimana Situasi Covid-19 Telah Memangkin Penerimaan eDagang DI kalangan Rakyat Malaysia dan banyak lagi.

Peserta dapat mengikut topik siri webinar berdasarkan tiga skop berbeza termasuk ‘menjejak penjual sosial’, iaitu input akan diberikan bagaimanapun untuk membuka kedai secara dalam talian dalam tempoh satu hari sahaja bersama Carousell.

Lebih terperinci, sesi webinar juga akan menghuraikan tentang jejak rentas sempadan berhubung peluang untuk jualan merentasi sempadan oleh eBay.

Peserta akan diajar cara untuk mengeksport makanan yang dibungkus ke China berdasarkan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa negara itu.

Secara keseluruhan,  sebanyak 20 sesi akan dilaksanakan untuk peserta dengan 11 dikendalikan dalam bahasa Melayu manakala sembilan lagi dalam bahasa Inggeris.

Selain eBay dan Carousell,  eDX turut diserikan dengan penyertaan pemain industri e-dagang lain seperti Shopee, Lazada, BliBli dan Alibaba.

Oleh itu, Soundbytes berharap para usahawan mikro,PKS serta pengeksport menyertai eDX  dan rebutlah peluang untuk membawa produk anda ke pasaran dunia. Maklumat lanjut seperti pendaftaran dan sebagainya boleh didapati dengan melayari  http://www.go-ecommerce.my/.

oleh Mohd Firdaus Ismail

© 2020 Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (389346-D). All rights reserved.